Tuesday, September 11, 2012

Memilih Teman Hidup


Greeting Text
Hai hai hai my readers sekalian! Lewat sikit update hari ni ye. Banyak benda nak kena buat. Well biasa lerr kan, hidup seorang pelajar. Bila kita jadi pelajar, benda yang kita tak nak pun mesti kita nak. Contohnya, kita taknak buat homework, tapi kita mesti jugak buat! Mesti. Kalau tak bersiap sedialah untuk bergantung macam beruk kat tingkap. Erk, takde la sekejam tu.. Macam peraturan sekolah jugak, sebenarnya dalam hati taknak pun ikut semua tu. Tapi oleh kerana terpaksa. Dunia ni dipenuhi undang-undang. Setiap sekolah, negeri, negara, lain undang-undangnya. Ada sekolah yang mesti berasrama, ada yang tak.. Haaa macam tu lah ye.


Okay okay, sorry sebab terlalu kuat drift. Haha. Keluar tajuk jauh gile. OK, korang tahu kenapa tiba2 je Hajar nak buat tajuk yang sebegini? Sebabnya adalah, tadi masa baru je habis buat homework, Hajar pegi surf facebook jap. Biasa la tu kan, benda yang harus Hajar buat. Hahaha. Nak di katakan selalu tu, tak jugak. Sebab sekarang Hajar cenderong kepada membaca. Hajar bukan baca novel yang dalam buku tu ekk! Hajar baca kat satu blog tu.. Kat situ banyak cerita2 yang di taip semula dari sebuah novel. Untung tidak? Kita boleh baca something interesting free gitu je. Ok, cerita tadi.. Masa tengah view profil seseorang tu kan, Hajar nampak la dekat wall dia tu, penuh dengan puitis bersama dengan ala2 pakwe dia tu.

Masa tengah baca tu pun menyampah rasa. Tapi masih jugak Hajar teruskan membaca. Kot2 terlebih rajin kan? Hahaha. Rajin mengorek rahsia orang! :p . Masa dia berkomen2 kat wall tu kan, amboiii aduhaiiiiiii. Terlalu la romantik. Ok, tolak ketepi tu. Yang Hajar maksudkan tu is my cousin. Dia tu perempuan. Lebih muda lagi dari Hajar. Tapi, perangai yarabi. Mengalahkan orang dewasa. Hajar tak jugak ada pakwe. Dia tu, dah ade dah. Haha, zaman sekarang. Hebat. Belajar dulu la bod**! Haha. Tapi, betul lah kan apa yang Hajar cakap? Belum apa2 lagi dah nak menggatal. Nanti terjadi sesuatu kan mak bapak jugak lerr yang susah.

Ok, yang Hajar nak memprotes sekarang ni, kenapa dia pilih "insan" yang macam lelaki tu? Takde yang lain dah ke? Awal2 Hajar cakap, bukan jeles sebab dia dah ada teman hidup. Bukan... Cuma masalahnya, sebagai seorang cousin, Hajar pun khuatir la tentang masa depan dia. Macam tak senonoh betul. Tengok dari segi rupa, kita dah tahu lelaki tu selekeh. Jadi lelaki ni, jangan la pemalas sangat kan. Dah tu, dengan fashion nya ntah kurun ke berape ntah. Rambut macam tu, alamak!! Kalau nak di komplen memang tembus keyboard laptop sebab tangan tak berhenti menaip.

Ermmmm.. Hajar nak cite panjang2 lagi sebenanrnya, tapi apakan daya, masa tak mengizinkan. Esok pagi kena bangun awal. Harap2 takde spotcheck. Cikgu tu kalau dah spotcheck bukannya sikit2. Sabo je lah jawapnya kan. Ok, kita sambung kejap dengan kesimpulannya. Haaaa, mesti ada kesimpulan. Baru menarik sikit. HEHE. Jadi, kesimpulannya adalah, kita mesti belajar dulu baru nak cari awek/pakwe. Nanti kalau dah habis belajar, kahwin la dengan sesiapa pun. Ada aku kisah? Hahaha. Dan satu lagi, memilih biar betul. Nanti silap2, menyesal seumur hidup. OK??




0 comments :