Tuesday, May 29, 2012

Pasrah Dan Redha, Hanya Di Bibir Bukan Di Jiwa



Jiwa-jiwa yang terluka
Seringkali akan berkata
Aku pasrah Ya Allah
Aku redha Ya Allah
Sesungguhnya dugaan ini tidak seberapa
Jika dibandingkan mereka yang ditimpa bencana
Tsunami mahupun gempa bumi
Dan runtuhan tanah merata

Namun
Allah itu Maha Kaya
Tahu rasa sebenar yang terselit di celah hati manusia
Walau di bibir mengaku pasrah
Namun di hatinya tidak sekata
Kerana pedih luka masih terasa
Walau sudah berlaku bertahun lama

Tidak perlu kau berlakon wahai manusia
Jika kau sasarkan Allah sebagai penontonnya
Sedangkan lakonan yang kau pamerkan
Adalah atas keredhaanNya juga
Lebih baik kau belajar maknanya pasrah dan redha
Dan pasti kau akan bisa jujur pada Dia
Dan jujur pada dirimu sendiri juga

:)


Seorang lelaki telah berkenalan dengan seorang perempuan di fb(facebook). Apabila mereka telah rapat, mereka menjadi gf & bf.Tetapi masalahnya , mereka belum pernah berjumpa...Maklumlah lelaki itu tinggal di KL manakala perempuan itu tinggal di Johor
Pada suatu hari , lelaki itu sudah tidak sabar untuk melihat wajah perempuan itu lalu menghantar msg kepada makwenya....
Lelaki : awak , saya nk jumpa ...awak... saya x sabar nk lihat rupa awk.
Perempuan : betul ke? jemputlah datang ke rumah saya.
Lelaki : awak tinggal kat mne?
Perempuan : saya tinggal kat Johor........ No46,Jalan Simpang 3,0800000 , Johor
Lelaki : saya akan bertolak esok!
Keesokan harinya , lelaki itupun bertolak ke Johor untuk berjumpa dgn makwenya... Dalam pejalanan , mereka berbalas msg...
Perempuan : awak.... awk x sampai lagi ke? saya boring ni....
Lelaki : saya dlm prjalanan ke rumah awak laa.......
Perempuan : ok saya akan tunggu... Miss u.. :)
Selepas beberapa jam , lelaki itu sampai ke rumah makwenya...Lalu mengetuk pintu rumah makwenya..Bukannya perempuan itu yg membukanya tetapi ayahnya
Lelaki : pak cik..... inikah rumah Fatimah??
Pak cik : ye.. kenapa?
Lelaki : Fatimah ada ke pak cik? saya ni sahabatnya... dtg melawat (sebenarnya dlm hati lelaki itu berkata,, ''Aku ni balak dialah =,=' ''
 Pak cik : Fatimah dh lama meninggal dunia.
Lelaki : x mungkinlah pak cik. saya baru msg dia tadi..
Mereka berdua terdiam sebentar..
Bunyi telefon lelaki itu memecah kesunyian....
Perempuan : awak x sampai lagi ke??
Lelaki : saya sudah jumpa dgn bapa awk lpas tu dia kata awk dh meninggal dunia...
Perempuan : mmng lah saya sudah meninggal dunia
Lelaki : habis tu.. mcm mna awak boleh reply msg saya?
Perempuan : Saya guna digi! Digi kan ada di mana2........

Saturday, May 12, 2012

SELAMAT HARI IBU

  • KERANA DIA SEORANG IBU

    'Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui...'
    -----------------------------------------------------------------------
    “Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

    Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

    Masa terus berlalu…

    Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

    Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

    Setahun berlalu…

    “Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

    Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

    “Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

    “Bila?” tanya si anak.

    “Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

    Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

    Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

    “Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

    Si anak kaku..

    **Dah habis baca?Sedih kan...Itulah pengorbanan seorang ibu untuk anaknya....Begitu besar..

Wednesday, May 09, 2012

SIFAT MANUSIA

kadang kala saya rasa hairan dgn sifat manusia ni.kadang kala mereka pandai nak bagi nasihat tetapi diri sendiri tak terjaga dan terurus.....ada yg cuba utk menunjuk kepandaiyan mereka tampa menggira tempat.....seumpama ketam mengajar anak nya berjalan lurus,tetapi anaknya tetap berjalan sengget.ialah dah ibunya jalan sengget anaknya pun ikut jugak.....begitu juga pepatah kemana tumpahnya kuah kalaw tak ke nasi........muskil2.ada yg pandai berkata2 dan menyebut khalimah allah....spt org ulamak...sebenarnya dia lah manusia yg paling jahil...di muka bumi ini.....ini berdasarkan apa yg saya tahu.....saya pun bukan nya hamba yg soleh tetapi tahulah apa yg patut dan tidak serta tidak dangkal dgn ajaran nya....
tetapi itulah lumrah kehidupan....kita tidak dilahirkan dgn sempurna(100%) pasti ada kekuranggan dan kelemahan yg kita miliki.....dan ia tidak setanding kekuasaan allah s.w.t yg sentiasa mengetahui apa yg...hambanya lakukan....di muka bumi ini....

UMPAMA LAYANG2

UMPAMA LAYANG2 YG MENGIKUT ARAH HALUAN ANGIN YG BERTIUP .KALAW TALINYA DITARIK KEARAH KIRI...KIRILAH IA PERGI BEGITU JUGA SEBALIKNYA......IANNYA HAMPIR SAMA DGN KEHIDUPAN KITA.....DI MUKA BUMI INI.APA BILA NAHODA TUMBANG MAKA KARAMLAH KAPAL TERSEBUT.......HANYUT DI BAWA ARUS AIR LAUT YG DERAS.LAYANG2 PUN BEGITU.....SEKIRANYA TALINYA TERPUTUS MAKA TERAWANG2 LAH LAYANG2 TERSEBUT TAMPA ARAH SERTA HALA TUJUANNYA.
JANGAN KITA CUBA UTK BERMEGAH-MEGAH DGN APA YG KITA MILIKI,
KERANA ITU PASTI AKAN LENYAP.....DAN LESAP SUATU HARI NATI....KERANA SEMUANYA DATANG DARI ALLAH...S.W.T....KITA SBG HAMBANYA HANYA BERUSAHA UTK MENDAPATKAN KEKAYAAN TERSEBUT,,,TETAPI ALLAH YG MENETUKANNYA....
NIKMATILAH...KEMEWAHAN YG ADA DGN SEPUAS-PUASNYA DAN BELUM TENTU LAGI APA YG KITA MILIKI AKAN BERKEKALAN...SEKIRANNYA KITA SENDIRI TIDAK MENGHARGAINYA.
HIDUP UMPAMA RODA, ADA YG DI ATAS DAN ADA YG DI BAWAH.....KEMUNGKINAN INSAN YG PERNAH BERASA KEMEWAHAN HARI INI PASTINYA AKAN MENGGALAMI KESUSAHAN SUATU HARI NANTI,,,BEGITU JUGA BAGI ORG YG HIDUP SUSAH..AKAN MENJADI SENANG.
KESIMPULANNYA....KITA JANGAN SEKALI-KALI BERBANGGA DGN HASIL TITIK PELUH YG BUKANNYA DATANG DARIPADA KITA SENDIRI...KITA BELUM PASTI ADAKAH KITA MAMPU UTK MEMILIKI KEKAYAAN YG SAMA SPT KITA MILIKI SEKARANG.....
BERGANTUNG KPD DIRI KITA SENDIRI...ITULAH.....LUMRAH ALAM....YG HARUS KITA HADAPI....