Saturday, October 12, 2013

Yang PERTAMA tak semestinya yang SELAMANYA…

Greeting Text



Boleh ke sume org trime kenyataan tu??  

“Arrgghhh… mana mungkin yang PERTAMA bagi aku nie bkn yang SELAMANYA bagi aku…aku seorang yang setia..!!!” 


namun, sebenarnya bukan soal kesetiaan yang cuba hajar rungkaikan…sebaliknya…

“Kau cinta PERTAMA ku wahai kekasihku…Kaulah segalanya bagiku…”
“Awak adalah yang PERTAMA bagi saya…dan awaklah yang terakhir bagi saya…”
“Pilihan PERTAMA saya adalah …. Dan saya sangat yakin dgn pilihan ini kerana sume org ckp yang pilihan PERTAMA adalah pilihan yang terbaik…”

Sebut je tentang yang PERTAMA, hajar yakin dan amat2 pasti ramai yang akan terfikirkan segalanya tentang yang pertama…pengalaman PERTAMA masuk sekolah…pengalaman PERTAMA p temuduga, pengalaman PERTAMA kne denda dan banyak lagila…sume org ada YANG PERTAMA dalam hidup mereka…dan berdasarkan apa yg hajar rasakan, sudah semestinya setiap org pasti akan merasai ‘CINTA PERTAMA’ dlm hidup mereka…kan?? Sama ada kwn2 pun pernah merasainya atau tidak, biarkan ia…kerana bak kata Siti Nurhaliza…BIARLAH RAHSIA…


Org kata dari mata turun ke hati…org kata cinta itu hadir dari pandangan mata yang PERTAMA…btol ke? Ada ke gitu?? yelakan,mstila ada…kan ada istilah cinta pandang PERTAMA…urmm...jadi sumenya tentang yang PERTAMA…setiap perkara yang PERTAMA pasti akan dirasakan sebagai perkara yang terbaik dlm hidup hampir setiap orang…



….sebab….

Yang PERTAMA itu indah…Yang PERTAMA itu sejati…Yang PERTAMA itu yg terbaik…Yang PERTAMA itu selamanya…dan nak dipendekkan kata, yang adalah SEGALANYA… sume orang cakap mcm tu…sume orang kata yang PERTAMA mustahil untuk dilupakan…

Tapi…pernah atau tidak kita sama-sama berfikir walau sejenak bahawa sememangnya panas x semestinya sampai ke ptg,sebaliknya…tengah hari yg kebiasaannya panas tidak mustahil akan hujan…

Kerana kadangkala yang PERTAMA itulah yang akan melukakan…yang PERTAMA itu jugalah yang satu hari nanti mungkin akan meninggalkan dan yang PERTAMA itu tidak mustahil akan mendatangkan kehampaan…

Jadi, apa yang ingin hajar kongsikan dengan kwn2 adalah jika pilihan PERTAMA anda adalah pilihan yg menghampakan, maka ia seharusnya dijadikan iktibar juga pengajaran dalam hidup kita…jangan dikenang lagi yg PERTAMA hinggakan yg KEDUA menjadi mangsa dan terabai begitu sahaja...sebaliknya, cubalah utk lebih menghargai dan menjaga sebaiknya yg KEDUA dlm hidup anda itu kerana anda harus menerima hakikat kebenaran bahawa

yg PERTAMA x semestinya yg SELAMANYA!!!!


Monday, September 16, 2013

♥♥ SPM is approaching ♥♥


Bila kawan aku post dekat fb  UPSR  IS DONE,PMR IS COMING AND SPM IS WAITING..hanya sebulan lebih lagi nak SPM..rasa sedih memang ada..sedih nak berpisah dengan kwan2 sekelas dan dengan cikgu..cikgu yg satu kepale dengan aku..berkongi  novel..kisah remaja memang indah bagi aku mempunyai sahabat yang baik seperti AISHAH, ATIEY, AIN, AZIEY AND NISA..korang baik sanggat dengan aku..walaupuan aku terlalu banyak kekurangan..aku tak sepandai korang..

aku nak ucapkan GUD LUCK dgan korang yg ambil SPM tahun 2013..hanya sebulan lebih untuk kita belajar..kejalah cita2 korang...


hidup ku ibarat pohon yang menanti buahnya jatuh..aku rasa blom bersedia untuk menlangkah lebih jauh..tapi hanyalah mimpi..alam remaja ku di sekolah menengah kebangsaan BINTULU hampir tamat..adakah aku sanggup untuk meninggal sejuta kenangan bersama sahabat tercinta..aku takut untuk kehilang meraka...walaupun perkenalan kami terlalu singkat tapi penuh kenangan..segala suka dan duka aku kongsi bersama...bila dah alam dewasa  pasti aku tidak mampu untuk tempuh hidup  dengan sendiri,aku perlu sahabat seperti koranag...tetapi masing-masing sudah menpunyai  hala tuju..aku blom bersedia untuk meninggalkan sarawak..sarawak yg penuh makna..seandainya masa boleh berulang semula ingin aku putar masa dan hentikan hari kebahagian kami lalui...tapi itu hanya mimpi..mimpi di malam hari perkara yang tak mungkin akan perlaku pada diri ku dan sahabat2 ku..pasti aku akan menrindui sahabat seperti kamu semua..korang faham aku..korang selalu bersama aku terutamanya AISHAH yang sekelas dengan aku..dia tahu bertapa sedih jiwa ini bila berjauh dengan keluarga tercinta dialah tempat aku luahkan perasaan ini..hanya sahabat  untuk aku membuang masa..menahan kerinduan yg amat mendalam bila keluarga tiada disisi... sahabat kau telah menberi aku kekuatan untuk menjalani hari-hari ku di sekolah...kasih dan cinta aku terhadap korang tak akan terbelah bagi...koranag tak pernah membuat aku kecil hati...aku bahagi bila kenalan dengan korang semua...aku pernah leka dan alpa satu ketika dulu..aku tak menhargai sahabat aku..sehingga aku pernah kehilangan sahabat ku  untuk selamanya...sejak itu aku mula berazam untuk menghargai semua benda yang datang kepada ku termasuklah sahabat..aku mula berubat untuk  meninggalkan kisah hitam aku..setiap manusia mempunyai kisah hitam termasuk aku...korang teman ketawa dan sedih aku...aku tak sanggup untuk meninggal alam remaja..aku takut persahabatan kita akan terpisah dan aku takut tidak berjumpa dengan korang lagi..kenangan kita bercuti di KL tidak akan aku lupakan hingga ke hujung nyawa...

TERIMA KASIH KERANA MENERIMA AKU SEBAGAI SAHABAT KORANG SEMUA..TERIMA KASIH YG TAK DAPAT DILUAH...




GOOD LUCK KEPADA PELAJAR YANG AMBIL SPM PADA TAHUN 2013 di seluruh malaysia??

Monday, August 19, 2013

♥♥ Kehidupan Manusia Semakin Berubah ♥♥



Tanpa kita sedar sedari,perjalan kehidupan kita dari masa ke semasa berputar dan mengikut perubahan secara perlahan lahan !!! Dan semakin lama semakin kita asyik dengan perubahan yang berlaku dan kadang2 mengizinkan satu rasa yang semakin hilang dan pudar..

 
Perasaan yang hadir di dalam jiwa kita sering berubah dan beralih arah.. Tanpa kita sedari dan juga perasan akan perubahan yang berlaku.. Pasti akan ada merasakan hilang satu arah atau rasa..

Kita menanti tentang sesuatu yang tidak pasti~

Di dalam kehidupan kita sehariaan menempuh dengan pelbagai rintangan dan cabaran di dalam mencari satu keutuhan jiwa di dalam diri sama ada kita kuat atau mampu mencari satu hakikat.. Mencari satu keyakinan di dalam diri dalam membawa watak diri mencari perubahan demi perubahan..
Jiwa yang hidup adalah jiwa yang sentiasa inginkan perubahan.. Jiwa Mukmin inginkan hari ini yang sedang dilaluinya lebih baik dari semalam.. Ibadahnya bertambah baik, akhlaknya juga bertambah baik begitu juga dengan keadaan jiwanya dan seluruh yang berkaitan dengan dirinya..
Jika derita akan menjadi masa lalu, mengapa harus dijalani dengan sepedih rasa, sedang ketegaran akan lebih indah untuk dikenang nanti.. Jika kesedihan akan menjadi masa lalu, mengapa tidak dinikmati saja, sedangkan ratap dan tangis tak akan merubah apapun.. Jika kesalahan akan menjadi masa lalu, mengapa harus tenggelam didalamnya, sedangkan berubah itu lebih utama..

Masa lalu adalah sejarah yang tak mungkin akan dapat diubah ubah.. Masa sekarang ada jalan ke masa hadapan.. Sewajarnya, perbaikilah diri sendiri untuk menjadi yang lebih baik pada masa hadapan..

Kadang kita rasakan cinta itu telah mati di dalam jiwa kita, kita salah dalam memberi pengertian pada diri sendiri.. Sedangkan cinta tidak pernah mati dalam kehidupan kita.. Cuma kita yang sendiri tidak mahu mengaku cinta itu masih ada

Kita menyerah untuk berkata kita salah, bukan bermakna menunjukkan kita telah tewas dan lemah.. Bukan menunjukkan kita kalah di dalam pengertian yang luas.. Tapi kita beralah demi sesuatu kemungkinan yang kita sendiri masih samar..

Secara fitrahnya, semua jiwa sama ada beriman (mukmin) atau tidak inginkan hari esok yang lebih baik dari hari ini.. Cuma tidak semua manusia yang dapat melakukan perubahan kepada keadaan yang lebih baik.. Ada yang tidak tahu apakah perubahan yang harus dilakukan dan ada yang tidak tahu titik mula untuk melakukan perubahan..

Kadang kita tidak dapat menerima teguran dari seseorang.. Kerana kita amat merasakan diri kita jauh lebih hebat dari dia.. Kerana kita punyai sikap yang sombong akan diri.. Kerana kita tetap ada ego yang makin memuncak dan semakin kita hilang akan jati diri..

Bentuk perubahan yang perlu dilakukan lebih mudah dikesan oleh kita tetapi seringkali kita gagal mengesan dimana titik mula perubahan.. Kita seringkali juga melakukan perubahan tetapi malangnya kebanyakan besar perubahan yang kita lakukan hanya tertumpu pada perubahan-perubahan kecil..


Biarlah diri kamu di tinggalkan, hati kamu dilukai dan malam kamu di kelam sunyi dengan tangis dalam hati.. Biarkan saja.. Benarkan kesedihan itu dibawa arus sedih yang bertamu dalam kabus dingin.. Kerana kesabaran itu adalah penawar pada duka.. Bersabarlah duhai hati


Itulah kita, kita berubah.. Merubah dan diubah.. Sama ada suka atau tidak.. Sedar atau tidak.. Kita akan melalui prosesnya..


Tiada lagi merasakan satu rasa kini.. 
Aku menoleh memandang di mana letaknya mentari.. Di dalam mencari sinarnya hati.. Bila senyuman tidak semanis dulu lagi.. Bila apa yang ada kini cuma khayalan dinihari.. Menghitung dan mengira hingga suatu hari nanti.. Yang tampak jelas cumalah suramnya hati.. Hingga sampai suatu masa aku jua akan mati..


Tuesday, July 09, 2013

♥♥ KENANGAN BERSAMAMU ABADI DIHATI KU ♥♥

Greeting Text
 Saat indah dalam hidup ku bersama sahabat seperjuangan ku disaat aku ingin mencipta sejarah dalam hidup ku...bersama dengan mereka membuat aku sedar bertapa pentingnya persahabat dan menghargai masa...aku memang pernah menlangkah kaki Ke KUALA LUMPUR...Tapi aku tak pernah menlangkah kaki bersama kawan2 ku..kami belajar sejarah2 pada masa lalu yang pernah berlaku...kawan yang menberi aku erti kesabaran dan persabatan..aku dapat kenal dengan kawan2 yang bercita-cita tinggi..sehingga aku ingin mengikut langkah mereka yang menpunyai cita2 yang tinggi...ALHAMDULILLAH CITA2 KU INGIN KE PARLIMEN AKHIRNYA TERCAPAI JUGA...Seolah-lah macam baru semalam je aku  terbangun dari pada mimpi...aku memang tak sangka kami ada buat lawatan ke PARLIMEN juga...okey itu je lah nak cite..kalau ada masa saya sambung lagi..Kenangan hajar bersama korang hajar tak akan lupakan..terima kasih cikgu kerana sudi menjaga kami semasa di sana...KUALA LUMPUR DAN MELAKA MENCIPTA SEJARAH ABADI DALAM HIDUP SAYA...MUNKING SAMA TAK BOLEH DI PUTAR...TAPI KENANGAN TETAP BERMAIN DI MINDA SAYA...