Sahabatku sayang
Disaat
aku warkah ini ku ukirkan, terselit rasa cemburu yang tidak jelas
bukan ingin kau musnah, tapi aku bimbang hatimu akan hancur kerana
sesuatu yang tidak pasti walau tiada insan tersayang disisimu
menghalangi kerana itu terselit rasa ragu apakah aku salah.
Sahabatku sayang
Warkah
ini ku hadirkan walau tidak dilayang padamu secara langsung ku sangat
mengharapkan kau mengerti. Cemburu ini hadir kerana tidak mahu kau
hancur.Cemburu ini hadir kerana kau sahabat tersayang yang ku harapkan
kehadiranmu berkumpul bersama di perkampungan akhirat. Dan hadirnya
dirimu dalam episod kehidupanku sebagai insan yang akan menolak ku ke
syurga, bukan insan yang akan aku musuhimu diakhirat sana kerana
menjaga hatimu disini. Tapi aku masih ragu apakah benar cemburu yang ku
rasakan ini salah?
Sahabatku sayang
Ku
beranikan diri melakar lukisan hati melalui warkah ini agar kau
mengerti. Realiti kehidupan dunia ini sangat menyakitkan. Keindahan yang
kita rasakan ini sementara bahkan ia Cuma menipu untuk kita terus
lalai dari misi sebenar hadirnya kita disini, didunia penuh pembohongan
ini. Hati ini sangat cemburu andai kau memandang remeh pada sesuatu
yang harus kau letakkan pada tempatnya. Aku ingin kau gembira sahabatku
sayang. CUMA ITU.
Sahabatku sayang
Maafkan
aku andai kehadiranku dalam hidupmu membuatkan engkau menyesal.
Sungguh aku merasakan hal yang sama apabila tidak menghargaimu suatu
ketika dulu. Lalu hadirnya dia dalam persahabatan kita merubah
semuanya. Walau janjimu antara aku dan dia keduanya penting namun hati
kecil ini tidak mahu memahami. Apatah lagi walau Cuma perasaan yang kau
serah padanya dia masih tidak halal buatmu, sungguh hatiku merasa
cemburu. Aku inginkan hadirnya dia dalam hidupmu mendapat redha dari
Dia yang menciptakan kita.
Sahabatku sayang
Aku
tidak membenci dirinya. Siapa aku untuk menilai apakah dia baik atau
tidak untukmu sedangkan Allah tahu semuanya. Cuma aku ingin kau
mengerti, persahabatan yang telah lama dibina membuat aku merasa
cemburu kerana aku sangat takut dia mempersiakanmu walau engkau begitu
merasakan hatimu dekat padanya dan insan tersayang disekelilingmu
menyenangi dia, namun tidak bagiku selagi tiada akad yang terlafaz
olehnya.
Sahabatku sayang
Halalkan
ikatan ini jika mampu kau segerakan. Agar tersirna resah cemburu yang
kurasakan. Kerana ku mengharap kebahagian mu teman. Kebahagian yang
kekal dunia akhirat. Juga kebahagian yang dilimpahkan keberkatan pada
perhubungan kalian.
0 comments :
Post a Comment