Friday, December 21, 2012

Jangan Mengharapkan yang terlalu SEMPURNA

Greeting Text
mencari cinta..??  ya...setiap manusia yang normal dengan adanya hati dan perasaan kompem akan mencari cinta yang sejati...mencari seseorang yang terbaik untuk diri kita...seseorang yang mampu membahagiakan kita dan for sure memang boleh dipendekkan kata...

Kita akan sering mencari yang SEMPURNA...!!!

Bukan mudah untuk jatuh cinta...bukan mudah jugak untuk menjaga perasaan cinta yang hadir tu...sebab perasaan cinta tu anugerah daripada Allah...tapi,kadang-kadang kita mungkin jugak akan terfikir...

"adakah dia yang terbaik untuk ku..??"
"adakah dia mampu membahagiakan aku..??"
"adakah dia sudah cukup sempurna buatku...??"


Hajar sendiri akui yang Hajar sendiri ada jugak tertanya-tanya camtu...boleh ke Hajar nie jadi yang terbaik untuk c dia...mampu ke Hajar nie bahagiakn c dia...dan yang paling penting.."sempurna ke Hajar nie untuk c dia tu...??" tp...hari nie...ada satu perkara yang telah mengubah persepsi Hajar terhadap cinta nie...so,Hajar nak berkongsi dengan kawan2..mana nak tau kot2 lepas nie persepsi kawan2 pon turut berubah kan..??  

jom kawan2 mari kita sama2 renungkan kata2 nie....

"...Jika kamu memancing ikan,setelah ikan itu terlekat di mata kail mu...hendaklah kamu mengambil ikan itu...janganlah kamu melepaskannya semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan SAKIToleh kerana bisa ketajaman mata kail mu itu dan mungkin juga ia akan menderita selagi ia masih hidup...begitu juga,setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang,janganlah kamu meninggalkannya dengan mudah kerana dia akan SAKIT kerana dia mungkin sudah mula menyayangimu..."

"...Jika kamu menadah air,biarlah berpada...jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh...kerana sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambahnya semula...Akhirnya,ia akan kamu buang...sedangkan jika kamu perbaikinya,ia masih boleh digunakan lagi...Begitu juga...jika kamu memiliki seseorang...TERIMALAH SEADANYA...janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengharapkan dia untuk sempurna...Anggaplah dia sebagai MANUSIA BIASA....jika tidak,sekali dia melakukan sebarang kesilapan,bukan mudah untuk kamu terima dan kamu akan KECEWA danMENINGGALKANNYA....sedangkan....jika kamu MEMAAFKANNYA,hubungan itu pasti akan dapat diselamatkan dan diteruskan...."

lepas je Hajar baca kata-kata tu...Hajar speechless...dan Hajar mula berfikir dan berfikir.... sesungguhnya...kita semua adalah manusia biasa...janganla kita mengharapkan pasangan kita tu sempurna dan tak lakukan apa2 kesilapan...begitu jugak dengan diri kita sendiri...selama-lamanya,kita takkan mampu untuk menjadi yang sempurna untuk sesiapa sahaja...walaupun secara fitrahnya,setiap manusia inginkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya...

p/s : awk...selamanya sy takkan mampu jadi sempurna seperti yg awk harapkan...tp sy akan cuba sedaya upaya sy untuk menjadi yg terbaik untuk awk...(^.^) bagi sy..awk sentiasa yang terbaik utk sy...


Tuesday, December 18, 2012

SULAM BAJU KURUNG





Greeting Text




HARI NIEY AKU NAK CITE PASAL MAK CIK AKU....TDI DIA CALL AKU DIA MINTA TOLONG AKU PROMOSI SULAM BAJU...AKU TOLONG JER LAH...KALAU  KORANG NAK SULAM BAJU KURUNG BOLEH JE... TPI UNTUK WARGA BINTULU JE... MAK CIK AKU KATE KALAU KORANG NAK 1 PASANG 50 RINGGIT  TPI TAK BNYAK BUNGA   DIA BOLEH SULAM UNTUK 50 RINGGIT JE...KALU KORANG NAK 100 RINGGIT LEBIH BANYAK BUNGA ...







                                                                                                                                      

Tuesday, December 11, 2012

♥ ♥ ♥ CUTI DAH NAK ABIS ♥ ♥ ♥

Greeting Text



Malas rasa nak upload blogger...Tuan tanah tak ada masa nak upload blogger..dah lah malam2 macam niey idei datng...hehehehe...OMG cuti dah nak abis..tinggal 21 hari lagi...mcm blom puas hati je bercuti bersama keluarga tercinta...tahun depan tak dapan nak pergi mana2...awal-awal dah mama dan abah bagi amaran tahun depan tak boleh pergi bercuti...sedih bila abah cakap macam itu...abah dan mama suruh aku  fokus dalam SPM..mereka nak aku berjaya..OMG....macam belom bersedia je nak SPM tahun depan...Dah lah aku niey malas sanggat nak buka buku...kalau buka  buku facebook dan  Twitter aku rajin...hehehe..nampak sangat aku nie permalas kan2...okey lah smpai kat cniey jr cite aku...kalau ada masa aku upload lagi..baibai 
:)







Friday, December 07, 2012

MALU

Greeting Text

Buat kali ketiga aku update cepat2 dalam satu jam! Haha.. Ni memang nak kena ni. Kuang2. Ok lah, sebenarnya aku tak suka entry lama2 ku di baca public. Hihihi. Malu teramat sangat dan aku merasakan diri ku belum matang bila aku sendiri yang baca!! Rasa nak padam, tapi beratus2 dah nak di padam!



Tak larat aku nak padam banyak tu. Kalau ada function delete all, dah lama aku delete sebab bagi aku entry lama tu kurang matang. Tak tahu la kenapa, dengan gaya aku menaip yang cacat sekali. Hahaha.. Dan jugak kisah aku yang tatkala di hujung bulan purnama mengambang (cerita lama) dulu2 kala tu.



Kalau boleh jangan lah baca. Hahaha. Ek elehhhh. Kalau taknak bagi orang baca, takyah update. Habis cite. Hadoiii. Kalau ikutkan hati aku taknak lah update. Tapi apa kan daya, aku dah beli domain sendiri. Hahaha.. Nak taknak, aku kena jugak update!! Takkan nak bayar free gitu2 je kot??


Jadi sia2 lah aku beli domain tuu. Haha. Dulu punyalah bersemangat aku nak berblogging. Tapi sekarang ni tiba2 pulak semangat tu melayang entah ke mana. Ke kiri atau ke kanan, aku pun tak tahu. Sebab udara tak nampak di pandang!! Erkkk, apakah.. Aku pun tak faham. Hahaha..


Jadi kesimpulannya di sini, kalau boleh aku nak padam balik entry aku 3 bulan lepas kecuali bulan November... Tu pun kalau aku sanggup. Atau senang cerita, tutup terus je blog untuk seketika. Tahun depan nanti baru buka balik. Hahaha. Cehh! Ada ke macam tu? Ok lah. Selamat membaca evelibadi. Hope takde yang rasa menyampah bila baca entry merapu ini. Hahahaha.. Baii



Thursday, November 22, 2012

♥ ♥ ♥ AMAN PALESTIN ♥ ♥ ♥

Greeting Text



   Dah lame tuan tanah tak upload blog..tuan tanah tak ade idea nak upload psal pa...hari nie tuan tanh nak upload psal AMAN PALESTIN..cik nie kesian sanggat dengan orang Palestin..kalau cik boleh terbang rasa nak pergi sane je..sayang cik tak boleh terbang cik hanya lah manusia biasa...

Saban hari dan tahun pembunuhan dan penindasan diterima rakyat Palestin dengan berterusan. Buminya setiap bulan dihujani bom dan bedilan mortar manakala tanahnya pula selalu ditumpahi darah-darah insan yang tidak berdosa bahkan yang belum 
kenal erti dunia. Di mana peranan OIC, PBB dan NATO dalam mengadili hak dan keadilan rakyat Palestin. Ke mana dibelanjakan wang berbilion-bilion milik Umat Islam yang terkaya di dunia demi menyelamatkan saudara seagamanya di sana. Inilah yang akan berlaku dan berlegar tanpa henti hingga sampai suatu masanya kelak. Hanya iringan doa yang dapat kita berikan demi saudara kita tabah dan kuat menghadapi cabaran getir yang menghantui mereka setiap pagi, 

petang dan malam. 


jom kite sama-sama berdoa dan Menderma untuk rakyat PALESTIN WALAUPUN SERINGGIT...







JOM SAMA2 KITE LIHAT VEDIO KAT BAWAH....






Saturday, November 17, 2012

CIKGU TERSAYANG MENINGGAL DUNIA...SEDIH SANGGAT...

Greeting Text


Hari ini aku tiba2 je nak buka facebook...sbenar aku buka nak main game je..aku pergi lah home...tertekan lah pulak kat GROUP LEMBAGA PENGAWAS SMK BINTULU 2012/1013...Tekejut gilarr aku bila bca satu post kat situ...Cikgu yang menganjar aku PJK smasa tingkatan 1 dah  meninggal dunia di sibu...Cikgu tu meninggal dunia sbab kena kanser...Cikgu tu sangat lah baik dengan aku...cikgu tu slalu bgi aku nasihat...supaya belajar rajin2...jangan nak main je kje...sedih aku bila dengar dia dah meninggal dunia...baru je  setahun ku tak jumpa dia...















Friday, November 16, 2012

SURAT PUTUS CINTA..SEDIH TAU :’(

Greeting Text




  
Korang baru je putus cinta ke? Jom baca surat ni.. Semoga gurisan2 di hati korang tu sembuh. :p




Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurikanostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjah segala kekusutan yang membelit taliperutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu.


Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin,kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.
Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma.

Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan akumenghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.

Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting keruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipashelikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diriini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung didalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua mesti terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.

Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera.

Aku bukan McGyver, McDonald's,Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.

Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Yang ikhlas,
kekasihmu.. 

Thursday, November 15, 2012

Masalah !!! Masalah!!

Greeting Text


Fuhhh. Dahsyat! Apa yang dahsyat? Mana tak, belum selesai satu masalah, datang lagi satu masalah. Hampehhh. Nak tau apa masalah yang bunyi nya dahsyat sangat tuh? Tu haa, USB Mouse laptop tak dapat nak gerak. Tapi dia punya lampu menyala pon. Rasa nak baling je. Tapi rasanya bukan salah mouse tu nak di baling, semuanya berpunca dari laptop tuhh! Nak baling laptop lah! Bagai nak gila. Haha. Ape daaa, masalah kecik pun nak di besarkan.. Mestila! Sebab susah tol nak guna mouse pad ni. Eh? Yeke nama dia mouse pad? Hajar tak tau.. Main sebut je. Kalau guna usb mouse, semua kerja jadi mudah. Nak copy, nak paste, nak gerak semua tu tak jadi masalah sebab laju je. Kalau pakai mouse pad ni, kerja pun terpaksa postpone. Ishhh~ sakit hati ini.


Korang kat sini ada yang pernah mengalami masalah sebegini jugak ke?
Help me!! :p


Tension Yang Amat !! :(

Friday, November 09, 2012

Sepucuk Surat dari Anak yang Dibuang buat Ibunya!

Greeting Text
Kepada Bonda…

Bagaimana khabar Bonda hari ini? Semoga bonda berada dalam keadaan baik… Nenda di sini baik-baik saja bonda… Allah sayang sangat sama nenda. Allah juga yang menyuruh nenda menulis surat ini untuk bonda, sebagai bukti cinta nenda kepada bonda. Bonda, ingin sekali nenda menyapa perempuan yang telah merelakan rahimnya untuk nenda diami walaupun hanya sesaat…

Bonda, sebenarnya nenda ingin lebih lama berada di rahim bonda, ruang yang kata Allah paling kukuh dan paling aman di dunia ini. Tapi rupanya bonda tidak menginginkan kehadiran nenda, jadi sebagai anak yang baik, nenda pun rela menukarkan kehidupan nenda demi keselesaan bonda. Walaupun dulu, waktu bonda mengeluarkan nenda dengan paksa, sakiiiit … sangat bonda, badan nenda rasanya seperti tercabik-cabik dan keluar sebagai gumpalan darah yang menjijikan apalagi hati nenda, rasa seperti aib yang tidak dihargai dan tidak diinginkan.

Tapi nenda tidak kecewa pun bonda… kerana begitu, bonda telah menghantar nenda untuk bertemu dan dijaga oleh Allah bahkan nenda dirawat dengan penuh kasih sayang di dalam syurga Nya.

Bonda, nenda mau cerita. Dulu nenda pernah menangis dan bertanya kepada Allah, mengapa bonda mengeluarkan nenda saat nenda masih berupa wujud yang belum sempurna dan membiarkan nenda sendirian di sini? Apa bonda tidak sayang sama nenda? Bonda tidak ingin mencium nenda? Atau jangan-jangan kerana nanti nenda merungut inginkan susu dan suka kencing malam sembarangan? Lalu Allah memberitahu:
“Bonda kamu malu sayang …” kenapa bonda malu? “Kerana dia takut kamu dilahirkan sebagai anak haram…” Anak haram itu apa ya Allah? “Anak haram itu anak yang dilahirkan tanpa ayah.” Nenda bingung dan bertanya lagi sama Allah. Ya Allah, bukannya setiap anak itu pasti punya ayah dan ibu? Kecuali Nabi Adam dan Isa? Allah yang Maha Tahu menjawab bahwa bonda dan ayah memproses nenda bukan dalam ikatan pernikahan yang sah. Nenda semakin bingung dan akhirnya nenda putuskan untuk diam.

Bonda, nenda sangat malu bertanya pada Allah, walaupun Dia selalu menjawab semua pertanyaan nenda tapi nenda mahu bertanya pada bonda saja . Pernikahan itu apa ? Kenapa bonda tidak menikah saja dengan ayah? Kenapa bonda membuat nenda jadi anak haram dan mengapa bonda mengusir nenda dari rahim bonda dan tidak memberi kesempatan nenda hidup di dunia dan berbakti kepada bonda? Maaf ya bonda… nanti saja, nenda tanyakan bonda kalau kita bertemu.

Oh ya Bonda, suatu hari malaikat pernah mengajak jalan-jalan nenda ke tempat yang katanya bernama neraka. Tempat itu sangat menyeramkan, mengerikan dan sangat jauh berbeza dengan tempat tinggal nenda di syurga. Di situ banyak orang yang dibakar api bonda … minumnya juga nanah dan makannya buah-buahan aneh yang bau busuk, banyak durinya … yang paling parah, ada perempuan yang ditusuk dan dibakar bagai sate, sangat ngeri bonda.

Lagi ngeri-ngerinya, tiba-tiba malaikat memberitahu nenda. Nak, kalau bonda dan ayahmu tidak bertaubat kelak, di situlah tempatnya … di neraka itulah orang yang berzina akan tinggal dan disiksa selamanya. Seketika itu nenda menangis dan berteriak-teriak memohon agar bonda dan ayah jangan dimasukkan ke situ….  nenda sayang bunda… nenda rindu dan ingin bertemu bonda… nenda ingin merasakan lembutnya belaian tangan bonda dan nenda ingin kita tinggal bersama di syurga… nenda takut, bonda dan ayah kesakitan seperti orang-orang itu…

Lalu, dengan lembut malaikat berkata… Nak, kata Allah kalau kamu sayang, mahu bertemu dan ingin ayah bondamu tinggal di syurga bersamamu, tulislah surat untuk mereka… sampaikan berita baik bahwa kamu tinggal di syurga dan ingin mereka ikut, ajaklah mereka bertaubat dan sampaikan juga kabar buruk, bahawa jika mereka tidak bertaubat mereka akan disiksa di neraka seperti orang-orang itu.

Saat mendengar itu, segera saja nenda menulis surat ini untuk bonda. Menurut nenda, Allah itu baik sangat bonda…. Allah akan memaafkan semua kesalahan makhluk-Nya asal mereka mahu bertaubat nasuha, taubat yang sungguh-sungguh. Bonda taubat ya? Ajak ayah juga, nanti biar kita boleh kumpul semua di sini… Nanti nenda jemput bonda dan ayah di padang Mahsyar… nenda janji mahu bawa minuman dan payung buat ayah dan bonda, kerana kata Allah di sana panas sekali bonda… pintu masuknya juga panjaang, menyiksa dan peluh keringat bercucuran. Semua orang sejak jaman nabi Adam kumpul disitu… tapi bonda jangan khawatir, Allah janji, kalau bonda dan ayah benar-benar bertaubat dan jadi orang yang baik, pasti nenda boleh bertemu ayah dan bonda.

Bonda, kasih kesempatan buat nenda…. biar nenda boleh merasakan nikmatnya bertemu dan berbakti kepada orang tua, nenda juga mohon sangat sama bonda…jangan sampai adik-adik nenda mengalami nasib yang sama dengan nenda, biarlah nenda saja yang merasakan sakitnya itu. Tolong ya bonda, kasih adik-adik kesempatan untuk hidup di dunia menemani dan merawat bonda saat bunda tua kelak.

Disini saja berakhir surat nenda untuk bonda… nenda mahu bermain dulu di syurga…. nenda tunggu kedatangan ayah dan bonda di sini… nenda sayang sangat sama bonda…. muach!

Salam,

Nenda




Wednesday, November 07, 2012

Mengapa Aku Dibuang ??



 Greeting Text
       Hari ini hajar nak berkongsi tajuk mengapa aku dibuang...semalam hajar bosan giler untuk menbuang masa hajar pun menbuat video yg hajar kate tdi mengapa aku dibuang...macam tak ada perasaan ibu dan ayah  sanggup menbuang bayi nya sendiri...anak kecil tidak berdosa  menjadi mangsa oleh hawa nafsu yg serakah...anak kecil belom puas menlihat dunia menjadi mangsa...ibu tak pandai nak kesian dengan anak nya sendiri dari rahim nya sendiri....





Sunday, November 04, 2012

SAHABATKU SAYANG

Greeting Text
 Sahabatku sayang
Disaat aku warkah ini ku ukirkan, terselit rasa cemburu yang tidak jelas bukan ingin kau musnah, tapi aku bimbang hatimu akan hancur kerana sesuatu yang tidak pasti walau tiada insan tersayang disisimu menghalangi kerana itu terselit rasa ragu apakah aku salah.
Sahabatku sayang
Warkah ini ku hadirkan walau tidak dilayang padamu secara langsung ku sangat mengharapkan kau mengerti. Cemburu ini hadir kerana tidak mahu kau hancur.Cemburu ini hadir kerana kau sahabat tersayang yang ku harapkan kehadiranmu berkumpul bersama di perkampungan akhirat. Dan hadirnya dirimu dalam episod kehidupanku sebagai insan yang akan menolak ku ke syurga, bukan insan yang akan aku musuhimu diakhirat sana kerana menjaga hatimu disini. Tapi aku masih ragu apakah benar cemburu yang ku rasakan ini  salah?
Sahabatku sayang
Ku beranikan diri melakar lukisan hati melalui warkah ini agar kau mengerti. Realiti kehidupan dunia ini sangat menyakitkan. Keindahan yang kita rasakan ini sementara bahkan ia Cuma menipu untuk kita terus lalai dari misi sebenar hadirnya kita disini, didunia penuh pembohongan ini. Hati ini sangat cemburu andai kau memandang remeh pada sesuatu yang harus kau letakkan pada tempatnya. Aku ingin kau gembira sahabatku sayang. CUMA ITU.
Sahabatku sayang
Maafkan aku andai kehadiranku dalam hidupmu membuatkan engkau menyesal. Sungguh aku merasakan hal yang sama apabila tidak menghargaimu suatu ketika dulu. Lalu hadirnya dia dalam persahabatan kita merubah semuanya. Walau janjimu antara aku dan dia keduanya penting namun hati kecil ini tidak mahu memahami. Apatah lagi walau Cuma perasaan yang kau serah padanya dia masih tidak halal buatmu, sungguh hatiku merasa cemburu. Aku inginkan hadirnya dia dalam hidupmu mendapat redha dari Dia yang menciptakan kita.
Sahabatku sayang
Aku tidak membenci dirinya. Siapa aku untuk menilai apakah dia baik atau tidak untukmu sedangkan Allah tahu semuanya. Cuma aku ingin kau mengerti, persahabatan yang telah lama dibina membuat aku merasa cemburu kerana aku sangat takut dia mempersiakanmu walau engkau begitu merasakan hatimu dekat padanya dan insan tersayang disekelilingmu menyenangi dia, namun tidak bagiku selagi tiada akad yang terlafaz olehnya.
Sahabatku sayang
Halalkan ikatan ini jika mampu kau segerakan. Agar tersirna resah cemburu yang kurasakan. Kerana ku mengharap kebahagian mu teman. Kebahagian yang kekal dunia akhirat. Juga kebahagian yang dilimpahkan keberkatan pada perhubungan kalian.

Thursday, November 01, 2012

kenangan bersama korang tetap di hati...


Greeting Text     

  sedar tak sedar dah masuk bulan November dan berakhirnya Aku bergelar Tingkatn 4...dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 aku blm pernah merasa menpunyai sabahabat macam korang terlalu ambil berat jika aku ada masalah dan korang lah sahabat terbaik yg aku pernah knal.. disitu juga aku knal erti bersahabat yg sejati walapun kita hanya berknalan 11 bulan hanyalah seketika terlalu susah untuk aku tinggalkan korang semua dan terlalu banyak kenangan aku bersama korang semua  ...suka dan duka kita hadapi bersama dan di kelas itu juga kite bnyak tinggalkan kenangan manis..aku pasti akan menrindui sahabat seperti korang...kalau tahun dpan kita berjumpa lagi mungkin kita tak seperti tahun 2012 kerana kita sibuk mengejar cita2 kita dan hala tuju kita..selepas SPM kita berpisah mungkin kita tak akan berjumpa lagi..kalau berjumpa mungkin hanya kebetulan saja...okylah itu saja hajar nak cite kan...hajar nak  upload gambar...





     
        korang nak tahu gmbar cpa yg ada di atas...gmbar yg ada di atas itu lah cikgu yang mengajar aku semasa tingkatan 4...terlalu byak kenangan bla bersama dgn cikgu...terima kasih kerana sudi mengajar kami dan cikgu selalu memberikan kami nasihat ..jasa cikgu kekal terpahat di hati kami..sori sbab curi ambil gmbar cikgu... :)


   hajar nak upload  kwn2 trbaik hajar...thnk kerna sudi kwn dgn hajar dan hajar pun happy kawan dgn korang semua...korang pndai bergurau senda, buat lawat dan pndai jaga hati org..hajar akan smpan kenangan bersama korang di  dlm hti hajar...





                       

































    terima kasih kerna datang ke blog hajar...