"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa.
Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"
I'm so confused.
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what's that mean.
Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati
dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi, dosa kita lebih besar
dari dosa dia.
Anak: Uikk, tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun kan?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *Blur*
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian
daripada Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak
mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil
hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian Allah
turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang tetapi kecil
hati dengan Allah.
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada
kawan-kawan kita..'Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..' dan
sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan
lain.. 'Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..'
jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap..
Anak: *Termakan cili*
So conclusion is, jangan mudah terasa hati.. kalau kita terasa hati,
Maknanya kita tak redha dengan takdir Allah. Nanti Allah pun tak redha
dengan kita.. Na'uzubillah.. tabarakallah. :)
Related Posts :
0 comments :
Post a Comment