Sunday, November 04, 2012

SAHABATKU SAYANG

Greeting Text
 Sahabatku sayang
Disaat aku warkah ini ku ukirkan, terselit rasa cemburu yang tidak jelas bukan ingin kau musnah, tapi aku bimbang hatimu akan hancur kerana sesuatu yang tidak pasti walau tiada insan tersayang disisimu menghalangi kerana itu terselit rasa ragu apakah aku salah.
Sahabatku sayang
Warkah ini ku hadirkan walau tidak dilayang padamu secara langsung ku sangat mengharapkan kau mengerti. Cemburu ini hadir kerana tidak mahu kau hancur.Cemburu ini hadir kerana kau sahabat tersayang yang ku harapkan kehadiranmu berkumpul bersama di perkampungan akhirat. Dan hadirnya dirimu dalam episod kehidupanku sebagai insan yang akan menolak ku ke syurga, bukan insan yang akan aku musuhimu diakhirat sana kerana menjaga hatimu disini. Tapi aku masih ragu apakah benar cemburu yang ku rasakan ini  salah?
Sahabatku sayang
Ku beranikan diri melakar lukisan hati melalui warkah ini agar kau mengerti. Realiti kehidupan dunia ini sangat menyakitkan. Keindahan yang kita rasakan ini sementara bahkan ia Cuma menipu untuk kita terus lalai dari misi sebenar hadirnya kita disini, didunia penuh pembohongan ini. Hati ini sangat cemburu andai kau memandang remeh pada sesuatu yang harus kau letakkan pada tempatnya. Aku ingin kau gembira sahabatku sayang. CUMA ITU.
Sahabatku sayang
Maafkan aku andai kehadiranku dalam hidupmu membuatkan engkau menyesal. Sungguh aku merasakan hal yang sama apabila tidak menghargaimu suatu ketika dulu. Lalu hadirnya dia dalam persahabatan kita merubah semuanya. Walau janjimu antara aku dan dia keduanya penting namun hati kecil ini tidak mahu memahami. Apatah lagi walau Cuma perasaan yang kau serah padanya dia masih tidak halal buatmu, sungguh hatiku merasa cemburu. Aku inginkan hadirnya dia dalam hidupmu mendapat redha dari Dia yang menciptakan kita.
Sahabatku sayang
Aku tidak membenci dirinya. Siapa aku untuk menilai apakah dia baik atau tidak untukmu sedangkan Allah tahu semuanya. Cuma aku ingin kau mengerti, persahabatan yang telah lama dibina membuat aku merasa cemburu kerana aku sangat takut dia mempersiakanmu walau engkau begitu merasakan hatimu dekat padanya dan insan tersayang disekelilingmu menyenangi dia, namun tidak bagiku selagi tiada akad yang terlafaz olehnya.
Sahabatku sayang
Halalkan ikatan ini jika mampu kau segerakan. Agar tersirna resah cemburu yang kurasakan. Kerana ku mengharap kebahagian mu teman. Kebahagian yang kekal dunia akhirat. Juga kebahagian yang dilimpahkan keberkatan pada perhubungan kalian.

0 comments :