Thursday, October 09, 2014

Dear Sahabat

Greeting Text


Assalamualaikum , and hye !

Humm , actually . I'm very sad right now . Why ?
I don't know why . But , its about friends . 


Dah lama tak rasa perasaan sedih macam ni sebab kawan . Tak sangka ! 

Kawan , kenapa awak berubah ? Awak terasa ? Kalau terasa , jangan pendam .
Saya tak tahu apa silap saya kalau awak terus diam macam ni .

Awak , saya bukan tak cakap dengan awak kan ? Saya tegur awak kan ? Tapi , kenapa awak jadi macam ni ? Dah tak macam sebelum ni . Sedih ? Yaa ! Saya sedih sangat kalau kita dah tak rapat macam dulu .

Tolonglah faham . . Tak kan nak buat tak endah antara satu sama lain ? 
Maybe , awak tak kisah . Tapi , saya kisah awak . Saya kisah dengan persahabatan kita . Humm .

Saya dah tak tahu nak luahkan perasaan dekat siapa . Please =(
Yaa Allah ! Mungkin ini dugaan bagi kami . Aku lemah dengan keadaan macam ni . 

Awak , kita satu rumah , satu HOSTEL , satu program . Takkan masing masing just nak diamkan diri ?
Saya tak nak macam tu . Humm , even tu yang terbaik .

Yaa , i will do it . Saya dah tak nak peduli dah . Saya penat dengan sikap awak kawan . Sampai bila ?
Sampai bila kita nak jadi macam ni ? Saya tak nak bermusuh dengan kawan baik sendiri . Lagi-lagi awak ! Kawan yang paling rapat dengan saya . 

Saya pun terasa . Terasa dengan apa yang awak buat . Tapi , saya pendam . Saya tak nak keruhkan lagi keadaan kita . Yaa Allah ! Please help me . I dont wanna create any enemies . Dont want !

Saya sedih sangat . Air mata saya boleh mengalir bila bila masa saja . Tapi , depan awak . Saya takkan tunjuk . Sebenarnya , saya lemah . Lemah dengan keadaan macam ni .

Awak , kalau suatu hari saya dah berubah . Jangan fikir apa apa pun tentang saya . Boleh saya diamkan diri buat sementara waktu ni ? Atau sampai bila bila ? Kalau awak rasa itu yang terbaik ~
Humm , i'm sorry . Maafkan saya kalau ada buat awak terasa or anything else yang buatkan awak tak selesa .

Awak , sebenarnya saya dah letih nak jaga perasaan orang . Perasaan saya sendiri pun tak terjaga .
BETUL ! saya letih sangat . Saya nak menangis sepuas puasnya . Sampai dah tak boleh menangis . Saya nak ketawa sepuas puasnya . Sampai suatu hari saya dah tak boleh nak ketawa . Humm .

Awak perasan tak ? Sekarang saya dah jarang nak bercampur dengan awak ? Dulu , kalau gaduh sikit pun saya yang tegur awak dulu kan . Tapi , sekarang ? ENTAH ! yaa , people change . Saya dah letih tegur awak . Maybe , masing masing dah ada kehidupan sendiri . Maybe , awak tak nak diganggu kan ?

Yaa , saya akan diam . Thanks to be my friends yaa :')
Saya sakit hati ? Yaa , saya memang sakit hati . Tapi , sebab kawan . Saya takkan tunjuk . Saya tak nak kita semua jadi macam ni pun . Tak nak !




saya harap , awak boleh bantu saya =)
if saya dalam kesusahan .



Monday, April 07, 2014

Sebenarnya, Allah Ambil Dia Untuk Uji Kita..

Greeting Text



Kadang-kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang, 
Allah ambil dia dari kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.
Untuk uji kita.
Masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu
Masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu.
Dan masihkah kita percaya pada aturan DIA.
Untuk sedarkan kita.
Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya.
Dan
Kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai.
Saat Allah jarakkan kita,
lalu timbul rasa rindu dan menyesal,

Itu bukan untuk menghukumi kita.
Tetapi untuk memberi pengajaran.
bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi
lebih dari yang kita mahu lakukan..

Monday, February 17, 2014

KAU INSPIRASIKU..

Greeting Text

KEHILANGNYA MENBERI SERIBU KESEDIH... TERKEJUT DAPAT TAHU CIKGU YANG PEMURAH DENGAN SENYUMAN SEMASA DI SMK BINTULU TELAH PERGI MENINGGALKAN KITA...CIKGU JASA MU TETAP DIKENANG HINGGA AKHIR HAYAT KU..CIKGU TAK PERNAH KEDEKUT ILMU PADA KAMI..CIKGU YANG TERBAIK YANG PERNAH SAYA KENAL..





Jangan Terlalu Memilih, Terimalah Dia Apa Seadanya..

Greeting Text


Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup…
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu sahaja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…


Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh

Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK

tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…


Begitulah juga jika kamu sedang memiliki seseorang….TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa

Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN, tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat

Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja…


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT

Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain?

Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL

Begitulah juga jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU…. MENGASIHIMU…. dan MENCINTAIMU….
Mengapa kamu berlengah lagi? Dengan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?


Terlalu mengejar KESEMPURNAAN?
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yangg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
Dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI
Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA… itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti,
Namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang telah pergi”