Wednesday, January 25, 2012

Kenangan yang abadi dalam kehidup ku...


Greeting Text


                                 
Hari ini aku ingin bercerita sesuatu yang sedikit peribadi. Tulisan yang jarang-jarang aku lakarkan sejak beberapa tahun. Mungkin kerana ingin berkongsi sesuatu di sini setelah aku simpan sekian lama. Namun begitu, bercerita tentang semua ini bagaikan membongkar semula segala kenangan silam yang terlukis segala pahit dan manis.
Dulu, aku banyak hidup dengan kenangan. Aku begitu menghargai setiap orang yang hadir dalam hidup aku, terutamanya mereka yang begitu rapat dan menjadi sahabat dan teman di saat suka dan duka. Tetapi, masa telah membawa setiap insan pada laluan yang tersendiri. Masing-masing sibuk dengan keadaan semasa – dengan tanggungjawab yang menjadi keutamaan. Maka, adalah tidak aneh jika kebanyakan mereka sudah berubah. Dari mentah menjadi lebih matang. Dari jenis yang tidak ambil kisah menjadi golongan yang serius.
Apabila mengenangkan hanya aku yang bergantung kepada kenangan, maka aku tutup segala apa kenangan yang ada. Aku simpan dengan baik. Setiap kenangan manis yang ada pada suatu masa dulu belum pasti menpunyai manis yang sama pada saat ini. Segalanya sudah berubah dan aku harus menerima hakikat itu. Dan pada ketika ini, hampir sebahagian besar kenalan rapat aku sudah jarang mengirimkan berita. Aku faham keadaan itu kerana aku juga termasuk dalam kumpulan yang begitu sibuk menguruskan kehidupan yang aku lalui sekarang. Dan aku juga turut jarang mengirimkan berita sendiri. Tapi, ada juga kawan yang dulu cukup rapat dan aku anggap sebagai sahabat baik sudah hilang terus. Atau dengan kata lain, seakan melarikan diri dari aku. Kenapa pula ya? Sering aku bertanya, apakah kesalahan yang aku lakukan? Aku sedikit terasa, tapi aku biarkan masa yang menentukan...

0 comments :