…
Cinta
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita
buat, kalau boleh nak dia tahu, dan kita seboleh mungkin tak nak
sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam
erti lain, cinta ditujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan
mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa
dengan hati yang ikhlas kepadanya walaupun dia buat tidak tau saja)
Sayang
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi
rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang
menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain, sayang ditujukan
kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan
memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan
hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)
Suka
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama
dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita
taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain,
suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada
kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)
Minat
Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam
erti lain, minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi
atau barang yang kita mahukan… )
Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat, suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu
Related Posts :
0 comments :
Post a Comment