Wednesday, June 27, 2012

cerita...

Greeting Text

1.  Kita mungkin bertemu jodoh dengan insan yang kita cintai, namun menyintai insan yang menjadi jodoh kita adalah pasti.. Kerana bisikan bisikan yang memberi dorongan nafsu, kita menyimpang siapa yang seharusnya menjadi kewajipan untuk kita serahkan cinta..

2.Jangan pernah memberikan sebuah harapan pada seseorang sedangkan kamu tidak mampu untuk memberi kebahagiaan padanya.. Jika tiada rasa akan cinta, lepaskan perlahan lahan dan jangan mempermainkan perasaan orang lain.. Kamu tidak pernah tahu apa perbalasan terhadap kamu suatu hari nanti..

  3. Hingga pada suatu masa, jika masih ada kerasnya jiwa.. Pasti akan lelah dan jemu pada yang berhak.. Dan jika pudar itu memakan diri sendiri, sesalan tiada lagi akan gunanya.. Berhenti dan cukup sudah pada kenangan kenangan lalu.. Hargailah dia selagi dia masih memahami dan bersabar..

  4. Hargailah dia yang selalu ada di sisi.. Yang selalu ada menemani kamu kala suka dan duka.. Jangan kerana kenangan cinta lama yang dirindui, merosakkan segala galanya yang ada.. Dan jika kamu tidak dapat apa yang kamu sukai, sukailah apa yang kamu ada..

5.  Semua orang ada kenangan dan sejarah lama.. Dan mungkin sejarah percintaan itu dahulu tidak kecapi dengan perkahwinan dan bertemu jodoh dengan orang lain.. Dan bila berjodoh dengan orang lain, cintailah dia yang berhak dan halal padamu.. Usah dan jangan mulakan lagi cinta cinta lama dan baru.. Sedari kamu dengan si dia sudah berakhir.. Buka hati kamu, lembutkan hati kamu menerima dia insan yang sudah menjadi jodoh buat kamu.. Jangan ikut sangat nafsu dan bisikkan tentang cinta terlarang..

  6.  Kadang seorang wanita itu sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehinggakan menitis airmatanya namun kita tidak melihat.. Kerana menangis dia dalam diam.. Menangis dia dalam hatinya.. Deritanya sukar kita pahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir..

7.  Masa silam sesuatu yg sangat rumit untuk dirungkaikan, yg kdangkala kita tak sedar siapa diri kita.. Kadang kita menyesali kisah silam, kadang kita rasa seperti ingin kembali pd kisah silam, dan kadang kita rasa seperti tak ada apa yg indah ttg kisah silam.. Walau apapun yg kita rasakn, ingatlah, kita akn terus ke depan dan ke depan.. Masa silam hanya sejarah utk dijadikan teladan atau sempadan sahaja.. Selebihnya jadilah yg lebih baik dr semalam kerna esok belum tentu milik kita..

8..Di saat kita berhenti dan melepaskan rasa cinta yang hadir pada seseorang bukan bererti kita sudah lelah dan penat.. Tapi kerana bertapa dalamnya cinta itu pada dia, kita tahu tak mungkin akan bersama.. Kita sedari bahagia itu tidak mungkin seiring dengan pilihan kita..

  9. Kita mungkin jatuh cinta banyak kali.. Dan kita mungkin jua bercinta berkali kali.. Tapi hanya seorang saja yang bertahta di hati.. Hingga kadang kita simpan rahsia itu hingga kita mati..

 

10. Aku rindu kamu, sentiasa memandang kamu.. Aku tahu kamu milik orang dan aku terima dengan hati yang suci, ikhlas kerana aku mahu lihat kamu bahagia.

 

11.Jangan pernah memberikan sebuah harapan pada seseorang sedangkan kamu tidak mampu untuk memberi kebahagiaan padanya.. Jika tiada rasa akan cinta, lepaskan perlahan lahan dan jangan mempermainkan perasaan orang lain.. Kamu tidak pernah tahu apa perbalasan terhadap kamu suatu hari nanti.. 

12. Hadapilah dengan senyuman.. Walau di dalam masih tersirat derita atas suratan lalu, sekurang kurang kita masih ada iman.. Dan percaya yakinlah, kita hanyalah hambaNya.. Kita hanyalah merancang.. Tapi sebaik baik perancangan dari Allah

13. Dalam kehidupan harian, terkadang kamu memilih untuk tersenyum kerana kamu tak ingin orang tahu kamu tengah bersedih..betoi tak?

1 comments :

Anonymous said...

mohon copy n share this entry. i like it.. :)