Friday, September 14, 2012

Kenapa Masih Ada Orang Yang Rasa Tak Bahagi!!!!


Greeting Text



Ramai orang dalam dunia ni bahagia. Tapi lebih ramai orang yang tak bahagia walaupun hidup mereka sudah cukup lengkap, ada family ada harta dan ada segalanya. Why?

Satu sebab, mungkin kerana jauhnya daripada Allah. Itu boleh jadi sebab yang paling besar, dah tak boleh dinafikan. Tapi ada juga orang yang bukanlah lupakan Allah sepenuhnya, tapi hiduap dia still tak bahagia.

Bagi saya, untuk merasai BAHAGIA yang benar-benar bahagia ialah bila kita betul-betul berhenti daripada berlumba-lumba dengan orang-orang lain di sekeliling untuk menjadi/mendapat lebih daripada mereka. Maksudnya, selagi kita dengki dan tak puas hati dengan orang lain dan asyik nak lebih je daripada orang lain, selagi tu, hati kita takkan tenteram. Bila hati dah tak tenteram tu, mula lah macam-macam hal boleh jadi. Asyik bergaduh je dengan orang, asyik tak puas hati je dengan kawan. Apa yang orang lain buat semuanya kita rasa salah dan tak kena di mata kita. Dan perkara-perkara lama pun mudah diungkit dan menyebabkan pergaduhan.

Cuba kita belajar menerima takdir dan rezeki yang Allah dah berikan kepada kita setelah kita berusaha itu seadanya. Kalau kita dah berusaha keras, sama keras dengan makcik kantin berusaha, tapi makcik kantin dapat 10 juta, kita hanya dapat 10 ribu. Maka, perlulah bersyukur. Dan jangan rasa dengki. Sebab hanya itu je yang kita betul-betul perlukan. Allah lebih tahu.

So, kalau nak bahagia, sila jangan sibuk nak bersaing untuk jadi lebih hebat daripada orang lain. Kalau dalam pelajaran tu boleh la. Atau berebut nak jadi terbaik dalam beribadah pun itu sangat bagus. Maksud saya, jangan nak bertanding kekayaan atau kecantikan. Atau pangkat atau pujian. Semua tu hanya akan membuatkan diri sendiri tak tenang. Trust me. Kamu perlu faham, apa yang kamu ada itulah yang terbaik untuk kamu.

Dan satu lagi cara nak bahagia ialah, jangan berharap terlampau tinggi untuk sesuatu melainkan kepada Allah. Kalau nak cari pasangan, janganlah nak yang paling perfect yang ada segalanya, kaya, hensem, cantik, baik, beriman, romantik bla-bla. Nanti bila dia tak ada salah satu, kamu rasa kamu tak bahagia. Pastu kalau mencari kerja plak, mengharap jawatan kerani, gaji 10 ribu sebulan. Nak tempat kerja ada kemudahan semuanya. Mesti lah kita akan rasa tak puashati bila apa yang kita harap tu tak wujud.

1 comments :

✿INA AINAA✿ said...

kiralah kesyukuranmu, janganlah menghitung kesusahan mu.... nice entry, kebahagian dan ketenangan itu merupa harta yang paling berharga didunia serta akhirat