Sunday, October 21, 2012

Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam !!





Greeting Text

   Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.




             Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.




             Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.



Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.




              Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.



                Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.



                Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.




                  Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.



Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)




                   Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.



Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.



Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.




                Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.

 

 Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

Tuesday, October 16, 2012

Ayah Terhebat!!!


Greeting Text

Ayah..

       Ayah akan melupakan apa yang dia inginkan, supaya dapat memberikan apa yang kamu perlukan…. Ayah membelikanmu lolipop yang kamu inginkan, dan dia akan menghabiskannya kalau kamu tidak suka…..Ayah menghentikan apa sahaja yang sedang di kerjakannya, walaupun kamu hanya ingin berbual…Ayah selalu berfikir dan bekerja keras untuk membayar yuran mu setiap semester, meskipun kamu tidak pernah membantunya menghitung berapa banyak kedutan di dahinya…


Ayah akan berkata “tanyakan pada ibumu” ketika dia ingin berkata “tidak”.Ayah tidak pernah marah, tetapi mukanya akan sangat merah padam ketika anaknya menginap di rumah rakan tanpa izinPerasaan terbaik bagi seorang ayah adalah ketika dia melihatmu melakukan sesuatu seperti gaya caranya….Ayah lebih bangga melihat prestasi mu, daripada prestasinya sendiri….Ayah hanya akan bersalam dengan mu ketika pertama kali kamu pergi merantau meningalkan rumah, kerana kalau dia memeluk mu, mungkin dia tidak akan pernah dapat melepaskannya.


Ayah tidak suka menitiskan air mata ….

ketika kamu lahir dan dia mendengar kamu menangis untuk pertama kalinya, dia sangat gembira sehingga hampir keluar air dari matanya. Ketika kamu masih kecil, dia akan memelukmu untuk mengusir rasa takut mu…ketika kau mimpi akan dibunuh hantu…

Tetapi, ayah akan tidak dapat tidur sepanjang malam, ketika anak kesayangannya diperantauan tidak memberi khabar selama hampir satu bulan.

Kalau tidak salah ayah pernah berkata : “kalau kau ingin mendapatkan pedang yang tajam dan berkualiti tinggi, janganlah mencarinya di pasar, tetapi datang dan pesanlah secara langsung pada tukang besinya. Begitu pun juga dengan cinta dan teman dalam hidupmu, jika kau ingin mendapatkan cinta sejati mu kelak, maka minta dan pesanlah pada Yang Menciptakannya”

Untuk masa depan anak lelakinya Ayah berpesan: “jadilah lebih kuat dan tabah daripadaku, pilihlah ibu untuk anak-anakmu kelak wanita yang lebih baik dari ibumu , berikan yang lebih baik untuk menantu dan cucu-cucuku, daripada apa yang yang telah ku beri padamu”

Dan untuk masa depan anak gadisnya ayah berpesan: “jangan kecewa meskipun kamu seorang wanita, selalulah menjadi bidadari kecilku dan bidadari terbaik untuk ayah anak-anakmu kelak! lelaki yang lebih dapat melindungimu melebihi perlindungan ayah, tetapi jangan pernah kamu gantikan posisi ayah di hatimu”

Ayah dapat membuat mu percaya diri… kerana dia percaya kepada mu… 
Ayah tidak mencuba menjadi yang terbaik, tetapi dia hanya mencuba melakukan yang terbaik…. 
Dan terpenting adalah… Ayah tidak pernah menghalang mu untuk mencintai Tuhan, bahkan dia akan membentangkan seribu jalan agar kau dapat menggapai cintaNya, kerana dia pun mencintaimu kerana cintaNya.

Monday, October 01, 2012

Memaafkan dan Dimaafkan


Greeting Text
 Kadang-kadang kesilapan yang orang buat kat kite terlalu sakit untuk kite lupe apatah lagi maaf.. Korang mungkin pernah terasa peritnya apabila orang yang terdekat menikam kita dari belakang. Menipu, mempermainkan, memburuk-burukkan, atau mengaibaikan kita seadanya. Sakit yang dirasa mesti tak boleh nak explain kan....Memang bagi aku harga kemaafan itu mahal.. harga yang infiniti tak boleh dinilai dengan apa harta, kereta  mewah dan sbagainya...sebab kadang-kadang orang yg  rase ramai yang setuju terutamanya perempuan susah nak lupa apa silap yang orang lakukan pada die even die dah maafkan orang tu..setuju tak kaum perempuan semua?.tapi rase lelaki pun ade mcm tu gak kan...

  
Tapi untuk bahagia aku rase banyk motivator dah banyak cakap kan ..untuk bahagia kite kene memaafkan semua orang yang menyakiti kite pada hari itu dan hari-hari sebelumnya So, start hari ini aku ingatkan diri aku dengan diri korang jugak supaya belajar memaafkan orang supaya orang senang meminta maaf pada kite...meh, aku kongsikan tips macam ne kite boleh memaafkan dan dimaafkan...renung-renungkan dan selamat beramal.


  
1. Memaafkan kesalahan seseorang adalah tanda orang yang bertakwa...

2.Wajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta.


 3.Sifat ‘tak kenal maaf’ atau ‘tiada maaf bagimu’ adalah sifat syaitan. Ia akan membawa keretakan dan kerosakan dalam pergaulan bermasyarakat.



 4.Masyarakat aman damai akan terwujud jika anggota masyarakat itu memiliki sikap pemaaf dan mengerti bahawa manusia tidak terlepas daripada salah dan silap.


 Imam Al-Ghazali memberi tiga panduan bagi memadamkan api kemarahan dan melahirkan sifat pemaaf.


 Apabila marah hendaklah mengucap “A’uzubillahiminassyaitanirrajim” (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).

 
 Apabila marah itu muncul ketika berdiri, maka hendaklah segera duduk, jika duduk hendaklah segera berbaring.

 Orang yang sedang marah, sunat baginya mengambil wuduk dengan air yang dingin. Hal ini kerana kemarahan itu berpunca daripada api, manakala api itu tidak boleh dipadamkan melainkan dengan air.


: Try to forgive and forget...ingat tu..walaupun kite sekadar manusia biasa..tak perlu berdendam dengan orang ...sebab kite sendiri pun tak tau pengakhiran hidup kite mcm mane kan..