Seorang guru tidak pernah meminta jasanya
dibalas. Dan tidak pernah menagih simpati anak-anak muridnya. Hatta
tidak pernah mengimpikan hadiahdi Hari Guru. Tetapi seorang Guru yang
jalan juangnya untuk mendapt Redha Illahi. Sayang seorang Guru kepada
anak muridnya tanpa mengenal erti penat lelah dan kecewa.
Anak didik yang dididiknya seakan-akan
menjadi anaknya sendiri tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Guru
mengajar ilmunya buat semua yang bergelar pelajarnya.Kasih sayang
seorang Guru bukan pada rotan yang memukul anak didiknya tika kenakalan
pelajarnya tetapi kasih sayang Guru ingin melihat anak-anak didiknya
berjaya suatu hari nanti.
Guru tidak pernah kekok mencurahkan
segala ilmu yang ada padanya. Kerana seorang Guru sedar ilmu yang
bermanfaat yang diberikan kepada anak didiknya akan memberikan
keberkatan kepada dirinya tika berjumpa dengan Allah S.W.T.. Guru
mengimpikan anak-anak didiknya berjaya lebih padanya.
Lahirnya seorang Pemimpin, Ketua dan
orang-orang besar adalah bermula dari seorang Guru. Tetapi Guru yang
mendidik itu tidak pernah meminta diberikan balasan dengan apa yang
telah diberikan dahulu. Oleh itu, kita semai dalam diri ini betapa Budi
seorang Guru amat bernilai sekali buat insan-insan seperti kita.
Guru Adalah Pembimbing Anak Murid.. Guru Amanah Allah untuk mendidik manusia.
1 comments :
Begitu besar jasa seorang guru ini, begitu besar pahala yang mereka dapat... tiada mereka, tidak lahirlah Malaysia yg aman ini...
Post a Comment