Sunday, July 01, 2012

Jatuh Cinta dengan kawan Sendiri

Greeting Text


Pernahkah korang jatuh cinta dengan kawan sendiri? Kalau tanya aku, tak pernah la kot, sebab aku tak teringin nak bercinta lagi. Mesti susah bukan, bila kita mula jatuh cinta dengan kawan kita, tapi dia cuma anggap kita sebagai kawan sahaja, manakala kita mahu jadikan dia lebih daripada kawan.

Kadang-kadang, apabila kita berkawan rapat, tidak mustahil persahabatan itu mengubah haluan dari kawan kepada sepasang kekasih. Kebiasaannya, kawan yang ada disisi kita pandai menjaga hati, boleh dibawa berbincang, selalu ada ketika senang mahupun susah. Tentulah perasaan sayang itu akan wujud, cuma kadang kala kita mungkin merasakan kita hanya bertepuk sebelah tangan, bukan?

"Perlu ke aku bagitahu dia?", "Kalau dia kata 'tidak', bagaimana eh?" itulah soalan lazim yang akan kita fikirkan apabila mengalami situasi sebegini. Salah satu alasan utamanya adalah mereka takut persahabatan ini akan terputus sekiranya cinta ditolak.

Banyak kali aku tengok, persahabatan yang baik terputus disebabkan hubungan cinta yang tidak berjaya. Jika dulu, boleh lepak sesama, makan sepinggan, tapi bila dah putus hubungan, jangankan nak lepak, lalu depan-depan pun tak nak.

Namun begitu, ada kalanya kita tidak bertepuk sebelah tangan, tetapi kita tidak berani untuk mengambil risiko. Sebab itulah, kita terlepas peluang memperoleh seuatu yang indah. Cuba perhatikan gerak gerinya, ada ciri tanda-tanda yang dia sayang kita tak? Jika tidak berani nak bertanya, cuba minta tolong kawan yang boleh dipercayai untuk bertanya kepadanya.

Walau bagaimanapun, sekiranya cinta kau ditolak, jangan pula menjauhi dia. Kadang-kadang, hubungan itu hanya setakat kawan sahaja. Jadilah kawan yang sejati, bukannya berkawan sekadar untuk bercinta.

0 comments :