Hai hai hai my readers sekalian!
Lewat sikit update hari ni ye. Banyak benda nak kena buat. Well biasa
lerr kan, hidup seorang pelajar. Bila kita jadi pelajar, benda yang kita
tak nak pun mesti kita nak. Contohnya, kita taknak buat homework, tapi
kita mesti jugak buat! Mesti. Kalau tak bersiap sedialah untuk
bergantung macam beruk kat tingkap. Erk, takde la sekejam tu.. Macam
peraturan sekolah jugak, sebenarnya dalam hati taknak pun ikut semua tu.
Tapi oleh kerana terpaksa. Dunia ni dipenuhi undang-undang. Setiap
sekolah, negeri, negara, lain undang-undangnya. Ada sekolah yang mesti
berasrama, ada yang tak.. Haaa macam tu lah ye.
Okay okay, sorry sebab terlalu kuat
drift. Haha. Keluar tajuk jauh gile. OK, korang tahu kenapa tiba2 je Hajar nak buat tajuk yang sebegini? Sebabnya adalah, tadi masa baru je
habis buat homework, Hajar pegi surf facebook jap. Biasa la tu kan,
benda yang harus Hajar buat. Hahaha. Nak di katakan selalu tu, tak
jugak. Sebab sekarang Hajar cenderong kepada membaca. Hajar bukan baca
novel yang dalam buku tu ekk! Hajar baca kat satu blog tu.. Kat situ
banyak cerita2 yang di taip semula dari sebuah novel. Untung tidak? Kita
boleh baca something interesting free gitu je. Ok, cerita tadi.. Masa
tengah view profil seseorang tu kan, Hajar nampak la dekat wall dia tu,
penuh dengan puitis bersama dengan ala2 pakwe dia tu.
Masa tengah baca tu pun menyampah
rasa. Tapi masih jugak Hajar teruskan membaca. Kot2 terlebih rajin kan?
Hahaha. Rajin mengorek rahsia orang! :p . Masa dia berkomen2 kat wall
tu kan, amboiii aduhaiiiiiii. Terlalu la romantik. Ok, tolak ketepi tu.
Yang Hajar maksudkan tu is my cousin. Dia tu perempuan. Lebih muda lagi
dari Hajar. Tapi, perangai yarabi. Mengalahkan orang dewasa. Hajar
tak jugak ada pakwe. Dia tu, dah ade dah. Haha, zaman sekarang. Hebat.
Belajar dulu la bod**! Haha. Tapi, betul lah kan apa yang Hajar cakap?
Belum apa2 lagi dah nak menggatal. Nanti terjadi sesuatu kan mak bapak
jugak lerr yang susah.
Ok, yang Hajar nak memprotes
sekarang ni, kenapa dia pilih "insan" yang macam lelaki tu? Takde yang
lain dah ke? Awal2 Hajar cakap, bukan jeles sebab dia dah ada teman
hidup. Bukan... Cuma masalahnya, sebagai seorang cousin, Hajar pun
khuatir la tentang masa depan dia. Macam tak senonoh betul. Tengok dari
segi rupa, kita dah tahu lelaki tu selekeh. Jadi lelaki ni, jangan la
pemalas sangat kan. Dah tu, dengan fashion nya ntah kurun ke berape
ntah. Rambut macam tu, alamak!! Kalau nak di komplen memang tembus
keyboard laptop sebab tangan tak berhenti menaip.
Ermmmm.. Hajar nak cite panjang2
lagi sebenanrnya, tapi apakan daya, masa tak mengizinkan. Esok pagi kena
bangun awal. Harap2 takde spotcheck. Cikgu tu kalau dah spotcheck
bukannya sikit2. Sabo je lah jawapnya kan. Ok, kita sambung kejap dengan
kesimpulannya. Haaaa, mesti ada kesimpulan. Baru menarik sikit. HEHE.
Jadi, kesimpulannya adalah, kita mesti belajar dulu baru nak cari
awek/pakwe. Nanti kalau dah habis belajar, kahwin la dengan sesiapa pun.
Ada aku kisah? Hahaha. Dan satu lagi, memilih biar betul. Nanti silap2,
menyesal seumur hidup. OK??
0 comments :
Post a Comment