Friday, September 28, 2012

Kerana Wanita Itu Cantik !!



Greeting Text
Seorang kanak-kanak lelaki bertanya kepada ibunya

“Mengapa ibu menangis?”“Kerana ibu seorang wanita,” dia berkata kepada anaknya.“saya tidak mengerti,” jawab anak kecil tersebut.Ibu memeluk anaknya dan berkata “Dan kamu tidak akan pernah mengerti”


Kemudian anak lelaki tersebut bertanya kepada ayahnya“Mengapa ibu menangis tanpa ada alasan?”“Semua wanita menangis tanpa ada alasan,” hanya itu yang dapat dikatakan ayahnya.Anak lelaki itu membesar dan menjadi seorang lelaki dewasa, dan masih merasa hairan mengapa wanita menangis.


Akhirnya dia mengadu pada Tuhan, dan dia bertanya,

“Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?”


Tuhan berkata “Aku menciptakan wanita istimewa.Aku menciptakan baginya bahu yang kuat untuk memikul beban dunia,tetapi begitu lembut sehingga dapat memberikan kenyamanan.”


“Aku memberinya kekuatan untuk melahirkan dan menahan karenah dari anak-anaknya”


“Aku memberinya keteguhan yang membuatnya dapat tetap bertahan di saat semua orang sudah menyerah,dan tetap memperhatikan keluarganya tanpa mengeluh saat sedang lelah maupun sakit.”


“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam keadaan apapun, meskipun mereka menyakitinya.”


“Aku memberinya kekuatan untuk dapat memaklumkan kesalahan-kesalahan suaminya, menciptakannya dari tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya”


“Aku memberinya kearifan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik tidak akan pernah menyakiti isetrinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk tetap teguh mendampingi suaminya”


“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dicurahkan. Ini khusus miliknya untuk digunakan bila-bila pun diperlukan.”


“Kau lihat: Kecantikan seorang wanita tidak terletak pada pakaian yang dikenakannya, penampilan luaranya, atau cara dia menyisir rambutnya.“

“Kecantikan seorang wanita dapat dilihat melalui matanya, kerana mata adalah pintu menuju hatinya, tempat dimana cinta bersemayam. 
KERANA WANITA ITU CANTIK….

Thursday, September 27, 2012

si penjaga Hati !!!


Greeting Text


Ada wanita dan lelaki yang bertugas menjaga hati yang dibuat dari kayu…Hati yang dicari untuk ditebang, dipatahkan, dan dibakar.. Ada wanita dan lelaki yang bertugas menjaga hati yang dibuat dari besi, hati yang dicari untuk dicairkan, dan dibuat berkarat…




Ada wanita yang bertugas menjaga hati yang dibuat dari kaca, hati yang dicari untuk dipudarkan, diusangkan, dan dipecahkan…

Ada wanita dan lelaki yang bertugas menjaga hati yang dibuat dari emas kemudian dijadikannya kekayaan yang tak mungkin dapat dijual sehingga disimpannya baik baik agar tiada yang mencuri atau memperolok.

Ada wanita dan lelaki yang bertugas menjaga hati yang dibuat dari batu untuk dibuat karya seni yang dapat dipamerkan,

Ada wanita dan lelaki yang menjaga hati yang dibuat dari air kemudian dijadikannya cermin agar dapat wajah yang berkaca.

anda nanti akan menjaga hati jenis apa?

Andai hati terbuat dari itu semua, tentulah mudah mengukir, mencairkan serta membentuknya dalam cetakan yang kita sukai…. Namun sayang, hati hanyalah segumpal daging yang tak tentu arah, yang apabila retak tak berkeping, yang lunak namun teramat keras, kadangkala ia condong kekiri, kadangkala ke kanan… Atau tergantung nun jauh di atas sana, padahal sebenarnya ia rendah di dalam dasar lubuk samudera.

Ketika kita tak mampu mengendalikan hati..Ketika kita selalu terbayang akan kesedihan..Perit melukai hati…Memberikan suatu luka didalam hati..Maka satu perkara yang kita perlukan..Iaitu Penjaga Hati..

Friday, September 21, 2012

♥ ♥ CiNtA dAn HaRaPan ♥ ♥

Greeting Text
"Harapan umpama sinar matahari yang menyuluh bumi. Adakalanya mendung kerana ditutupi sang awan, adakalanya cerah memberikan sang bumi keceriaan" 

Jika hari ini anda masih lagi termenung mengharap pada si dia, jika hari ini anda masih lagi ternanti-nanti si dia kembali kepada anda...Dengarlah suara hati saya berpesan..Baru-baru ini, ada seorang sahabat yang bertanya kepada saya:

"H, hari jadi bekas kekasih aku dah dekat, nak aku bagi dia hadiah ke tak?"

Saya sekadar membalas..


"Mat,jika kau berharap bila kau berikan dia hadiah, dia akan kembali kepada kau,hentikanlah saja."


Akhirnya, Mat tidak jadi beri hadiah kepada bekas kekasih dia. Pembaca yang saya sayangi, jika anda jadi seperti sahabat saya, apakah yang akan korang lakukan? Adakah anda akan memilih untuk memberi si dia hadiah semata-mata untuk menghidupkan harapan itu kembali?  Anda rasa adakah si dia akan kembali jika anda berikan segalanya kepada dia? Adakah dengan menyerah jiwa dan raga anda juga bermakna anda akan akan dapat mengunci si dia?




Tidak kawan..Bukan begitu caranya untuk mendapat cinta...Jangan sama sekali gunakan harta dan tubuh badan anda untuk dapatkan cinta sama ada yang telah malap ataupun yang sedang umpama telur dihujung tanduk. Bagaimana bila si dia terima hadiah tersebut dan kemudian tidak menunjukkan sebarang harapan untuk anda? Yang lebih buruk, macam mana kalau si dia langsung tak mengucapkan terima kasih untuk hadiah yang diberikan? Apakah anda bersedia dilukai lagi? Apakah anda akan terus mencuba dan mencuba?



Ya, mungkin mencuba itu akan membuahkan hasil. Berhenti mencuba itu bereti putus asa. Tapi cubalah celikkan sikit mata, bukalah seluas-luasnya... Lihatlah disekeliling anda,  ketika anda masih berharap, masih tergila-gilakan dia, ada orang lain disekeliling anda yang sedang menaruh harapan kepada anda. Cubalah cari, insyaallah, mungkin dia lebih baik daripada insan yang anda mengharapkan cintanya entah masih ada lagikah sisa untuk anda.



Bagi sang adam yang dihormati, berhentilah berharap pada si dia jika wajahnya yang anda idam-idamkan. Apakah bila hari tua nanti, rupanya bukan lagi seperti anak dara, adakah nasibnya sama seperti mereka yang ditinggalkan dirumah orang-orang tua? Ditinggalkan selepas mereka lakukan segala-galanya untuk orang yang mereka sayangi..



Bagi sang hawa yang disayangi, memang kadang kala lelaki terlalu memberi harapan kepada anda. Tetapi biarlah mereka sendiri yang mengucapkan kata cinta itu. Bukan semua lelaki mampu berkorban demi cinta.Tapi jangan terlalu gopoh dengan kata cinta itu. Ujilah cinta dan kesetiaan si dia..Jika boleh, suruh si dia terus meminang anda. Sentiasalah jaga diri selagi si dia bukan muhrim untuk anda. Kerana dalam minda lelaki tak boleh lari daripada seks dan mungkin anda ditinggalkan selepas mendapat anak esok.



Tuesday, September 18, 2012

Mendekorasi blog bukan mudah !!!


Greeting Text



Helo helo! Apa khabar hari ni? Kepada readers yang membaca mana2 blog, korang mesti berpendapat, ada blog yang cantik dan buruk, ataupun dengan kata tidak menyinggung perasaan, korang cakap "simple". Simple ada makna ye! Haha.. Macam blog Hajar ni jugak, ada yang beranggapan blog ni cantik, kemas, dan ada jugak yang cakap biasa2 je.. Simple! Tapi sebenanrnya nak mencantikkan blog tu merana jiwa. Hahaha. Kita kena ubah template, ya? To all readers that doesn't have blog there. Dah dah, cakap orang puteh la pulak. Satu hal lagi, nak mencari tutorial nye pun susah gilerrr. Sebab apa hajar kata susah, buat pengetahuan korang, bukannya semua template tu sama ya. Ianya berbeza2. Kalau template dah berbeza, memang la rupa dia lagi berbeza. Jadi, walaupun tutorial berlambak kat encik google tu, bukan semua yang sesuai pada template kita. Ingat tu, BUKAN semua. Hehe


          Kalau korang pernah tengok mana2 blog yang sangat cantik tu, ianya mengambil masa yang sangat lama. Even orang tu dah pro. Takkan register blog tu, terus2 cantik. Tak ye! Kalau ada yang macam tu Hajar pun nak kan. Sape tak nak.. Buat pengetahuan korang jugak, blog Hajar ni tak salah baru sembilan bulan lebih kot.. Sebab buat ni masa akhir tahun 2011. Masa tu tak kisah sangat tentang blog2 ni. Tapi sekarang makin akrab pulak hubungan Hajar  dengan blog yang tercinta ni. Hahaha. Apa pendapat korang tentang rupa blog Hajar sekarang nih? Mesti tak kemas kan. Well, takde menu bar. Nabeel tak nak pasang. Menyusahkan bagi Hajar. Tengoklah nanti kalau rajinnn. Hehe
 bye...


Sunday, September 16, 2012

Erti Hidup Degan Memberi!!!

  

Greeting Text

hai korang semua!!!apa khbar!!kalau hajar baik2 je...hari ini  hajar tak ade idea nak upload ape dlm blog....hajar terbaca kat catbox hajar...ada seseorang yang tulis mcm nie Erti Hidup pda memberi...lpas itu idea terus datang dlm kepala otak hajar...x pyah nak cite pjang sangat....kite terus kpda tjuk di atas...

Terkadang ada kalanya kehadiran kita di samping orang sekeliling tidak dihargai
Hinggalah salah seorang daripadanya terlebih dahulu melangkah pergi
Walau hanya dengan beberapa pemberian yang sangat kecil pernah diperolehi
Namun itulah yang terus dihargai dan diingati
Inilah lumrah sifatnya manusia yang jarang menghargai apa yang ada di sisi
ERTI HIDUP DENGAN MEMBERI
Walau mungkin tampak pada mulanya tidak dihargai
Lambat laun pasti ia akan meninggalkan kesan pada hati, sanubari dan diri seseorang
Ada pepatah pernah menyebut
Jadilah seperti pokok
Walau dilontar dengan tahi
Namun ia tetap memberikan buah dan kebaikan pada hidupan sekeliling
Ramai yang akan mempersoalkan tentang apakah sumbangan kalian pada yang lain
Sama ada sumbangan pada orang perseorangan, kepimpinan atau pun persatuan
Namun acap kali inilah yang menjadi persoalan dan bualan orang
Sedarkah kita??
Sebelum kita melontarkan persoalan sedemikian..






Cubalah lontarkan :
"APAKAH SUMBANGAN TELAH AKU BERIKAN PADA ORANG YANG LAIN?"
"jangan asyik menuding jari untuk membilang sumbangan orang pada kita, tapi hitunglah dengan jari sendiri apakah sumbangan kita pada orang?"
ERTI HIDUP dengan memberi harus diteladani
Walaupun mungkin pada mulanya ia tidak dihargai

  
"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga."
[Al-Israa' 17: 7]

Sabda Rasulallah SAW yang bermaksud :

"Tangan yang menghulur adalah lebih baik daripada tangan yang menerima"

Sedarlah bahawa tiada apa yang akan kekal abadi
Sebelum kita semua melangkah pergi
Persiapkanlah segala bekalan untuk diri
Kelak kita jangan menyesal di kemudian hari
Firman Allah swt yang bermaksud :

"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang berterusan adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan"
(Al-Kahfi :46) 
Sabda Rasulallah saw yang bermaksud :

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad) 

Semoga ERTI HIDUP dengan MEMBERI ini dapat menjadi antara salah satu sumbangan kita yang berterusan selepas kita mati




Biarlah jasad kita mati pada hari ini, namun segala kebaikan yang kita tinggalkan akan terus memberi kurniaan pahala pada diri kita hingga hari qiamat nanti.

Semoga segala pemberian yang pernah diberi akan menjadi salah satu amal jariah kita yang akan berterusan buat diri sendiri lebih-lebih lagi.


Friday, September 14, 2012

Jom Berkongsi Hobi !!!


 
Greeting Text
 
 
Korang tahu tak apa maksud hobi? Sudah semestinya korang tau kan. Tapi, bagi yang tak tahu lagi tu, meh sini Hajar terangkan satu persatu yeaaa. Bukan banyak pun nak diterangkan, satu je. Ok, hobi ni adalah perbuatan yang kerap kita lakukan. Contohnya, boleh gila kalau tak lakukan sesuatu yang bernama "hobi" dalam masa sehari. Sampai menangis meraung2 nak buat benda tu tapi tak dapat. Tu baru namanya hobi. Tapi, hobi tu biarlah berbentuk positif ya! Hahaha. Jangan tak pasal2 hobi korang merompak, membunuh atau sebagainya. Tak baik ok korang semua..


          Okay sekarang Hajar nak bagi tahu kat korang apa hobi Hajar. Perlu ke buat senarai? Erk, perlu lah kan? Nanti takut keliru pulak, susahhh! Ok ok, berikut adalah hobi Hajar. Secara jujur! :p



1. Blogging, bertwitter,  Facebook dan sebagainya. Ianya dalam satu kelompok iaitu internet. Zaman sekarang takde dah nak main2 buaian apa semua tu. Takde kelas orang cakap! Haha. Sekarang semua remaja suka berinternet. Yang kita tak tahu, samada penggunaan mereka tu berbentuk positif, atau negatif. Hanya Allah dan mereka sahaja yang tahu laa tu kan.


2. Bersembang. Hajar pun suka bersembang. Dan, kalau kene pada tempatnya Hajar akan buat lawak jugak. Sampai sakit perut. Hahaha. Tak percaya? Meet me! :p


3. menbaca novel. Hah! Yang ni Hajar paling paling suka sangat sangat. Hehe.. Best pe  bace novel!!!


4. Hajar rasa ni yang last kot? Banyak sebenarnya. Cuma takkan nak share semua kot... Bagi Hajar rileks dulu! Nanti ada masa kita sambung menaip. OK? Baik, hobi Hajar di tangga yang ke-4 ni adalah menyanyi! Kalau dah boring sangat tu, Hajar akan memekik mekik sampai jiran sebelah pun dapat dengar. Yelah kan, study boring, online boring, jadi karaoke la! Untuk pengetahuan korang, menyanyi jugak dapat mengurangkan tekanan. (Tension) Memang sangat berkesan petua nih.. Kalau korang lagi tension sebab banyak kerja atau what so ever la katakan, korang just nyanyi lagu yang korang suka. Kalau perlu dengan muzik sekali. Alaaa, zaman sekarang ni minus one pun dah berlambak dekat YouTube tu haaa. Tak perlu susah2 beli CD.

Okay, setakat itu saje penulisan pada hari ni. Korang boleh jugak kalau nak berkongsi hobi korang dengan Hajar ye! Jangan malu2. Just leave your comment down there! Hahaha.. Bye u olss! :)

Kenapa Masih Ada Orang Yang Rasa Tak Bahagi!!!!


Greeting Text



Ramai orang dalam dunia ni bahagia. Tapi lebih ramai orang yang tak bahagia walaupun hidup mereka sudah cukup lengkap, ada family ada harta dan ada segalanya. Why?

Satu sebab, mungkin kerana jauhnya daripada Allah. Itu boleh jadi sebab yang paling besar, dah tak boleh dinafikan. Tapi ada juga orang yang bukanlah lupakan Allah sepenuhnya, tapi hiduap dia still tak bahagia.

Bagi saya, untuk merasai BAHAGIA yang benar-benar bahagia ialah bila kita betul-betul berhenti daripada berlumba-lumba dengan orang-orang lain di sekeliling untuk menjadi/mendapat lebih daripada mereka. Maksudnya, selagi kita dengki dan tak puas hati dengan orang lain dan asyik nak lebih je daripada orang lain, selagi tu, hati kita takkan tenteram. Bila hati dah tak tenteram tu, mula lah macam-macam hal boleh jadi. Asyik bergaduh je dengan orang, asyik tak puas hati je dengan kawan. Apa yang orang lain buat semuanya kita rasa salah dan tak kena di mata kita. Dan perkara-perkara lama pun mudah diungkit dan menyebabkan pergaduhan.

Cuba kita belajar menerima takdir dan rezeki yang Allah dah berikan kepada kita setelah kita berusaha itu seadanya. Kalau kita dah berusaha keras, sama keras dengan makcik kantin berusaha, tapi makcik kantin dapat 10 juta, kita hanya dapat 10 ribu. Maka, perlulah bersyukur. Dan jangan rasa dengki. Sebab hanya itu je yang kita betul-betul perlukan. Allah lebih tahu.

So, kalau nak bahagia, sila jangan sibuk nak bersaing untuk jadi lebih hebat daripada orang lain. Kalau dalam pelajaran tu boleh la. Atau berebut nak jadi terbaik dalam beribadah pun itu sangat bagus. Maksud saya, jangan nak bertanding kekayaan atau kecantikan. Atau pangkat atau pujian. Semua tu hanya akan membuatkan diri sendiri tak tenang. Trust me. Kamu perlu faham, apa yang kamu ada itulah yang terbaik untuk kamu.

Dan satu lagi cara nak bahagia ialah, jangan berharap terlampau tinggi untuk sesuatu melainkan kepada Allah. Kalau nak cari pasangan, janganlah nak yang paling perfect yang ada segalanya, kaya, hensem, cantik, baik, beriman, romantik bla-bla. Nanti bila dia tak ada salah satu, kamu rasa kamu tak bahagia. Pastu kalau mencari kerja plak, mengharap jawatan kerani, gaji 10 ribu sebulan. Nak tempat kerja ada kemudahan semuanya. Mesti lah kita akan rasa tak puashati bila apa yang kita harap tu tak wujud.

Thursday, September 13, 2012

♥ ♥ GURU BUDIMU KEKAL ABADI ♥ ♥



Greeting Text
Seorang guru tidak pernah meminta jasanya dibalas. Dan tidak pernah menagih simpati anak-anak muridnya. Hatta tidak pernah mengimpikan hadiahdi Hari Guru. Tetapi seorang Guru yang jalan juangnya untuk mendapt Redha Illahi. Sayang seorang Guru kepada anak muridnya tanpa mengenal erti penat lelah dan kecewa.


Anak didik yang dididiknya seakan-akan menjadi anaknya sendiri tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Guru mengajar ilmunya buat semua yang bergelar pelajarnya.Kasih sayang seorang Guru bukan pada rotan yang memukul anak didiknya tika kenakalan pelajarnya tetapi kasih sayang Guru ingin melihat anak-anak didiknya berjaya suatu hari nanti.


Guru tidak pernah kekok mencurahkan segala ilmu yang ada padanya. Kerana seorang Guru sedar ilmu yang bermanfaat yang diberikan kepada anak didiknya akan memberikan keberkatan kepada dirinya tika berjumpa dengan Allah S.W.T.. Guru mengimpikan anak-anak didiknya berjaya lebih padanya.


Lahirnya seorang Pemimpin, Ketua dan orang-orang besar adalah bermula dari seorang Guru. Tetapi Guru yang mendidik itu tidak pernah meminta diberikan balasan dengan apa yang telah diberikan dahulu. Oleh itu, kita semai dalam diri ini betapa Budi seorang Guru amat bernilai sekali buat insan-insan seperti kita.



Guru Adalah Pembimbing Anak Murid.. Guru Amanah Allah untuk mendidik manusia.

Wednesday, September 12, 2012

Dugaan !!!!! Cabaran !!!!!


Greeting Text

Tiba2 berminat nak buat entry ni. Secara umumnya, semua manusia ada banyak dugaan dan cabaran dalam hidup mereka. Tipu la kalau ada manusia yang takde dugaan dan cabaran. Sedangkan Nabi lagi ada cabaran, takkan kita takda kan? Okay, cabaran dan dugaan ni banyak segi2 nya. Contoh, cabaran dari segi belajar, berniaga, dan macam2 lagi lah. Tapi setiap manusia ada cara yang tersendiri untuk kita menempuhi dugaan atau cabaran yang Allah uji.. Memang kita akan mengeluh jika di beri ujian, tapi kalau diberi nikmat, ada ke kita mengeluh? Nampak sangat kan manusia ni macam tak pandai menghargai atau dengan kata lebih matured lagi, mensyukuri nikmat yang Allah bagi.. Kita kalau dah dapat sesuatu yang kita nak, ada ke kita cakap Alhamdulillah? Erk, mungkin ada bagi sesetengah orang. Tapi, rasanya jarang jumpa orang macam tu..


Jadi senang cerita, Hajar nak buat kesimpulan yang kita akan lupa akan Allah S.W.T bila kita senang, dan akan ingat bila kita dalam keadaan susah. Jadi seharusnya, kita mesti sentiasa ingat akanNya, tak kira la susah senang. Kerana Innalillahi wainna ilaihi roji'un (DaripadaNya kita datang, dan kepadaNya juga kita akan kembali).


Okay, tu saja entry kali ni. Maaf jika ada yang tersilap, sila perbetulkan lah ye. Kita semua belajar dari kesilapan. Tak salah mengingati antara satu sama lain. Hajar pun bukannya perfect sebenarnya. Hehehe. Jangan tersinggung..... LARI DULU !! bye ~


Tuesday, September 11, 2012

SaHaBaT Ku

Greeting Text

Tiada berlian sebening rasa
Tiada cinta sehalus kasih mu....
tiada air sesuci hatimu...
Dan tiada hubungan sehebat
persahatan kita...
sahabat
Hidup kita berbagai cabaran..
Bagai bada di timpa air...
Namun
Tidak mungkin dapat memisahkan kita...

sahabat...............

Memilih Teman Hidup


Greeting Text
Hai hai hai my readers sekalian! Lewat sikit update hari ni ye. Banyak benda nak kena buat. Well biasa lerr kan, hidup seorang pelajar. Bila kita jadi pelajar, benda yang kita tak nak pun mesti kita nak. Contohnya, kita taknak buat homework, tapi kita mesti jugak buat! Mesti. Kalau tak bersiap sedialah untuk bergantung macam beruk kat tingkap. Erk, takde la sekejam tu.. Macam peraturan sekolah jugak, sebenarnya dalam hati taknak pun ikut semua tu. Tapi oleh kerana terpaksa. Dunia ni dipenuhi undang-undang. Setiap sekolah, negeri, negara, lain undang-undangnya. Ada sekolah yang mesti berasrama, ada yang tak.. Haaa macam tu lah ye.


Okay okay, sorry sebab terlalu kuat drift. Haha. Keluar tajuk jauh gile. OK, korang tahu kenapa tiba2 je Hajar nak buat tajuk yang sebegini? Sebabnya adalah, tadi masa baru je habis buat homework, Hajar pegi surf facebook jap. Biasa la tu kan, benda yang harus Hajar buat. Hahaha. Nak di katakan selalu tu, tak jugak. Sebab sekarang Hajar cenderong kepada membaca. Hajar bukan baca novel yang dalam buku tu ekk! Hajar baca kat satu blog tu.. Kat situ banyak cerita2 yang di taip semula dari sebuah novel. Untung tidak? Kita boleh baca something interesting free gitu je. Ok, cerita tadi.. Masa tengah view profil seseorang tu kan, Hajar nampak la dekat wall dia tu, penuh dengan puitis bersama dengan ala2 pakwe dia tu.

Masa tengah baca tu pun menyampah rasa. Tapi masih jugak Hajar teruskan membaca. Kot2 terlebih rajin kan? Hahaha. Rajin mengorek rahsia orang! :p . Masa dia berkomen2 kat wall tu kan, amboiii aduhaiiiiiii. Terlalu la romantik. Ok, tolak ketepi tu. Yang Hajar maksudkan tu is my cousin. Dia tu perempuan. Lebih muda lagi dari Hajar. Tapi, perangai yarabi. Mengalahkan orang dewasa. Hajar tak jugak ada pakwe. Dia tu, dah ade dah. Haha, zaman sekarang. Hebat. Belajar dulu la bod**! Haha. Tapi, betul lah kan apa yang Hajar cakap? Belum apa2 lagi dah nak menggatal. Nanti terjadi sesuatu kan mak bapak jugak lerr yang susah.

Ok, yang Hajar nak memprotes sekarang ni, kenapa dia pilih "insan" yang macam lelaki tu? Takde yang lain dah ke? Awal2 Hajar cakap, bukan jeles sebab dia dah ada teman hidup. Bukan... Cuma masalahnya, sebagai seorang cousin, Hajar pun khuatir la tentang masa depan dia. Macam tak senonoh betul. Tengok dari segi rupa, kita dah tahu lelaki tu selekeh. Jadi lelaki ni, jangan la pemalas sangat kan. Dah tu, dengan fashion nya ntah kurun ke berape ntah. Rambut macam tu, alamak!! Kalau nak di komplen memang tembus keyboard laptop sebab tangan tak berhenti menaip.

Ermmmm.. Hajar nak cite panjang2 lagi sebenanrnya, tapi apakan daya, masa tak mengizinkan. Esok pagi kena bangun awal. Harap2 takde spotcheck. Cikgu tu kalau dah spotcheck bukannya sikit2. Sabo je lah jawapnya kan. Ok, kita sambung kejap dengan kesimpulannya. Haaaa, mesti ada kesimpulan. Baru menarik sikit. HEHE. Jadi, kesimpulannya adalah, kita mesti belajar dulu baru nak cari awek/pakwe. Nanti kalau dah habis belajar, kahwin la dengan sesiapa pun. Ada aku kisah? Hahaha. Dan satu lagi, memilih biar betul. Nanti silap2, menyesal seumur hidup. OK??




Monday, September 10, 2012

♥ Tercipta Untukku ♥

Greeting Text




**********************************************************************************

''Hai sayang.''

''Eh,hai awak.'' Balas Anis setelah disapa oleh Amirul.

''Esok genap kan dua tahun kita couple ?'' Tanya Amirul.

''Yup ! Tak sangka awak masih setia lagi dengan saya.'' Balas Anis.

Amirul kelihatan ketawa kecil. ''Mestilah saya setia dengan awak.Kan awak tercipta untuk saya.Tak kan saya nak biarkan awak dengan lelaki lain.'' Kata Amirul kembali. ''Awak,esok kita celebrate dekat luar nak ? Pleasee.Saya tak pernah date dengan awak dekat luar.Kalau ada pun,dua tiga empat kali je kan ?'' Sambung Amirul sekali.

''Hah ? Ermm....Tapii.....'' Anis mengaru kepalanya yang tidak gatal.

''No tapi tapi.Kita mesti celebrate esok.TITIK ! okey sayang.Okeyh.Saya balik dulu.Nanti kalau ada masa saya call awak.

'Kalau ada masa ? Lain je bunyi ayat awak.' Kata Anis dalam hati.Anis mengeluh berat.

*********************************************************************************

Anis telah dihantar oleh bapanya ke sekolah.Anis menipu bapanya yang kononnya sekolah mengadakan kelas tambahan untuk skor A SPM matapelajaran Sejarah.Setelah beberapa minit kemudian,Amirul sampai dengan menaiki motor.

''Hai sayang.''

Anis rasa bersalah pula.Sudah banyak kali dia membohongi ibu bapa nya.Sampaikan sapaan Amirul hanya dibalas dengan senyuman.

''Kenapa ni ? Takut erk ? Allaa.Bukannya hari-hari kita date kat luar.Dah jom.''Kata Amirul sambil menghulurkan topi keledar pada Anis.

*** ''Awak,kita kat mana ni ? '' Tanya Anis.Kenapa Amirul membawanya ke jalan yang sunyi.Seperti jalan belakang sebuah bangunan.Anis tidak dapat mengecam tempat itu.

''Okeyh.Sebelum tu,saya nak awak tutup mata.'' Kata Amirul

''Hah ?Awak nak ajak saya pergi mana ni ?''

''Allaa.Awak ikut saya okeyh.

Setelah sampai ke suatu tempat,Anis merasakan tempat itu nyaman sekali.Setelah disuruh Amirul membuka matanya.......

''Tarrrraaaaa....'' Kata Amirul.

''Ya Allah.'' Kata Anis dengan terkejut.

Amirul telah membawa Anis ke restoran yang agak mewah dari kebiasaanya.Tapi yang paling terkejutnya,setiap pelayan duduk di posisi masing-masing sambil memegang alat muzik masing-masing.

Amirul menghampiri pelayan yang sudah bersedia untuk memainkan muzik.Apa kejutan yang disediakan oleh kekasih Anis ? Tiba-tiba piano dimainkan oleh seorang pelayan.

''Menatap indahnya senyuman diwajahmu,membuatku terdiam dan terpaku.'' Nyanyi Amirul.

'Ini lagu fevourite aku dengan Amirul.Amirul tak habis-habis nanyi kan lagu ni kat aku kalau aku merajuk.Amirul,thanks a alot.' Bicara hati Anis.

Setelah menyanyikan lagu Tercipta Untukku yang dinyanyikan oleh kumpulan Unggu,Amirul menghadiahkan Anis sekuntum bunga ros merah serta teddy bear kecil yang comel.

''I love you sayang.'' Ucap Amirul.

''I love you too.'' Balas Anis.

''Terima kasih kerana sudi menjadi kekasih saya.Awak sorang je yang setia dengan saya.Walau awak bukan yang pertama,tapi saya janji awak yang terakhir.'' Kata Amirul mengharukan hati Anis.

''Terima kasih kembali kerana setia dengan saya sama.Walau awak tak handsome macam Brad Pitt,awak tak kaya macam Datuk Yusuff Haslam,tapi saya tak pandang semua tu.Awak yang tersatu.'' Balas Anis kembali.

Mereka makan di restoran yang berbeza dari biasa.Selalunya,Amirul akan mengajak Anis ke restoran biasa sahaja.Hasil titik peluh Amirul kerja part time petang dan malam hanya untuk Anis.

*********************************************************************************

Hari ini,ada pelajar perempuan baru masuk ke sekolah SMK Rapat Indah.Dan paling hangat lagi,ramai orang kata perempuan tu cantik,comel.Anis berasa pelik kerana kelas Amirul sudah penuh.Tapi kenapa cikgu masukkan budak baru itu ke situ sedangkan keputusannya tidak sebaik keputusan pelajar dalam kelas itu.

*** ''Beb ! Kau tengok budak baru tu.Comel kot.Kau tak terasa tergugat ke.Tambah-tambah dia masuk kelas Mirul.Kau jaga-jaga weyh.Nanti dia curi senyap-senyap Mirul dari kau,mampus kau.'' Kata Fiza pada Anis sambil menunjuk budak baru yang baru sahaja lalu dihadapan mereka.

''HAHA.Tak adanya.Amirul cinta mati kat aku weyh.Dan ! Jangan harap dia boleh rampas Amirul dari aku.'' Kata Anis kembali.Fiza hanya menjeling tajam pada Anis.

'kau tengoklah nanti.HAHA' Bicara hati Fiza.

*********************************************************************************

''Hai,nama awak Amirul Irman kan ? '' Tanya seorang perempuan yang tiba-tiba muncul di depan Amirul ketika dia sedang menelaah pelajaran di kelas.

''Yup.Kenapa ?''

''Wow...Handsome jugak erk you.Kenalkan,I Trisya.Trisya Sahara.Just call me Trisya.'' Trisya menghulurkan tangannya untuk berjabat salam dengan Amirul.Tapi,Amirul hanya senyum dan tidak menyambut huluran salamnya.Trisya hanya menjeling ke arahnya.

''Ouh.Sorry.I lupa.You kan pasangan couple yang ter-Hot kat sekolah ni kan.Mana boleh salam dengan perempuan lain.Nanti timbul kontreversi pulak kan ? Habis lah I kena serang dengan Anisss Syuhada.''

Amirul memandang Trisya.Ayat Trisya seakan-akan memerlinya.Di mana dia tahu yang Amirul couple dengan Anis ? Baru sehari dia bersekolah di sini.Tak kan berita cepat tersebar ?

*********************************************************************************

Hari ini hari lahir Amirul yang ke-17.Anis sudah menyediakan hadiah special untuk nya.

''Bila kau nak bagi hadiah ni kat Mirul ? '' Tanya Fiza.

''Masa rehat.Kau teman aku erk.Malu lah.'' Kata Anis sambil tersenyum malu.

''Alaaa.Aku ada hal.Sorry erk.Cikgu Azlina suruh dia key in buku dekat Pusat Sumber.'' Kata Fiza kembali.

''Ouh.It's okey.Aku pergi sorang.''

*********************************************************************************

Anis menghampiri Amirul yang sedang menunggunnya di dewan.Dari jauh,Amirul sudah tersenyum melihat Anis.Anis menyorok hadiah yang hendak di bagi di bahagian belakangnya.

''Hai sayang,Happy Birthday too you.'' Kata Anis sambil menghulurkan sebuah kotak hadiah yang di balut kemas.

''Hai sayang.Wahhaa.Thank you so much.Cium sikit.'' Kata Amirul sambil memuncungkan bibirnya.

''Ehee.mana boleh lah.'' Kata Anis dalam keadaan malu malu kucing.

''HAHA.Okeyh.Nanti lepas kawin dengan awak saya nak ciumm...'' Kata Amirul tergantung di situ apabila Trisya meyapanya.

''You,Happy blated birthday to youu.This is for you.'' Ucap Trisya sambil menghulurkan kotak hadiah pada Amirul.

''Ouh,thanks.'' Balas Amirul.

''You kata nak ciumk sapa tadi ? Ciumm I erk ? HEHE '' Kata Trisya sengaja menyakitkan hati Anis yang berada di sebelahnya. Belum sempat Amirul menjawab,Trisya menyambungnya semula.

''Hey ! Euuu.Hadiah dari sapa ni ? Besarnya kotak.HAHA.Mirul,you nak tahu tak,kalau hadiah yang selalunya besar-besar,mestii harga dia murah.Kalau hadiah yang kecil macam I ni,mahal tau.'' Sambung nya lagi.

''Ini dari Anis.Mahal ke murah ke,aku tetap terima sebab dia kekasih hati aku.'' Kata Amirul.

'Aku ? ' Bicara hati Trisya.Trisya menjeling.

''Hemmh.Entah dia ikhlas ke tak kasi kat you.Selalu nya perempuan macam dia ni,selalu ambil kesempatan atas you yang baik ni tau.'' Kata Trisya yang sememangnya melampau.

''Hoi,kau agak-agak lah sikit nak cakap tu.Mulut kau ni jenis apa hah ? Tempayan tak bermaruah.Kau kata aku nak ambil kesempatan atas dia ? Hey,tolonglah.Dari aku ambil kesempatan atas dia,baik aku ambil kesempatan hal lain.Mulut harpak ! '' Kata Anis dengan lantang.Semua yang ada di situ melihat kejadian itu.

''Anis,sudah lah.'' Kata Amirul untuk menenenangkan Anis.

''Sudah apa ? Awak pon sama kan ? Kenapa nak bela dia ? Apa ? Mentang-mentang lah dia cantik.Ke awak mesti dah bosan kan dengan saya ! Sampai nak balas massage nak angkat call saya pon berat.Awak ingat saya diam,saya suka ke perbuatan awak ?! '' Jerkah Anis kembali.

''Hoi ! Kau ingat kau bagus sangat lah tengkin aku macam tu ? Sumpah malu gila dapat girlfriend macam kau.Dah ada aku,kau pergi menggatai dengan lelaki sekelas kau tu apa ? Ingat aku tak tahu.Belah lah.'' Amirul mencampakkan hadiah pemberian Anis kepada Anis.Hanya di dalam gengaman nya ialah hadiah Trisya.Trisya tersenyum sinis ke arah Anis.

Setelah kejadian itu,Anis langsung tidak mahu berjumpa dengan Amirul.Segala kejadian tadi,hanya diluahkan kepada Fiza rakannya.

**********************************************************************************

''Bro,kau sanggup marah Anis sebab nak bela si Trisya tu ? Kesian Anis weyh.Dia sanggup buat apa demi kau,tapi kau ? Marah dia macam tu.Malu dia bro maluu..'' Kata Aiman kawan Amirul.

''Dah aku cakap elok-elok tak nak dengar.Padan lah muka dia.'' Kata Amirul kembali.

''Weyh,dalam banyak-banyak awek yang kau pernah couple sebelum ni,ada yang setia dengan kau nak dekat 2 tahun ? Paling lama 5 bulan kan ? Diorang selalu tengking kau,tapi kau tak kesah pon.Tapi kenapa kalau Anis tengking kau baru sekali,kau naik angin ? Maknanya Anis setia dengan kau sebab dia sayang kau.Kau tak sedar ke ? Daripada perempuan lain,hanya ambil kesempatan atas kau jer.'' Terang Aiman.

''Pergi mampus lah.Ada aku kesah.''

''Okey.Aku harap kau dapat pembalasan suatu hari nanti sebab kau dah sakiti cinta hati perempuan.'' Kata Aiman sambil berlalu pergi.

*********************************************************************************

'Betul juga kata Aiman erk.Mungkin aku yang salah.Aku tak patut marah Anis sampai macam tu sekali.' Bicara hati Amirul di perhentian bas sekolah.

Sedang asyik memikirkan hal tadi,tiba-tiba Fiza datang menghampiri Amirul.

''Eh Fiza.Kenapa ? '' Tanya Amirul.

''Ermm.Dengar cerita dari Anis,tadi kau marah-marah dia sebab dia marah Trisya ? Dia cakap lagi,kau sengaja bela dia sebab kau dah jatuh cinta dengan dia ? Betul ke ? '' Tanya Fiza.

''Aku jatuh cinta dengan Trisya ? Memang tak lah ? Dia lah pemusnah hubungan aku dengan Anis.Aku tersilap langkah.Sepatutnya aku tak boleh marah Anis depan orang.Tambah lagi depan Trisya.''

''Kenapa kau cakap macam tu ? Maksud aku,kenapa kau tak sepatutnya marah Anis depan Trisya ?'' Tanya Fiza.

''Yer lah,kau tahu kan,Anis memang tak suka Trisya.Sebab tu dia marah Trisya tadi sebab bagi present kat aku.Anis pernah bagi tahu,yang Trisya ada jumpa dia kelmarin tak salah aku.Dia cakap,jangan ganggu aku lagi.Sebab dia dah suka aku.Macam bodoh kan ?'' Kata Amirul.

''Ouh.Apa yang Trisya bagi kat kau ? '' Tanya Fiza.

''Jam.Jam tangan.'' Balas Amirul.

''Ouh.Mesti cantik kan ?! At least lebih mahal dari hadiah Anis kan ? Okey lah,aku pergi dulu.Mak aku dah sampai.'' Kata Fiza.

''Fiza ! Nanti kau tolong pujuk Anis untuk aku.Aku menyesal sangat-sangat ni.''

Fiza diam dan berlalu pergi.

**********************************************************************************

Sudah berkali-kali Amirul cuba untuk menawan hati Anis yang sudah terluka.Sudah beribu kemaafan dipinta dari Anis.Namun,hati Anis sukar dibendung dengan kata-kata.Mungkin,dengan datang ke rumahnya,jalan yang terbaik untuk Amirul.

''Kenapa datang rumah orang ni ? Parents tahu karang mati lah.Pergi lah balik.'' Rayu Anis dalam keadaan yang cemas di bawah sepohon pokok yang hanya beberapa tapak sahaja dari rumahnya.

''Saya tak kan balik sampai awak maaf kan saya.''

''Lantak awak lah.'' Anis berlalu masuk ke dalam rumahnya.

*** Seperti yang dikatakan oleh Amirul,dia menunggu Anis di bawah pohon yang rendang tadi.Anis tidak tahu tentang kewujudannya di depan rumah.Sangkaan Anis,Amirul hanya bercanda.Walaupun hujan disebelah malamnya,tak makan,tak minum namun dia tetap bertahan demi menagih kemaafan Anis

*** Keesokan harinya,ketika Anis hendak menjemur kain di luar,Anis kelihatan motor Amirul di bawah pokok yang sama seperti semalam.Anis berlari-lari anak mendapatkan Amirul.

''Awak ?'' Sapa Anis.Amirul hanya mampu tersenyum sahaja.

''Awak tunggu saya dari semalam ? Awak gila ke apa ?'' Kata Anis kepada Amirul.

''Kan saya kata,saya akan tunggu sampai awak maafkan saya.Anis,saya sayang awak.Tak kan awak tak sudi maafkan saya.Saya janji,saya tak kan buat lagi.'' Kata Amirul kembali.

Anis kelihatannya berfikir sejenak dan kemudiannya bersuara. '' Okeyh ! Saya maafkan awak.Sekarang,awak balik,awak makan,awak minum.Saya tak nak awak sakit.Please.'' Kata Anis.

Amirul tersenyum melihatnya.Amirul menhidupkan enjin motornya dan berlalu pergi.

''I love you.'' Ucap Amirul.Anis hanya tersenyum manis.Mungkin ini dinamakan sayang dan sanggup berkorban apa sahaja.

***********************************************************************************

Hari ini,Anis dengan Amirul akan mengadakan study group di restoran KFC.Nasib ibu bapa Anis kasi.

*** ''Assalamualaikum....Aniss..'' Ucap Fiza di depan rumah Anis.

''Waalaikumussalam..Eh Fiza..Tak study dengan Anis sekali ke ? Anis cakap dia nak study dengan kamu.'' Tanya ibu kepada Anis.

'' Eh.Dia kata suruh saya datang rumah,buat study group kat rumah dia jaa.Ouh,saya lupa.Anis pergi KFC dengan Mirul.Haa.Ops ! '' Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata,buruk padahnya.

''Apa kamu cakap tadi ? Mak cik tak dengar.....''

''Tak ada apa apa..''

''Kamu cakap ! Sekarang Anis ada kat mana ? Dia bohong mak cik kan ? ''

''Yaaa..ehh..''

''Ikut mak cik.Bagi tahu dia dekat mana.Sekarang !'' Fiza menurut sahaja langkah ibu Anis memasuki ke dalam perut kereta ibu Anis.Siapa tak kenal ibu kepada Anis.Garang macam singa.

*** ''Tu mak cik,Anis.Lelaki sebelah dia tu Amirul.Diorang dah lama dah berhubungan mak cik.Kalau sebelum ni Anis selalu cakap dia pergi study ke,kelas tambahan ke,sebenarnya Anis tipu mak cik.Dia pergi jumpa Amirul.'' Kata Fiza menghangatkan lagi hati ibu Anis.

Kedudukan mereka dari Anis agak jauh dan menyebabkan Anis tidak sedar kehadiran Fiza dan ibunya.

''Ouh,Mak cik tahu lah nak ajar dia nanti.Dah.Jom balik.''

**********************************************************************************

Di rumah,ibu Anis telah menunggu kepulangan Anis di ruang tamu.Di sebelahnya sudah tersedia rotan panjang yang akan melekat di tubuh Anis.

Setelah Anis memberi salam,Anis mendapatkan ibunya untuk bersalam.Namun,tidak disambut oleh ibunya.

''Kau dari mana ?'' Tanya ibunya.

''Dari sekolah lah ibu.Kenapa ?''

''Siapa hantar kau balik tadi ? '' Tanya ibunya kembali.

''Naik teksi.''

''Ouh naik teksi.Kenapa teksi tu parking jauh-jauh sampai kau kena sampai rumah ni jalan kaki ?''

Anis diam.Dia tahu,tembelangnya sudah pecah.Tapi dia tidak tahu siapa yang memecahkannya.

''Kau sini ! Aku dah cakap,pergi sekolah belajar.Bukan berpacaran.Kau ingat,dengan berhubungan tu dapat pahala ke hah ?! '' Pusshh ! Ibu Anis menyepak muka Anis.

Dengan keadaan geram,ibu Anis memukul Anis dengan rotan yang memang dah disediakan.Anis menangis kesakitan.''Sakit ibu..Sakitt..'' Itu lah yang mampu Anis kata.Setelah keadaan reda,ibu Anis terduduk kesal.

''Ibu suruh kamu belajar.Bukan berhubungan.Susah sangat ke arahan ibu ? Kenapa kamu dok layan jantan ? Kau tahu kan,jangka hayat kau tak panjang ? Kenapa kau cari dosa ? Kenapa kau cari dosa ?! '' Kata ibu Anis dalam keadaan teresak-esak kerana menangis.

''Ibu,Anis tahu Anis tak kan hidup lama lagi.Dan memang tak lama lagi Anis akan mati.Anis teringin nak hidup bersama orang yang Anis cintai ibu.Anis nak merasa sebelum Anis tutup mata.''

''Menjawab ! Jadi,kau lebih pentingkan lelaki tu dari pahala,pembelajaran kau ? Baiklah ! Ibu tak kan benarkan kamu keluar rumah lagi.Lepas sekolah,balik terus rumah.Ibu akan ambil kamu.Ibu nak kau putuskan hubungan kau dengan jantan tu.Bak sini handphone kamu ! '' Kata ibu Anis sambil mengambil beg sandang Anis untuk mengambil telefon bimbitnya dan berlalu pergi naiki ke tingkat atas.

Anis menangis di dalam biliknya.Selera makan dan minum Anis hilang.Keesokannya,ibunya langsung tidak bercakap dengan Anis.Segala yang terjadi,sudah diceritakan kepada abah.Sangkanya abah nya akan menolonginya,tapi abahnya seperti menyokong perbuatan ibunya.

**********************************************************************************

Masa rehat,Anis terpaksa berjumpa dengan Amirul untuk menyatakan segalanya.Tapi Amirul tidak hadir ke sekolah hari ini.Anis pun tidak tahu kenapa.

*** Sewaktu pulang dari sekolah,Anis menunggu ibunya di sebuah pohon rendang yang disediakan meja dan kerusi.Sedang Anis termenung mengenangkan nasibnya,Aiman kawan Amirul menegurnya.

''Kenapa ni Anis ?'' Tanya Aiman.

''Tak ada apa.''

''Allaa.Aku tahu kau ada masalah.Cerita je lah.Aku pun kawan kau juga.'' Kata Aiman.

Dalam keadaan ingin meluahkan sesuatu,Anis terpaksa menceritakan segalanya kepada Aiman.Mungkin bebannya akan hilang di kala itu.

*** Fiza lalu di perhentian bas.Tiba-tiba Fiza disapa satu suara.

''Eh ! Mirul.Apa kau buat kat sini.Kau kan tak datang sekolah tadi kan.Ponteng !'' Kata Fiza.

''HEHE.Diam-diam sudah.Anis mana ?''

''Anis ? '' Fiza tersenyum.

''Anis dekat pokok sana.Dengan Aiman.Jom jumpa dia.'' Fiza menarik tangan Amirul untuk ke pohon itu.

'' Tu hah Anis....Ops ! Tak sangka diorang ada hubungan sulit'' Kata Fiza.

Amirul terkejut melihat Aiman sedang meminjamkan bahunya kepada Anis.Amirul tidak menyangka Anis begitu.Amirul berlalu pergi menyerang mereka.Fiza mengikutinya.

''Woi ! Aku tak sangka yang kawan baik aku sendiri ada affair dengan girlfriend aku.Apa jenis kawan ni ?!'' Jerkah Amirul.

Aiman dan Anis bagai dilanda ribut taufan yang secara tiba-tiba.

''Awak salah faham ni.Aiman dengan saya mana ada affair.''

''Diam lah.Kau dengan pompuan lain sama jer.Kau ! Kawan yang tak guna.Aku ingat,nasihat kau selama ni,kau nak bantu aku.Tapi ada udang di sebalik batu.Anis,aku rasa hubungan kita setakat ni sahaja.Aku dah bosan hidup dengan kau'' Amirul berlalu pergi dan membaling sejambak bunga ke arah Anis.Anis mengambilnya dan membaca sehelai kad yang tertulis, 'happy birthday sayang.Harap cinta kita,kekal sampai syurga.Sebab awak memang tercipta untukku.'

**********************************************************************************

Semenjak kejadian itu,Amirul dan Aiman putus sahabat.Anis dan Amirul tidak mahu bertemu antara satu sama lain.

*** Kini tibanya debaran peperiksaan SPM .Hanya beberapa hari sahaja Anis menduduki SPM di sekolah itu.Selepas itu,Anis terpaksa ke hospital kerana penyakitnya kian tenat.

*** Sampai hari akhir peperiksaan SPM,baru Amirul perasan yang Anis sudah lama tak menduduki peperiksaan SPM.Sudah puas Amirul bertanyakan Fiza.Namun,Fiza tak tahu.

Sedang Amirul berborak dengan rakannya,Trisya datang memanggilnya untuk bicara secara pribadi.

''Kau nak apa ? Tak puas lagi nak hancurkan hubungan aku dengan Anis ?'' Kata Amirul kepada Trisya.

''Bukan aku yang hancurkan hubungan kau !'' Kata Trisya.

''Habis tu,kalau bukan kau siapa ?''

'' Fiza ! '' Balas Trisya.

''HAHAHAHA.Gila ke kau ? Tak kan lah si Fiza yang baik gila dengan aku dan Anis tu sanggup khianati kitaorang.'' Amirul sambung ketawanya.

''Ouh,kalau kau boleh caya yang Aiman khianati kau,kenapa kau tak caya yang Fiza khianati Anis ?''

Amirul berfikir sejenak.Hendak percaya atau tak menyelubungi fikirannya.

''Aku rapat dengan kau sejak aku masuk sekolah ni sebab Fiza yang suruh.Kau tahu tak ? Hidup aku susah.Aku perlukan duit.Fiza sanggup upah aku kalau aku sanggup bersekongkol dengan dia menghancurkan relationship korang.Segala perbelanjaan,dia yang support.Aku dapat masuk kelas dengan kau pun,sebab dia yang pujuk rayu cikgu suruh aku masuk kelas dengan kau walaupun kelas tu memang tak sesuai dengan aku.'' Terang Trisya panjang lebar..

''Berapa dia bayar kau ? '' Tanya Amirul.

''Seratus sebulan.''

''Kenapa kau sanggup buat aku macam ni ? Kau tahu kan aku dengan Anis memang tak boleh dipisahkan.Tapi,masa Anis dengan Aiman tuu......''

''Masa tu,Aiman terperangkap dengan Fiza.Fiza suruh Aiman jumpa Anis.Bukan salah Anis.Anis nak sangat jumpa kau time kau tak datang sekolah tu untuk beritahu kau,yang parents dia dah dapat tahu yang korang berhubungan.Fiza yang bocorkan rahsia tu.''

''Kenapa Fiza sanggup buat macam tu ?''

''Fiza cemburu dengan korang.Sumpah Amirul,kalau bukan kerana wang,aku tak kan buat benda ni.'' Kata Trisya.

''Kau tahu Anis kat mana ?''

Trisya terkejut mendengar pertanyaan Amirul.Rasa serba salah menyelubungi dirinya.

''Anis,aniss,anisss kat hospital.Dia sakit lukeimia.'' Tergagap-gagap Trisya menjawabnya.

''Apa ? Kenapa Anis tak pernah bagi tahu aku ?''

'' Anis tak nak susahkan kau.Aku dapat tahu dari Fiza selepas aku dapati yang Anis tak datang ambil periksa beberapa hari ni.Aku rasa serba salah sangat khianati cinta abadi kau dengan Anis.Maafkan aku.'' Amirul terkejut dengan apa yang terjadi.Amirul rasa bersalah sangat pada Anis.

''Bukan kau yang salah Trisya.Aku nak jumpa Anis,kau nak ikut ?'' Pelawa Amirul.

''Boleh.Aku nak jumpa Anis.Aku nak minta maaf dengan dia''

**********************************************************************************

Di hospital Seri Bangsar...

''Kak,boleh saya tanya ada tak pesakit nama Anis Syuhada ?''Tanya Trisya kepada jururawat di kaunter pertanyaan.

''Sekejap ye dik.'' Kata jururawat itu.Sambil menyemak data nama pesakit di hospital. ''Anis Syuhada baru je keluar dari hospital.'' Kata juruwat itu lagi.

''Hah ? Kalau macam tu tak apa lah..Terima kasih.'' Kata Trisya dalam keadaan kesal.

*** ''Amirul,Anis maybe ada kat rumah.Nurse tu kata dia dah check out dari hospital.'' Kata Trisya kepada Amirul.

''Nak pergi rumah dia ke tak ? '' Tanya Amirul.

''Aku ikot kau.Tapi lebih baik kita pergi sebelum terlambat.'' Balas Trisya.

Amirul mengangguk.Mereka terus beredar menaiki motor untuk ke rumah Anis.

**********************************************************************************

''Assalamualaikum..'' Ucap Trisya.Telah berkali-kali Trisya memberi salam,barulah tuan rumahnya muncul.

''Waalakumussalam.Ya cari siapa ? '' Tanya seorang wanita.

''Cari Anis Syuhada.Dia ada ?'' Balas Trisya kembali.

''Anis Syuhada yaa ? Enggak kenal dong saya.Setahu saya,di rumah ini enggak ada yang namanya Anis Syuhada.'' Kata wanita itu.Indon rupa nya wanita itu.

''Bik,siapa tu ?'' Tanya seorang wanita yang baru keluar rumah.

''Ini buk.Dia cari orang yang namanya Anik Syada yaa ?'' Tanya bibik itu sambil memandang Trisya.

''Eh bukan,Anis Syuhada.'' Jawab Trisya.

''Ouh..Kamu siapa kawan Anis?'' Tanya wanita itu sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Trisya.

''Ha'ah kawan Anis.Saya Trisya yang ini pula Amirul.'' Balas Trisya sambil menyambut tangan untuk bersalam dengan wanita itu.Amirul juga turut mekakukan hal yang sama.

''Ouh.Nama aunty,aunty Lia.Aunty ni mak sedara kepada Anis.Eh,mari masuk.Tak elok bersembang dekat luar ni.''Pelawa aunty Lia.

*** ''Sebenarnya,Anis pergi Australia buat rawatan lukeimia dekat sana.Aunty yang jaga rumah ni.Kamu berdua tak tahu ke ?'' Tanya aunty Lia.

''Tak.Anis tak bagi tahu apa-apa pun.'' Kalau dari tadi Amirul hanya memilih mendiamkan diri,kini Amirul bersuara kerana terkejut mendengar Anis menjalani rawatan di Australia.

''Haa.Aunty lupa.Anis ada kirim sesuatu dekat Amirul.Nama Amirul,Amirul Irman kan ? Jap aunty pergi ambil barang tu.'' Kata aunty itu sambil berlalu ke tingkat atas.

Setelah beberapa minit,aunty Lia turun bersama kotak yang pernah dilihat oleh Amirul sebelum ini.

''Ini.Anis kirim kat kamu sebelum ke Australia.'' Kata aunty Lia.

''Ouh.Kalau macam tu,kami balik dulu lah aunty.Terima kasih ye aunty.

Sebelum beredar,Trisya dan Amirul bersalam dengan aunty Lia.Sebelum Amirul beredar aunty Lia berpesan sesuatu pada Amirul.

''Amirul,Anis banyak cerita pasal kamu kat aunty.Percayalah Amirul,kalau Tuhan dah jadikan macam tu,macam tu lah jadinya.''

Pesan aunty Lia terngiang-ngiang di telinga Amirul.

*********************************************************************************

''Apa makna kata aunty lia tadi tu haa..'' Bicara Amirul seorang diri di kamarnya. ''Lupa ! Hadiah tu.'' Baru Amirul teringat yang dia mendapat sesuatu dari Anis yang dikirimkan ke aunty Lia.

''Ini kan kotak hadiah yang Anis nak bagi aku time birthday aku hari itu.'' Peristiwa yang lalu berlegar-legar di kotak fikiran nya.

Amirul mencampakkan kotak hadiah Anis semasa Anis menyalahkan dia kerana membela Trisya.Masa tu Amirul bengang kerana hal yang tak perlu Anis ungkit,diungkit oleh Anis.

Amirul membuka kotak hadiah tersebut.Hadiah di dalam itu ialah songkok berwarna hitam.Warna hitam ialah warna kegemaran Amirul sejak kecil.Sehelai sejadah juga dijadikan hadiah untuk Amirul.Amirul rasa bersalah kerana mencampakkan hadiah ini pada Anis tempoh hari.Amirul mengambil surat yang dilipat kemas dalam kotak itu.Dan di baca isinya.

Assalamualaikum awak,

Selamat Hari Lahir yang ke-17.Saya harap umur awak panjang dan dimurahkan rezeki selalu.Dan saya harap sangat hubungan antara kita kekal.Awak,sebenarnya surat ini baru saya tulis.Surat yang memang dah tersedia masa hari lahir awak saya tukar dengan surat ini.Awak,saya tak berniat nak menyakitkan hati awak.Hari tu,bukan Aiman yang salah.Saya yang salah.Sebab saya tak sedar yang saya telah meminjam bahu orang lain.Masa Aiman mendengar dan memujuk saya masa saya sedih,saya rasa macam awak yang ada disebelah saya.Sumpah,bukan niat saya untuk melakukan semua itu.Saya minta maaf buat kali terakhir nafas saya.Awak,saya tak pernah rapat dengan lelaki sekelas saya.Kalau bercakap dengan mereka pun hanya sekejap.Itupun pasal pelajaran.Saya tak pernah tipu awak.Dan saya memang tak nak tipu awak.Bunga yang awak beri masa hari lahir saya,masih saya simpan walaupun awak bagi cara yang tidak sopan.Terima kasih.Saya ingin memohon berjuta kemaafan kepada awak.Beritahu Trisya yang dia tidak salah dalam hal ini.Dan saya sudah maafkan kesalahan awak dan Fiza.Salam terakhir saya.Jika awak tercipta untuk saya,maka awak akan tercipta lah untuk saya sampai syurga.Carilah jawapan bagi persengketaan kita ini Amirul.Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah.

Salam sayang Anis Syuhada.

Amirul menitiskan air matanya.Rasa serba salah menyelubungi diri.Tapi apa maksud tersirat di sebalik surat ini ?

''Awak,saya akan cari jawapan persengketaan ini.'' Bicara Amirul dengan semangat.


*********************************************************************************

Sudah berkali-kali Amirul menelefon Anis,sudah berpuluh-puluh massage dihantar pada Anis.Namun,tidak diangkat dan tidak dibalas massage tersebut

'Kalau apa yang terjadi pada Anis,aku takkan maafkan diri aku sendiri.' Bicara hati Amirul.

.Mungkin ini balasan orang yang selalu serkap jarang dan percaya pada orang lain lebih dari orang yang selalu berada disisi nya.

*********************************************************************************

Amirul melihat Fiza sedang lepak dengan sekumpulan lelaki di restoran.Lagaknya seperti liar.Amirul terus menghampiri Fiza dan menarik lengan Fiza untuk berbicara.

''Fiza ! Khianat kau ! Apasal kau sanggup buat aku dengan Anis macam ni ? Kau gila ke ? Anis kan kawan baik kau.Kau tahu tak,Anis dah banyak tolong kau.''

''Ouh..Kau dah tahu dah segala-galanya ? HAHA.Siapa bagi tahu ? Trisya Bangsat tu ? Hermmhh..''

''Tak baik cakap dia macam tu.Kau tahu tak,memfitnah seseorang itu lebih besar dosanya dari membunuh.Kau tu kawan Anis.Kan dia dah banyak berkorban demi kau.Kenapa kau sanggup buat dia macam ni ?!''

''Apa kau cakap ? Dia berkoran untuk aku ? Wow ! Memang hujan lebat lah kalau dia berkorban untuk aku.HAHA.Kau tahu,dia sanggup berkorban apa sahaja dekat kau ? Kau yang bodoh.Kau tak nampak pengorbanan dia kan ? Jadi,kau nak salahkan aku ? Aku benci tengok kebahagiaan korang.Kenapa dengan kau Anis sanggup berkoranban,tapi dengan aku Anis langsung tak peduli ? ''

''Asal kau cakap macam tu ?''

''Kau tak tahu Amirul.Aku kawan dengan Anis sejak aku 5 tahun lagi.Kita orang sentiasa bersama.Disebabkan satu peristiwa,aku mulai dendam dengan dia.'' Kata Fiza sambil berpeluk tubuh.

''Peristiwa ? Peristiwa apa ?'' Tanya Amirul.

'' Masa aku tingkatan 2,kitaorang kena kejar dengan sekumpulan lelaki.Masa tu aku dengan Anis jalan-jalan dekat pekan.Kitaorang lari sekuat hatinya.Malangnya,aku jatuh.Anis selamatkan diri dia sorang je.Kau tahu tak,berkali-kali aku jerit suruh dia tolong,tapi....jangan harap lah dia nak tolong aku.Masa tu juga,aku dirogol oleh sekumpulan lelaki tu.Kau tahu tak,disebabkan dia aku hilang dara.Disebabkan dia aku dan keluarga aku berpisah.Disebabkan dia,maruah aku tercalar.Sampai sekarang aku berdendam dengan dia.Sampai sekarang ! '' Terang Fiza.

''Kau tahu kan Anis sakit lukeimia ? Kenapa kau nak balas dendam dekat dia ? '' Tanya Amirul.

''Aku tak boleh tengok dia hidup senang dalam saat akhir dia.Walaupun jangka hayat dia tak panjang.'' Fiza berlalu pergi meningalkan Amirul seorang diri.

Kini,baru Amirul tahu,kenapa Fiza melakukan begitu terhadap Anis.

*********************************************************************************

Di Australia..........

Sewaktu di tepi pantai Anis menunggu saat terbenam nya matahari,Anis termenung merindui orang yang di cintai sambil memegang sejambak bunga yang diberi oleh Amirul sewaktu hari lahirnya.

'Amirul,mungkin ini kali terakhir aku mengingati kau di atas bumi.Aku doakan kau,bahagia bersama perempuan yang lebih baik dan sempurna dari aku.Saya tunggu awak di SANA.Selamat tinggal sayang.' Bicara hati Anis.

Ani terbaring di atas pasir persisiran pantai tersebut.Dalam beberapa minit mata Anis tertutup mengikut masa terbenamnya matahari.

''Anis !! Anisss..''Panggil ibunya sambil megoncangkan tubuh Anis.

Abah kepada Anis merasakan nadi Anis yang telah pun berhenti berdenyut.

''Inalillahhiwaillahiroji'un.'' Ucap ayah Anis.

**********************************************************************************

Kringgg kringgg...

''Hello.'' Jawab Fiza.

''Beb ! Kau kat mana ? Sini arr cepat.Ada barang baru ni haaa.'' Kata rakan Fiza di dalam telefon.

''Kejap lah,nanti aku sampai.Lek lu.Kau ni kelam arr.Kalau ada barang baru.......''

Piiiiiiinnnnnnnnnnnnnnnn !!!!!!!! Deboom.Tubuh kecil Fiza melayang ke udara dengan darah yang terpecik.Fiza seperti nyawa-nyawa ikan apabila dilanggar oleh sebuah lori kayu balak.Fiza tercungap-cungap menahan kesakitan.

Sedang Fiza mengerang kesakitan,Fiza seperti ternampak bayang-bayang Anis yang memanggil-mamanggil mengikutnya bersama.Anis kelihatan tersenyum ke arahnya.

''Ann..iiss..Maafkan aku.....'' Kata Fiza.

Dari bayangan Fiza,Anis mengangguk sambil tersenyum ke arahnya.Fiza meninggal dalam keadaan yang kesakitan.Walaupun dalam bayangan Fiza bahawa Anis sudah memaafkannya,tapi dosa yang lain lah yang menyebabkan Fiza meninggal dalam keadaan yang tidak tenteram.

Fiza menghembuskan nafas nya yang terakhir dengan keadaan matanya membuntang.

'Fiza,aku maafkan kau.Aku halalkan segala perbuatan kau atas aku.' Terdengar sayup-sayup suara Anis.

Setelah beberapa minit,mata Fiza tertutup dengan sendiri.Itu baru balasan di bumi,belum balasan di akhirat lagi.

***********************************************************************************

Amirul menghadiri perkebumian arwah Anis di tanah air.Amirul mengalirkan air mata kerana tidak sempat meminta maaf dan berjumpa Anis buat kali terakhir.

''Amirul,Anis nak bagi ni kat kamu sebelum dia meninggal.'' Kata Abah kepada arwah Anis.

''Terima kasih pak cik.'' Abah kepada arwah Anis menepuk bahu Amirul.

*** *****************************************************************************

Selepas solat Asar di rumah,Amirul terus mambaca surat arwah Anis buat kali yang terakhir.

Assalamualaikum,

sewaktu awak baca surat ini,mungkin saya sudah sampai ke tiang lahad.Dan Insyaallah,kalau diizinkan Allah,saya akan ke syurga.Tapi saya rasa,saya tak layak untuk ke syurga Allah,kerana saya tidak layak jadi penghuninya tanpa awak.Saya harap,awak dapat melupakan saya.Semoga awak dapat berjumpa dengan wanita yang lebih baik dan sempurna dari saya.Awak,saya nak awak ingat...Awak sentiasa tercipta untuk saya selamnya.Maafkan saya jika surat kali ini terlalu ringkas.

Salam terakhir,ANISSYUHADA.

*** Itu lah pesanan terakhir Anis kepada Amirul .Arwah Anis di mata Amirul,tak kan pudar dan lenyap.Anis dicipta untuk Amirul Irman.Dan Amirul dicipta untuk Anis Syuhada.

                                                                      *SEKIAN*