Korang tahu tak apa maksud hobi?
Sudah semestinya korang tau kan. Tapi, bagi yang tak tahu lagi tu, meh
sini Hajar terangkan satu persatu yeaaa. Bukan banyak pun nak
diterangkan, satu je. Ok, hobi ni adalah perbuatan yang kerap kita
lakukan. Contohnya, boleh gila kalau tak lakukan sesuatu yang bernama
"hobi" dalam masa sehari. Sampai menangis meraung2 nak buat benda tu
tapi tak dapat. Tu baru namanya hobi. Tapi, hobi tu biarlah berbentuk
positif ya! Hahaha. Jangan tak pasal2 hobi korang merompak, membunuh
atau sebagainya. Tak baik ok korang semua..
Okay sekarang Hajar nak
bagi tahu kat korang apa hobi Hajar. Perlu ke buat senarai? Erk, perlu
lah kan? Nanti takut keliru pulak, susahhh! Ok ok, berikut adalah hobi Hajar. Secara jujur! :p
1. Blogging, bertwitter, Facebook dan
sebagainya. Ianya dalam satu kelompok iaitu internet. Zaman sekarang
takde dah nak main2 buaian apa semua tu. Takde kelas orang cakap! Haha.
Sekarang semua remaja suka berinternet. Yang kita tak tahu, samada
penggunaan mereka tu berbentuk positif, atau negatif. Hanya Allah dan
mereka sahaja yang tahu laa tu kan.
2. Bersembang. Hajar pun
suka bersembang. Dan, kalau kene pada tempatnya Hajar akan buat lawak
jugak. Sampai sakit perut. Hahaha. Tak percaya? Meet me! :p
3. menbaca novel. Hah!
Yang ni Hajar paling paling suka sangat sangat. Hehe.. Best pe bace novel!!!
4. Hajar rasa ni yang last
kot? Banyak sebenarnya. Cuma takkan nak share semua kot... Bagi Hajar
rileks dulu! Nanti ada masa kita sambung menaip. OK? Baik, hobi Hajar
di tangga yang ke-4 ni adalah menyanyi! Kalau dah boring sangat tu, Hajar akan memekik mekik sampai jiran sebelah pun dapat dengar. Yelah
kan, study boring, online boring, jadi karaoke la! Untuk pengetahuan
korang, menyanyi jugak dapat mengurangkan tekanan. (Tension) Memang
sangat berkesan petua nih.. Kalau korang lagi tension sebab banyak kerja
atau what so ever la katakan, korang just nyanyi lagu yang korang suka.
Kalau perlu dengan muzik sekali. Alaaa, zaman sekarang ni minus one pun
dah berlambak dekat YouTube tu haaa. Tak perlu susah2 beli CD.
Okay, setakat itu saje penulisan pada hari ni. Korang boleh jugak kalau
nak berkongsi hobi korang dengan Hajar ye! Jangan malu2. Just leave
your comment down there! Hahaha.. Bye u olss! :)
7 comments :
ahaks..lbih kurang sama lah hobi kita.. cikmisi pom ppnye hobi cmtu ..err, cuma yg ke3 tu, eeh.. mngkin mse btol2 free + boring je kot bce novel.. xpom , kalo novel tu trhngat di psaran.. bru bce.. ehee =)
hehehe... hobi yg pertama tu sama ngn ena.. tp ena x bertweet because i hv no twitter.. hukhuk... kebanyakkan hobi ena pelik2... XD
aku pun karok gak. sama la kita.
lbh kurang mcm hobby cik siti...follow awk...=)
dropping by and follow here with a mile of smile. NEway, lby kurang juga hobi mcm sis ct, love karok, blogging. tp novel tak kot hihhi more tooo tido x)
dah lupa hobi sendiri.. membuang masa kot.. hak3.. planning to start new hobby --> memasak.. tapi belum berhasil lagi ni.. acaner tu.. :D
eh, lebih kurang sama je lah hobi kita .. HEHE! .. no 1 and 4 tu memang sama .. no.2 tu boleh gagah tp sya ni pendiam sikit orangnya tp dgn kwn yg rapat mmg mulut akan riuh rendah HAHA! no.3 tu tak ..saya tak minat baca HOHO! good sharing :)
Post a Comment