mencari cinta..?? ya...setiap manusia yang normal dengan adanya hati dan perasaan kompem akan mencari cinta yang sejati...mencari seseorang yang terbaik untuk diri kita...seseorang yang mampu membahagiakan kita dan for sure memang boleh dipendekkan kata...
Kita akan sering mencari yang SEMPURNA...!!!
Bukan mudah untuk jatuh cinta...bukan mudah jugak untuk menjaga perasaan cinta yang hadir tu...sebab perasaan cinta tu anugerah daripada Allah...tapi,kadang-kadang kita mungkin jugak akan terfikir...
"adakah dia yang terbaik untuk ku..??"
"adakah dia mampu membahagiakan aku..??"
"adakah dia sudah cukup sempurna buatku...??"
Hajar sendiri akui yang Hajar sendiri ada jugak tertanya-tanya camtu...boleh ke Hajar nie jadi yang terbaik untuk c dia...mampu ke Hajar nie bahagiakn c dia...dan yang paling penting.."sempurna ke Hajar nie untuk c dia tu...??" tp...hari nie...ada satu perkara yang telah mengubah persepsi Hajar terhadap cinta nie...so,Hajar nak berkongsi dengan kawan2..mana nak tau kot2 lepas nie persepsi kawan2 pon turut berubah kan..??
jom kawan2 mari kita sama2 renungkan kata2 nie....
"...Jika kamu memancing ikan,setelah ikan itu terlekat di mata kail mu...hendaklah kamu mengambil ikan itu...janganlah kamu melepaskannya semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan SAKIToleh kerana bisa ketajaman mata kail mu itu dan mungkin juga ia akan menderita selagi ia masih hidup...begitu juga,setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang,janganlah kamu meninggalkannya dengan mudah kerana dia akan SAKIT kerana dia mungkin sudah mula menyayangimu..."
"...Jika kamu menadah air,biarlah berpada...jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh...kerana sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambahnya semula...Akhirnya,ia akan kamu buang...sedangkan jika kamu perbaikinya,ia masih boleh digunakan lagi...Begitu juga...jika kamu memiliki seseorang...TERIMALAH SEADANYA...janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengharapkan dia untuk sempurna...Anggaplah dia sebagai MANUSIA BIASA....jika tidak,sekali dia melakukan sebarang kesilapan,bukan mudah untuk kamu terima dan kamu akan KECEWA danMENINGGALKANNYA....sedangkan....jika kamu MEMAAFKANNYA,hubungan itu pasti akan dapat diselamatkan dan diteruskan...."
lepas je Hajar baca kata-kata tu...Hajar speechless...dan Hajar mula berfikir dan berfikir.... sesungguhnya...kita semua adalah manusia biasa...janganla kita mengharapkan pasangan kita tu sempurna dan tak lakukan apa2 kesilapan...begitu jugak dengan diri kita sendiri...selama-lamanya,kita takkan mampu untuk menjadi yang sempurna untuk sesiapa sahaja...walaupun secara fitrahnya,setiap manusia inginkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya...
p/s : awk...selamanya sy takkan mampu jadi sempurna seperti yg awk harapkan...tp sy akan cuba sedaya upaya sy untuk menjadi yg terbaik untuk awk...(^.^) bagi sy..awk sentiasa yang terbaik utk sy...