Wednesday, January 25, 2012

Kenangan yang abadi dalam kehidup ku...


Greeting Text


                                 
Hari ini aku ingin bercerita sesuatu yang sedikit peribadi. Tulisan yang jarang-jarang aku lakarkan sejak beberapa tahun. Mungkin kerana ingin berkongsi sesuatu di sini setelah aku simpan sekian lama. Namun begitu, bercerita tentang semua ini bagaikan membongkar semula segala kenangan silam yang terlukis segala pahit dan manis.
Dulu, aku banyak hidup dengan kenangan. Aku begitu menghargai setiap orang yang hadir dalam hidup aku, terutamanya mereka yang begitu rapat dan menjadi sahabat dan teman di saat suka dan duka. Tetapi, masa telah membawa setiap insan pada laluan yang tersendiri. Masing-masing sibuk dengan keadaan semasa – dengan tanggungjawab yang menjadi keutamaan. Maka, adalah tidak aneh jika kebanyakan mereka sudah berubah. Dari mentah menjadi lebih matang. Dari jenis yang tidak ambil kisah menjadi golongan yang serius.
Apabila mengenangkan hanya aku yang bergantung kepada kenangan, maka aku tutup segala apa kenangan yang ada. Aku simpan dengan baik. Setiap kenangan manis yang ada pada suatu masa dulu belum pasti menpunyai manis yang sama pada saat ini. Segalanya sudah berubah dan aku harus menerima hakikat itu. Dan pada ketika ini, hampir sebahagian besar kenalan rapat aku sudah jarang mengirimkan berita. Aku faham keadaan itu kerana aku juga termasuk dalam kumpulan yang begitu sibuk menguruskan kehidupan yang aku lalui sekarang. Dan aku juga turut jarang mengirimkan berita sendiri. Tapi, ada juga kawan yang dulu cukup rapat dan aku anggap sebagai sahabat baik sudah hilang terus. Atau dengan kata lain, seakan melarikan diri dari aku. Kenapa pula ya? Sering aku bertanya, apakah kesalahan yang aku lakukan? Aku sedikit terasa, tapi aku biarkan masa yang menentukan...

pergilah sayangku

Greeting Text

kita hanya mampu merancang,tapi tuhan yang memnentukan segala-nya..memang jika diikutkan hati ini,aku mahu bersamamu..kehilanganmu dalam hidupku amat aku terasa sekali.aku tidak tahu pada siapa harus aku luahkan?jika memang ini takdirnya,aku rela dengan
pemergianmu dalam hidupku.cuma,satu permintaanku jika aku diberi peluang sekali lagi,akan aku cuba hargai mu.tidak akan aku sia-siakan peluang yang diberikan.sudah banyak kali aku cuba melupakan diri mu,tapi apa yang aku dapat?setiap masa dan saat aku merindukan dirimu..tidurku terganggu dengan mengingati dirimu.

kejamnya kau buat aku begini.kemana saja aku pergi,aku tetap merasakan dirimu dekat dengan diriku ini..kenapa sukar untuk kau menghargai diriku?aku hanya ingin meminta perhatian bukannya wang ringgit,aku juga tahu batas-batas waktu antara kita..lumrah manusia,sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dapat?pergilah sayang,jika ini yang terbaik buat kita berdua.penyesalan tetap terasa dalm diri ini,namun masa tidak boleh diputar kembali.aku akan terus berjalan sambil mengingati kenangan antara kita..hanya namamu dalam diri ini..

DaLaM HiDuP InI

Greeting Text

 Kepada yg masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang
, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.
Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN...
Cinta bknnya mencari seseorang yg "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yg PATAH HATI...
Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

Kepada yg ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu..

Kepada yg takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI...
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.
Cinta memang indah tp byk ranjau onak berduri didlmnye.....

cinta vs suka

Greeting Text


Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
... Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka