Saturday, July 07, 2012

senyumlah



Greeting Text
Senyumlah...

Biarpun dirimu disakiti. Itu madah pujangga. Sudah dikenali seantero dunia. Siapa tidak pernah 
 mendengar kata-kata itu...melainkan bayi-bayi yang baru lahir dan kanak-kanak kecil yang hidupnya hanya untuk bermain bersama rakan-rakan? Yang sudah lama kenal dunia, tentu sudah biasa dengan kata-kata ajaib tersebut.

Bila disakiti, kita rasa pedih, rasa terluka. Kecewa... Sakit di hati sudah pasti. Siapa yang suka dengan rasa sakit? Tiada siapa yang suka. Rasa seperti mahu dicarik-carik hati. Rasa seperti mahu pergi jauh dari punca kesakitan, menyendiri dan menyepi.

Berapa ramai agaknya yang tersenyum bila disakiti? Senyum...bukanlah bermakna ia suka dengan kesakitan yang dialami, jauh sekali mahu terus-terusan disakiti sedemikian rupa. Tetapi senyum dia bila disakiti kerana redha dengan ujian yang Allah bagi. Dan bertambah indah lagi apabila dia tersenyum penuh redha diiringi dengan rasa kebergantungan kepada Allah apabila musibah singgah sebentar dalam hidupnya...


Siapa yang redha dengan ujian Allah dan melafazkan satu kalimah istirja' yang hebat ketika ditimpa musibah, nescaya akan Allah gantikan kesulitan yang dialami itu dengan sesuatu yang lebih baik~ Insya'Allah...

0 comments :