Monday, June 25, 2012

Siapa sebearnya yang layak dipanggil lelaki hensem,

Greeting Text


Siapa sebearnya yang layak dipanggil lelaki hensem, kacak dan banyak lagi. Adakah dia tu harus dan wajib mempunyai rupa paras yang menjadi idaman setiap wanita seperti Aaron Aziz ataupun artis-artis lelaki Korea. Ataupun yang mempunyai harta bertimbun dan pendidikan yang tinggi. 
Bagi aku itu semua tak penting kerana rupa paras, harta, ilmu pengetahuan dan jawatan boleh hilang dan habis. Allah boleh tarik semua itu pada bila-bila masa yang DIA nak. So, jangan nak berbangga dan meninggi diri sangat. 
Aku tak tahu kenapa mesti lelaki yang muka hot, hemsem, jambu (macam Fahrin Ahmad), comel, indah, rupawan, hensem, HENSEM dan HENSEM memang dah tahu nak describe macam mana lagi kehenseman mereka, mesti menjadi pujaan setiap wanita. Kalau nak dibandingkan dengan Nabi Yusuf a.s. memang dah tak ada tandingan lagi. So, muka yang seberapa nak hot nie dah tak laku lagikah ? Nak cakap ia, tak juga, sebab ada juga artis yang tak hensem boleh terkenal. Kamu carilah sediri siapa itu ya. 
So, lelaki kacak yang sebenar-benarnya adalah:-
Tahu Nak Hormat Orang Tua
  • Ini bab yang paling peting sekali. Kalau kamu nampak lelaki yang tak tahu nak hormat orang tua jangan sesekali kamu berkawan dengan dia walaupun muka dia tu comel, hot atau hensem sekalipun. Lelaki jenis nie memang tak boleh dibawa laki @ suami kelak nati mak bapa kamu pun kena tengking juga. So, ini bukannya lelaki kacak tapi berlagak saja.
Tahu Nak Jaga Solat Lima Waktu
  • Apabila solat lima waktu dijaga dengan baik dan sentiasa menepati masa memang inilah jenis lelaki kacak yang patut mejadi idaman setiap wanita bukannya artis-artis Kpop tu. Lelaki jenis ini sudah semestinya akan menepati setiap amanah dan tanggungjawab yang diberikan. So, carilah lelaki jeis ini walaupun sekarang memang sukar nak cari.
Seorang Yang Beriman
  • Lelaki kacak memang wajib mentaati setiap perintah dan larangan Allah tidak kiralah di mana kamu berada. Ini bukan saja solat lima waktu tertinggal tapi kena juga penuhi ciri-ciri lain seperti pandai mengaji, melakukan ibadah sunat dan wajib, berpuasa dan taat pada agama.
Banyak lagi sebenarnya ciri-ciri lelaki kacak nie kalau kamu nak tahu. Kalau kamu nak tambah pun boleh juga, just tinggalkan komen kamu di ruangan komen nanti aku update dekat sini, ok.
p/s: Lelaki kacak tidak hanya pada parasnya. Lelaki tu kacak dari segi akhlaknya, kacak dari segi ibadahnya, kacak dari segi imannya, kacak amalannya. DAN INGATLAH! KECANTIKAN/KEKACAKAN TAKKAN KEKAL SELAMA-LAMANYA.

0 comments :