Saturday, July 28, 2012

::: HANYA SEORANG AYAH ::

Greeting Text




"Ayah! Cepatlah! Thariq dah lambat nak pergi sekolah ni!" Masam mencuka wajah Thariq di depan pintu menunggu ayahnya yang sedang menyiapkan bekalan sekolah untuknya.


"Kejaplah. Ayah tengah nak letak nasi goreng dalam bekas ni." Ayahnya cepat-cepat mencapai penutup bekas makanan. Sedikit keluhan dilepaskan.


"Dah. Jom. Nanti lambat pulak nak ke sekolah." Ujar Arman kepada anaknya yang menunggu di depan pintu sambil menghulurkan beg sekolah anaknya. Sedikit senyuman dihadiahkan buat Thariq dengan harapan mampu menyejukkan kemarahan hati si kecil itu.

"Alah, kalau lambat pun sebab ayahlah. Tak payah nak tapau makanan pun. Thariq boleh beli kat kantin la ayah. Nanti lambat, Thariq yang kena marah dengan cikgu, bukannya ayah!" Terkedu wajah Arman di muka pintu mendengar kata-kata anaknya.

Segera dia beristighfar. Bimbang hati lelakinya akan dicucuk-cucuk syaitan yang mungkin mengundang kemarahannya buat si anak.

Bagi Thariq, dia sengaja berkata begitu kepada ayahnya untuk melepaskan kemarahan kerana semalam adalah hari jadinya. Namun, tiada hadiah yang diberikan ayah kepadanya. Bahkan ucapan selamat hari lahirpun tiada. Terkadang terasa bahawa ayahnya tidak langsung menyayanginya.

Setelah sampai di hadapan sekolah, segera Thariq keluar dari pintu kereta tanpa menyalami tangan Arman seperti biasa. Merajuk barangkali. Sekadar menggelengkan kepala, Arman ingin segera beredar.

"Thariq!" Satu suara yang dikenalinya sayup-sayup kedengaran. Faruqi melambai-lambai dari jauh. Tersengih-sengih Faruqi menunjukkan giginya yang sedikit jarang.

"Eh Thariq. Jap lagi aku nak tengok kau punya praktikal Sains minggu lepas. Hehe.. Nak check betul atau tak aku punya ni."

"Sains? Eh, hari ni mana ada subjek Sains." Berkerut-kerut dahi Thariq dengan pertanyaan Faruqi. Hatinya mula berdebar kerana dia amat yakin yang buku itu ditinggalkan di rumah.

"Memanglah Sains takde. Tapi Cikgu Latifah kan suruh hantar buku tu hari ni. Jangan pulak kau kata tak bawak. Habislah kau." Kata Faruqi sekadar mengusik.

"Hah? Serius ke? Alamak! Aku memang tak bawak la. Macam mana ni? Aduh, mesti kena marah lagi." Thariq sudah menarik-narik tali lehernya. Terasa seakan tersesak nafasnya dek terlalu risau.

"Kau pergilah telefon ayah kau suruh pergi ambik jap. Bukannya jauh pun office ayah kau dengan rumah."

"Aku baru je lepas marah ayah. Nak ke ayah pergi ambik buku aku? Takpe lah. Cuba je dulu." Thariq berkira-kira dalam hati.

Terus dia menuju ke telefon awam yang berada di tepi pondok pengawal.

.....

Arman sudah sampai di parking lot pejabatnya. Dilihat jam di tangan sudah 7.50 pagi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.

"Ayah! Thariq ni." Kedengaran suara anak kecilnya di talian. "Oh, Thariq. Kenapa nak?"

"Em.." Thariq sedikit teragak-agak.

"Ayah, Thariq tertinggal buku praktikal kat rumah. Kena hantar hari ni. Kalau tak cikgu marah. Ayah tolong hantarkan, boleh tak? Buku tu ada kat atas meja dalam bilik."

"Oh." Arman kembali melihat jam di tangan.

"Ok, jap lagi ayah hantarkan." Arman sudah serba salah.

Pagi ini dia perlu menemani ketuanya untuk bermesyuarat dengan syarikat penaja pengiklanan untuk produk terbaru keluaran syarikatnya yang bermula pukul 8.15 pagi. Tetapi yang pastinya dia tidak mahu anak kesayangannya itu dimarahi guru. Biarlah dia yang berkorban sedikit buat anak tunggalnya itu.

Seperti yang dijangka, Arman dimarahi ketuanya kerana terlambat ke pejabat semula setelah menghantar buku Thariq. Dia tidak menceritakan apa sebenarnya yang terjadi kerana sudah seringkali anaknya menjadi sebab atas kelewatannya ke tempat kerja. Bagi Arman, kesalahan itu memang terletak di atas bahunya sendiri kerana tidak pandai dalam mengurus masa dan kehidupannya dengan baik.

"Siti, kalaulah awak masih di sisi abang." Tiba-tiba hatinya terasa sayu mengenangkan arwah isterinya.

Isterinya yang meninggal dunia kerana lemas ketika menyelamatkan Thariq yang mandi di laut lima tahun yang lalu. Kejadian yang benar-benar memberikan tamparan hebat buat dirinya.

Arman masih teringat bila mana dia yang ketika itu sedang berada di Indonesia atas urusan kerja tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada mertuanya. Satu panggilan yang benar-benar meluruhkan jantungnya. Kehilangan seorang isteri tersayang.

"Sebab kaulah isteri aku mati!" terbayang di ingatannya saat dia memarahi Thariq kerana tidak dapat menerima hakikat kematian isterinya. Anak kecil yang baru berusia lima tahun yang masih tidak dapat memahami apa sebenarnya yang berlaku hanya meraung-raung di sisi neneknya kerana dimarahi ayah.

Setelah peristiwa itu, setahun Thariq ditinggalkan di bawah penjagaan mertuanya. Arman yang pergi membawa diri. Sehinggalah pada suatu hari dia menerima berita bahawa anaknya demam panas.

Walaupun hatinya masih sakit, namun naluri kebapaannya masih kuat. Di saat dia menatap wajah sugul anaknya yang mirip dengan arwah isterinya, ego lelakinya runtuh. Dipeluknya Thariq sekuat hati.

"Maafkan ayah, nak. Ayah tak patut salahkan Thariq. Bukan salah Thariq." Teresak-esak Arman melutut di sisi anaknya. Menyesali akan perbuatannya, Arman sudah berjanji untuk menjaga Thariq sebaik mungkin dan melunaskan janjinya buat arwah isterinya.

Janji yang dibuat saat Thariq dilahirkan ke dunia. Janji untuk mendidik anak itu sebaik mungkin supaya menjadi buah amal di Akhirat kelak.

Alhamdulillah, Allah S.W.T masih memberikan peluang kepadanya untuk berusaha menjadi seorang ayah kepada Thariq. Walaupun terkadang kerenah anaknya itu benar-benar mencabar kesabarannya, namun Arman seringkali terkenangkan perbuatannya yang meninggalkan Thariq selama setahun dan hanya menjenguknya beberapa kali.

"Mungkin ini adalah ujian yang Allah S.W.T berikan kepada aku atas sebab perbuatan aku dulu. Dan semuanya sebab Allah S.W.T sayang aku. Allah S.W.T nak peringatkan tentang kesilapan aku," kata-kata yang seringkali ditekankan Arman sebagai sebuah peringatan buat dirinya sendiri.

.....

Selesai Pendidikan Jasmani pada waktu pagi, Thariq masuk ke kelas untuk menukar baju. Hanya beberapa orang rakannya berada dalam kelas sedangkan yang lain masih berlegar-legar di kantin untuk mengisi tekak yang kehausan. Apabila dibuka beg sekolahnya, matanya terpandang sebuah bungkusan kecil yang dibalut kemas berada di dalam beg.

Dalam kehairanan, dia membuka bungkusan tersebut. Dia tersenyum riang melihat seutas jam tangan yang diidam-idamnya selama ini berada di dalam kotak itu dan sekeping kad terselit di dalamnya. Thariq membuka kad tersebut.

Buat buah hati ayah yang tersayang,

Selamat hari lahir yang ke-10. Ayah minta maaf sebab terlambat bagi hadiah ni pada Thariq. Ayah memang teringin untuk sambut birthday Thariq semalam tapi ayah dah tertidur.

Thariq,

Ayah betul-betul nak minta maaf sebab tak mampu menjadi ayah yang terbaik buat Thariq. Ayah tak mampu nak masak makanan kegemaran Thariq sedap-sedap, ayah tak mampu nak siapkan baju sekolah untuk Thariq pagi-pagi, ayah tak mampu nak luangkan masa untuk bermain dengan Thariq setiap hari, ayah tak mampu nak tolong Thariq siapkan kerja rumah, ayah tak mampu nak belikan semua barang mainan yang Thariq minta. Banyak perkara yang tak mampu ayah buatkan untuk Thariq.

Mungkin sebab ayah hanyalah seorang ayah. Ayah tak mampu menjadi sesempurna seorang ibu yang mampu memberikan kelembutan kasih sayang yang lebih baik buat Thariq. Tapi ayah harapkan dalam kekurangan ini, ayah mampu membuatkan Thariq bahagia seadanya. Dan ayah nak Thariq tahu yang ayah benar-benar sayangkan Thariq. Setiap masa.

Ikhlas,

Ayah.

Basah pipi si anak kecil. "Ayah, maafkan Thariq." Ada sedikit kekesalan di hati Thariq atas sikapnya pagi tadi. Jauh di sudut hati, dia tidak sabar untuk pulang ke rumah hari ini. Ingin menemui ayah yang tersayang.

Kring! Loceng sekolah berbunyi.Tidak seperti biasa, Thariqlah orang pertama yang keluar dari kelasnya menuju ke pintu pagar.

Di bibirnya tersenyum riang apabila terbayang ayahnya menunggu di dalam kereta dan sebuah pelukan erat ingin diberikan buat ayahnya. Bukan atas penghargaan hadiah yang diberikan ayahnya semata-mata, tetapi kerana pada saat ini, Thariq benar-benar ingin ucapkan sebuah kata-kata yang tidak pernah diucapkannya buat ayah selama ini.

Kata-kata yang disimpan dek kerana hatinya yang dipenuhi pelbagai prasangka buruk terhadap kasih sayang ayah kepadanya. Mungkin kerana tamparan kisah silam yang masih tersimpan kemas dalam ingatannya.

Sampai di depan pintu pagar, masih belum nampak kelibat ayahnya. Hatinya tiba-tiba terasa kurang enak. Ditepisnya pelbagai perasaan yang bercampur baur dalam diri.

Ayah Faruqi sudah sampai dengan wajah yang agak cemas. Dia kelihatan sedang menjelaskan sesuatu kepada Faruqi, perasaan ingin tahu Thariq membuak-buak dalam hati.

"Thariq, kereta ayah kau Myvi hitam, kan?" tanya Faruqi.

Muka Thariq berubah.

"A'ah. Kenapa?" Thariq bertanya dengan perasaan berdebar-debar.

"Em.. ada kereta Myvi hitam accident kat depan simpang sana. Ayah aku nak patah balik pergi tengok. Kau nak ikut?"

Thariq seperti kehilangan nafas seketika. Jantungnya berdegup kencang. Tidak mampu bersuara, dia sekadar mengangguk.

Di simpang tiga itu kelihatan orang ramai sudah berkerumun. Sebuah ambulan sudah berada di tempat kejadian dan kelihatan polis trafik sedang mengawal lalu lintas yang mulai sesak.

Air mata Thariq kelihatan sudah mula menitik. Langkahnya kaku melihat kereta Myvi yang remuk itu.

"Ayah... Ayah!!" Thariq berlari menuju ke arah sebujur tubuh yang sudah ditutupi kain putih.

"Ayah! Ayah jangan tinggalkan Thariq ayah. Ayah! Jangan tinggalkan Thariq sorang diri. Mak dah takde. Takkan ayah pun nak tinggalkan Thariq jugak. Ayah!" Thariq meraung sambil tangannya memeluk erat tubuh yang sudah tidak bernyawa itu. Terasa gelap seketika dunianya.

"Thariq?" terasa bahunya disentuh lembut. Dengan pandangan mata yang kabur disebabkan air mata yang berlinangan, Thariq memandang ke belakang. Yang kelihatan satu susuk tubuh yang amat dikenalinya memandangnya dengan pandangan kehairanan.

"Ayah!" dipeluk erat tubuh ayahnya. Arman hanya tercengang kurang mengerti. Melihat sekeliling dan matanya terpandang sebuah Myvi hitam yang remuk teruk tersadai di tepi jalan. Barulah dia mengerti apa yang sebenarnya terjadi.

"Ayah! Ayah jangan tinggalkan Thariq ayah. Thariq mintak maaf sebab kasar dengan ayah pagi tadi. Jangan tinggalkan Thariq lagi, ayah," Teresak-esak Thariq memeluk ayahnya. Dalam hati, sejuta kesyukuran bertandang apabila menyedari ayahnya masih di sisi. Arman tersenyum memandang anaknya.

Perasaan gelisah bila melihat anaknya tiada di depan pintu pagar sekolah benar-benar terubat kini. Jika tidak kerana pengawal sekolah yang memberitahunya bahawa Thariq telah pulang bersama Faruqi, mungkin dia telah hilang arah untuk mencari anaknya yang tiada di sekolah.

Jam sudah menunjukkan angka sebelas malam. Arman bersiap-siap untuk tidur. Pakaiannya dan Thariq sudah siap digosok. Bimbang jika esok terlewat bangun lagi. Di fikirannya sedang berkira-kira sarapan apa yang ingin disiapkan buat anaknya.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk perlahan.

"Ayah, boleh Thariq tidur dengan ayah?" Ujar Thariq teragak-agak sambil tangannya memegang bantal busuk Doraemonnya.

Arman tersenyum. Hatinya terasa bersyukur dengan perubahan sikap Thariq yang tiba-tiba.

Adakah kejadian hari ini benar-benar terkesan di hati anaknya?

Thariq naik ke katil lantas meletakkan kepalanya di bantal sebelah ayahnya.

"Selamat malam Thariq. Jangan lupa baca doa tidur," Arman tersenyum sambil menutup lampu.

"Selamat malam ayah. Thariq sayang ayah." Arman terkedu dalam kegelapan. Kata-kata yang dinanti-nantikan selama ini. Kata-kata yang benar-benar dirindui untuk didengari oleh Arman.

Setitis air mata mengalir ke pipinya.

"InsyaAllah, esok Tuhan pasti menjanjikan hari yang lebih baik buat kita berdua." Bisik Arman dalam hatinya.

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik." (Al-Isra':23)

Nota: Hargailah kedua ibubapa yang masih berada di sisi. Kerana kita tidak akan pernah tahu apa yang bakal menanti pada esok hari.

Tuesday, July 17, 2012

THROUGH ME

Greeting Text
when first i saw you
i thought you knew
what's in my heart?
what's in my mind?

can't you see through my heart?
coz l see through your eyes
HOPING THAT WE WILL BE TOGETHER
keep me in your heart
  
because my hearts is yours!

Wednesday, July 11, 2012

~cInTa aNdAi kAu tAhU IsI HaTiKu~


Greeting Text
sEaNdAiNyA KaU TaHu,
aKu bEgInI KaReNa aKu sAnGaT MeNcInTaImU …
NaMuN TiAdA HeNtI KaU MeMbUaT
AkU MeRaSa sAkIt,
TiAdA HeNtI KaMu mEmBuAt
AkU SeLaLu mEnAnGiS…
ApAkAh aKu tIdAk bErArTi?
aKu sAdAr, AkU TiDaK BiSa mEnJaDi
sEgAlAnYa uNtUkMu..
dAn mAaFkAn aKu…
NaMuN KaU JuGa hArUs
mEnYaDaRi,
BaHwA KaUpUn tIdAk bIsA MeNjAdI
SeGaLaNyA UnTuKkU
aKu tAu kItA TaK BiSa mEnIkMaTi
mAlAm pEnUh bInTaNg dIaTaS
PeGuNuNgAn
aKu tAu kItA TaK BiSa mEnIkMaTi
hEmBuSaN AnGiN MaLaM DiPiNgGiR
PaNtAi
aKu tAu kItA TaK AkAn sElAmAnYa
bErJaLaN BeRiRiNgAn…
nAmUn aPaKaH AkU SeRiNg
mEmPeRtAnYaKaN HaL ItU
PaDaMu?
BuKaNkAh tIdAk?
aPaKaH AkU SeRiNg mEnUnTuTmU
AgAr kAu sElAlU AdA WaKtU
UnTuKkU?
tIdAk…
KeNaPa kAu tAk pErNaH
MeNyAdArI ItU?
KeTiKa kAu pErGi dEnGaNnYa, AkU
TaU KaU MeNiKmAtInYa dEnGaN
InDaH
DeNgAnKu tAk pErNaH SaMa
sEkAlI….
AkU SaBaR…
kU CoBa tAhAn aIr mAtA InI AgAr
tAk jAtUh dAn mEnItIk,
TaPi tErNyAtA AkU LeMaH….aKu tAk
bIsA….
AnDaI KaU MeNgErTi,
BaHwA AkU SaNgAt mEnCiNtAiMu....






~ѕαĻαм ѕαηтυη~
¤●¸¸●´¯`»»»☜$❤β☞
~ღ~●ѕєвαgαι●мαηυѕια●ѕαуα●ѕαуαηg●αηđα●~ღ~
~ღ~●αωαк~тαнυ~тαк~ѕαуα~ѕαуαηg~αωαк?●~ღ~

x

Saturday, July 07, 2012

erti bahagia

Greeting Text


entah kenapa, kalau awak ada semua benda saya rasa bahagia.
entah kenapa, kalau awak mesej saya timbul rasa suka.
entah kenapa, kalau dengar suara awak saya rasa hilang duka.
entah kenapa, kalau awak jauh automatik rasa hilang nyawa.
entah kenapa, kalau tengok awak saya rasa awak yang saya cinta.


awak tahu kenapa?
jangan tanya saya, saya sudah kata entah kenapa.

saya rasa bahagia, rasa suka, rasa duka
awak buat saya rasa semua.

tak peduli kenapa,
tak perlu tanya sebab apa,
jika ada yang bertanya pada saya apa itu erti bahagia,
saya akan jawab "lihat dia" sambil tangan tuju ke arah sana,
ke arah awak yang sedang berdiri setia.
ke arah awak yang saya cinta.

dan awak ingat lagi kata-kata saya?
kalau awak mampu buat saya bahagia, saya rasa awak lah jodoh saya.




senyumlah



Greeting Text
Senyumlah...

Biarpun dirimu disakiti. Itu madah pujangga. Sudah dikenali seantero dunia. Siapa tidak pernah 
 mendengar kata-kata itu...melainkan bayi-bayi yang baru lahir dan kanak-kanak kecil yang hidupnya hanya untuk bermain bersama rakan-rakan? Yang sudah lama kenal dunia, tentu sudah biasa dengan kata-kata ajaib tersebut.

Bila disakiti, kita rasa pedih, rasa terluka. Kecewa... Sakit di hati sudah pasti. Siapa yang suka dengan rasa sakit? Tiada siapa yang suka. Rasa seperti mahu dicarik-carik hati. Rasa seperti mahu pergi jauh dari punca kesakitan, menyendiri dan menyepi.

Berapa ramai agaknya yang tersenyum bila disakiti? Senyum...bukanlah bermakna ia suka dengan kesakitan yang dialami, jauh sekali mahu terus-terusan disakiti sedemikian rupa. Tetapi senyum dia bila disakiti kerana redha dengan ujian yang Allah bagi. Dan bertambah indah lagi apabila dia tersenyum penuh redha diiringi dengan rasa kebergantungan kepada Allah apabila musibah singgah sebentar dalam hidupnya...


Siapa yang redha dengan ujian Allah dan melafazkan satu kalimah istirja' yang hebat ketika ditimpa musibah, nescaya akan Allah gantikan kesulitan yang dialami itu dengan sesuatu yang lebih baik~ Insya'Allah...

Thursday, July 05, 2012

Kenapa Kita Boleh Jatuh Cinta Dengan Kawan Baik Kita Sendiri?

Greeting Text

Kadang-kadang kawan baik kita sendiri boleh jadi boyfriend atau girlfriend kita. Kenapa?


  • Sebab kawan baik kita dah kenal kita macam mana dan faham kita luar dan dalam. Contohnya macam nie. Kau tengah marah dan kawan kau boleh cool downkan kau dalam keadaan emosi kau tak stabil sebab die tahu macam mana nak pujuk kau

  • Sebab kawan baik kita adalah orang yang paling kita selesa nak bergaul. Contohnya, kau boleh melompat-lompat depan die, berjoget bila karaoke dan nyanyi sesuka hati kau biarpun kau tahu suara kau bukanlah sedap mana pun! Haha :D

  • Sebab kawan baik kita adalah orang yang paling kita tak malu. Contohnya, kau boleh menjerit depan kawan kau yang lain "Weyh aku nak kencinggg! Teman aku weyh!" Dan kawan baik kau yang berlainan jantina tu just tergelak je bila kau menjerit macam tue

  • Sebab kawan baik kita tahu apa yang kita suka dan tak suka. Contohnya, kau suka tengok movie Harry Potter. Dan kawan baik kau yang berlainan jantina tu sanggup download kan cerita Harry Potter demi kau dan bagi kau pendrive dengan penuh movie yang kau suka

  • Sebab kawan baik kita tahu apa yang kita takut. Contohnya kau takut kucing. Kawan kau yang tu sanggup bawak dan alihkan perhatian kucing tu lari dari kau sebab dia tak nak kau menjerit-jerit "arhh kucing! kucing!"

  • Sebab kawan baik kita tahu isi hati kita. Contohnya kalau kau tengah down dan rasa malu tapi tak ada siapa tahu, kawan kau sorang je yang berlainan jantina akan datang dan tanya"kau ok tak?"

  • Sebab kawan baik kita sanggup tolong kita dengan apa sahaja yang lebih macam bersifat peribadi. Contohnya kau tak ada duit dan kawan kau sanggup bagi nombor akaun bank kau dekat family kau supaya family kau boleh masukkan duit dalam akaun dia dan duit tu bagi dekat kau

  • Sebab kawan baik kita adalah seorang akan selalu buat kita gelak dan gembira. Contohnya dia akan cakap benda-benda yang merapu dan merepek dan kita akan gelak sepuas-puasnya walaupun kita tahu benda tu sangatsangatlah mengarut

  • Sebab kawan baik kita adalah seorang yang prihatin dengan kau. Contohnya kau tak ada makanan dan kawan kau yang berlainan jantina tu tahu. So dengan tanpa pengetahuan kau, dia akan belikan makanan kat kau dan tak lama lepas tu text kau "Weyh turun cepat. Aku da belikan makanan dekat kau"



So tak mustahil lah kan kalau ada kawan-kawan aku yang jatuh cinta dengan kawan sendirikan? :) Macamana dengan korang? Ada yang sama macam aku bagitahu ni atau korang punya versi lain? Meh meh kongsi! :D




Sunday, July 01, 2012

ramadhan datang lagi


Greeting Text


Berdoa agar Allah swt. memberikan umur panjang kepada kita sehingga kita berjumpa dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat.
Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksimal: Puasa, solat, tilawah, dan zikir.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa,
”Allahuma baariklanaa fii rajab wa sya’ban, wa balighnaa ramadhaan. Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.” (HR. Ahmad dan Thabrani)

Pujilah Allah swt. akan Ramadhan telah diberikan kembali kepada kita.
Imam An Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata:
”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagunganNya.”Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah swt. kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan.

Bergembira dengan datangnya bulan Ramadhan.
Rasulullah saw. selalu memberikan kabar gembira kepada para sahabatnya setiap kali datang bulan Ramadhan: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).

Rencanakan agenda kegiatan harian untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan.
Ramadhan sangat singkat, . isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang boleh membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah swt.

Kuatkan azam, bulatkan tekad untuk mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan.
Barangsiapa jujur kepada Allah swt., maka Allah swt. akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktifitas-aktifitas kebaikan.“Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” Muhamad:21.

Pahami fiqh Ramadhan.
Setiap mukmin wajib hukumnya beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar amaliyah Ramadhan kita benar dan diterima oleh Allah swt.
“Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui” Al-Anbiyaa’ ayat 7.

Pembersihan jiwa
Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental, dan jiwa kita siap untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah swt. di bulan Ramadhan.

Tinggalkan dosa dan maksiat. Isi Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Lembaran baru kepada Allah, dengan taubat yang sebenarnya taubatan nashuha.
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” An-Nur:31.
Lembaran baru kepada Muhammad saw., dengan menjalankan sunnah-sunnahnya dan melanjutkan risalah dakwahnya.
Kepada orang tua, isteri-anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim.
Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, “Manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”

Jatuh Cinta dengan kawan Sendiri

Greeting Text


Pernahkah korang jatuh cinta dengan kawan sendiri? Kalau tanya aku, tak pernah la kot, sebab aku tak teringin nak bercinta lagi. Mesti susah bukan, bila kita mula jatuh cinta dengan kawan kita, tapi dia cuma anggap kita sebagai kawan sahaja, manakala kita mahu jadikan dia lebih daripada kawan.

Kadang-kadang, apabila kita berkawan rapat, tidak mustahil persahabatan itu mengubah haluan dari kawan kepada sepasang kekasih. Kebiasaannya, kawan yang ada disisi kita pandai menjaga hati, boleh dibawa berbincang, selalu ada ketika senang mahupun susah. Tentulah perasaan sayang itu akan wujud, cuma kadang kala kita mungkin merasakan kita hanya bertepuk sebelah tangan, bukan?

"Perlu ke aku bagitahu dia?", "Kalau dia kata 'tidak', bagaimana eh?" itulah soalan lazim yang akan kita fikirkan apabila mengalami situasi sebegini. Salah satu alasan utamanya adalah mereka takut persahabatan ini akan terputus sekiranya cinta ditolak.

Banyak kali aku tengok, persahabatan yang baik terputus disebabkan hubungan cinta yang tidak berjaya. Jika dulu, boleh lepak sesama, makan sepinggan, tapi bila dah putus hubungan, jangankan nak lepak, lalu depan-depan pun tak nak.

Namun begitu, ada kalanya kita tidak bertepuk sebelah tangan, tetapi kita tidak berani untuk mengambil risiko. Sebab itulah, kita terlepas peluang memperoleh seuatu yang indah. Cuba perhatikan gerak gerinya, ada ciri tanda-tanda yang dia sayang kita tak? Jika tidak berani nak bertanya, cuba minta tolong kawan yang boleh dipercayai untuk bertanya kepadanya.

Walau bagaimanapun, sekiranya cinta kau ditolak, jangan pula menjauhi dia. Kadang-kadang, hubungan itu hanya setakat kawan sahaja. Jadilah kawan yang sejati, bukannya berkawan sekadar untuk bercinta.