Wednesday, June 27, 2012

cerita...

Greeting Text

1.  Kita mungkin bertemu jodoh dengan insan yang kita cintai, namun menyintai insan yang menjadi jodoh kita adalah pasti.. Kerana bisikan bisikan yang memberi dorongan nafsu, kita menyimpang siapa yang seharusnya menjadi kewajipan untuk kita serahkan cinta..

2.Jangan pernah memberikan sebuah harapan pada seseorang sedangkan kamu tidak mampu untuk memberi kebahagiaan padanya.. Jika tiada rasa akan cinta, lepaskan perlahan lahan dan jangan mempermainkan perasaan orang lain.. Kamu tidak pernah tahu apa perbalasan terhadap kamu suatu hari nanti..

  3. Hingga pada suatu masa, jika masih ada kerasnya jiwa.. Pasti akan lelah dan jemu pada yang berhak.. Dan jika pudar itu memakan diri sendiri, sesalan tiada lagi akan gunanya.. Berhenti dan cukup sudah pada kenangan kenangan lalu.. Hargailah dia selagi dia masih memahami dan bersabar..

  4. Hargailah dia yang selalu ada di sisi.. Yang selalu ada menemani kamu kala suka dan duka.. Jangan kerana kenangan cinta lama yang dirindui, merosakkan segala galanya yang ada.. Dan jika kamu tidak dapat apa yang kamu sukai, sukailah apa yang kamu ada..

5.  Semua orang ada kenangan dan sejarah lama.. Dan mungkin sejarah percintaan itu dahulu tidak kecapi dengan perkahwinan dan bertemu jodoh dengan orang lain.. Dan bila berjodoh dengan orang lain, cintailah dia yang berhak dan halal padamu.. Usah dan jangan mulakan lagi cinta cinta lama dan baru.. Sedari kamu dengan si dia sudah berakhir.. Buka hati kamu, lembutkan hati kamu menerima dia insan yang sudah menjadi jodoh buat kamu.. Jangan ikut sangat nafsu dan bisikkan tentang cinta terlarang..

  6.  Kadang seorang wanita itu sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehinggakan menitis airmatanya namun kita tidak melihat.. Kerana menangis dia dalam diam.. Menangis dia dalam hatinya.. Deritanya sukar kita pahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir..

7.  Masa silam sesuatu yg sangat rumit untuk dirungkaikan, yg kdangkala kita tak sedar siapa diri kita.. Kadang kita menyesali kisah silam, kadang kita rasa seperti ingin kembali pd kisah silam, dan kadang kita rasa seperti tak ada apa yg indah ttg kisah silam.. Walau apapun yg kita rasakn, ingatlah, kita akn terus ke depan dan ke depan.. Masa silam hanya sejarah utk dijadikan teladan atau sempadan sahaja.. Selebihnya jadilah yg lebih baik dr semalam kerna esok belum tentu milik kita..

8..Di saat kita berhenti dan melepaskan rasa cinta yang hadir pada seseorang bukan bererti kita sudah lelah dan penat.. Tapi kerana bertapa dalamnya cinta itu pada dia, kita tahu tak mungkin akan bersama.. Kita sedari bahagia itu tidak mungkin seiring dengan pilihan kita..

  9. Kita mungkin jatuh cinta banyak kali.. Dan kita mungkin jua bercinta berkali kali.. Tapi hanya seorang saja yang bertahta di hati.. Hingga kadang kita simpan rahsia itu hingga kita mati..

 

10. Aku rindu kamu, sentiasa memandang kamu.. Aku tahu kamu milik orang dan aku terima dengan hati yang suci, ikhlas kerana aku mahu lihat kamu bahagia.

 

11.Jangan pernah memberikan sebuah harapan pada seseorang sedangkan kamu tidak mampu untuk memberi kebahagiaan padanya.. Jika tiada rasa akan cinta, lepaskan perlahan lahan dan jangan mempermainkan perasaan orang lain.. Kamu tidak pernah tahu apa perbalasan terhadap kamu suatu hari nanti.. 

12. Hadapilah dengan senyuman.. Walau di dalam masih tersirat derita atas suratan lalu, sekurang kurang kita masih ada iman.. Dan percaya yakinlah, kita hanyalah hambaNya.. Kita hanyalah merancang.. Tapi sebaik baik perancangan dari Allah

13. Dalam kehidupan harian, terkadang kamu memilih untuk tersenyum kerana kamu tak ingin orang tahu kamu tengah bersedih..betoi tak?

salah kah aku

Greeting Text

Salah kah diri ini mencintaimu?
Dosakah jiwa ini menyayangimu?
Pertama ku mencintaimu tak pernah sedikit pun ku berharap mimpi bersamamu karena ku tahu diri ini, tetapi kau balas semua rasa ini dengan menyakinkan ku. Kini kau pergi tanpa kabar meninggalkan ku yang masih mencintaimu, kau pergi membawa semua rasa ku dan kau meninggalkanku disini dengan rasa sakit yang luar biasa. Kini hanya satu yang ku minta darimu biarkan aku menunggumu dengan segenap kasih sayang yang ku miliki saat ini...
 
 

Tuesday, June 26, 2012

:: TANGISAN RASULULLAH KERANA WANITA :

Greeting Text


✿~ Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah perempuan TIDAK MAHU MANDI setelah HAID DAN NIFAS juga kerana ia BERHIAS UNTUK LELAKI BUKAN SUAMINYA dan suka MENGUMPAT ORANG..
✿~ Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia MEMPERKENALKAN DIRINYA kepada orang asing, BERSOLEK dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain..
✿~ Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah AHLI PENGUMPAT DAN PENDUSTA..
✿~ Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka MEMBUAT FITNAH dan MEMBENCI SUAMINYA...
✿~ Perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang TIDAK MENUTUP RAMBUTNYA daripada BUKAN MAHRAMNYA..
✿~ Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk MEMAKI DAN MENYAKITI HATI SUAMINYA..
✿~ Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang MENYUSUKAN ANAK ORANG LAIN TANPA SUAMINYA..
✿~ Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang KELUAR DARI RUMAH TANPA IZIN SUAMINYA..

p/s : Wahai wanita sekalian, silalah ambil IKTIBAR DAN PENGAJARAN..♥

Mengecilkan hati orang adalah berdosa

 
Greeting Text 
 
 
 
"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa.
Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"

I'm so confused.

Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what's that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi, dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uikk, tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun kan?

Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *Blur*

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian daripada Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang tetapi kecil hati dengan Allah.

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita..'Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..' dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain.. 'Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..' jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap..

Anak: *Termakan cili*

So conclusion is, jangan mudah terasa hati.. kalau kita terasa hati, Maknanya kita tak redha dengan takdir Allah. Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na'uzubillah.. tabarakallah. :)
 
 

Monday, June 25, 2012

Siapa sebearnya yang layak dipanggil lelaki hensem,

Greeting Text


Siapa sebearnya yang layak dipanggil lelaki hensem, kacak dan banyak lagi. Adakah dia tu harus dan wajib mempunyai rupa paras yang menjadi idaman setiap wanita seperti Aaron Aziz ataupun artis-artis lelaki Korea. Ataupun yang mempunyai harta bertimbun dan pendidikan yang tinggi. 
Bagi aku itu semua tak penting kerana rupa paras, harta, ilmu pengetahuan dan jawatan boleh hilang dan habis. Allah boleh tarik semua itu pada bila-bila masa yang DIA nak. So, jangan nak berbangga dan meninggi diri sangat. 
Aku tak tahu kenapa mesti lelaki yang muka hot, hemsem, jambu (macam Fahrin Ahmad), comel, indah, rupawan, hensem, HENSEM dan HENSEM memang dah tahu nak describe macam mana lagi kehenseman mereka, mesti menjadi pujaan setiap wanita. Kalau nak dibandingkan dengan Nabi Yusuf a.s. memang dah tak ada tandingan lagi. So, muka yang seberapa nak hot nie dah tak laku lagikah ? Nak cakap ia, tak juga, sebab ada juga artis yang tak hensem boleh terkenal. Kamu carilah sediri siapa itu ya. 
So, lelaki kacak yang sebenar-benarnya adalah:-
Tahu Nak Hormat Orang Tua
  • Ini bab yang paling peting sekali. Kalau kamu nampak lelaki yang tak tahu nak hormat orang tua jangan sesekali kamu berkawan dengan dia walaupun muka dia tu comel, hot atau hensem sekalipun. Lelaki jenis nie memang tak boleh dibawa laki @ suami kelak nati mak bapa kamu pun kena tengking juga. So, ini bukannya lelaki kacak tapi berlagak saja.
Tahu Nak Jaga Solat Lima Waktu
  • Apabila solat lima waktu dijaga dengan baik dan sentiasa menepati masa memang inilah jenis lelaki kacak yang patut mejadi idaman setiap wanita bukannya artis-artis Kpop tu. Lelaki jenis ini sudah semestinya akan menepati setiap amanah dan tanggungjawab yang diberikan. So, carilah lelaki jeis ini walaupun sekarang memang sukar nak cari.
Seorang Yang Beriman
  • Lelaki kacak memang wajib mentaati setiap perintah dan larangan Allah tidak kiralah di mana kamu berada. Ini bukan saja solat lima waktu tertinggal tapi kena juga penuhi ciri-ciri lain seperti pandai mengaji, melakukan ibadah sunat dan wajib, berpuasa dan taat pada agama.
Banyak lagi sebenarnya ciri-ciri lelaki kacak nie kalau kamu nak tahu. Kalau kamu nak tambah pun boleh juga, just tinggalkan komen kamu di ruangan komen nanti aku update dekat sini, ok.
p/s: Lelaki kacak tidak hanya pada parasnya. Lelaki tu kacak dari segi akhlaknya, kacak dari segi ibadahnya, kacak dari segi imannya, kacak amalannya. DAN INGATLAH! KECANTIKAN/KEKACAKAN TAKKAN KEKAL SELAMA-LAMANYA.

Weird Guy

 Greeting Text


jangan awak pandang diri saya hina,
kerana bukan itu yang saya pinta,
jangan awak hairan saya jadi begini,
kerana saya tetap seperti dulu,
ingatlah wahai teman,
sekali kena menyesal tak sudah,
kerana ikutkan hati,
saya jadi begini,
saya berjanji tak ulang lagi,
kini saya sedar erti kesengsaraan,
beri lah saya ruang untuk kembali ke pangkal jalan...

status terbaru kat wall dia..buat aku tertanya-tanya.Apa sebenarnya yang berlaku?jurang kesilapan mana yang dia terjun.Pelik.Aneh.tak tahu nak cakap macam mana.Dia nak berubah?jadi lebih baik ke?.Apapun aku tetap doakan semoga Allah memberi kekautan untuk dia berubah.Allah sentiasa memberi peluang kepada hambaNya untuk kembali ke pangkal jalan.Cuma kita yang perlu bertindak untuk ubah diri sendiri.Dia memang misteri sejak awal perkenalan dulu.Suka menghilang tiba-tiba dan mucul tiba-tiba..Rasa macam sekarang jugak aku nak gi umah dia..Haishh,tapi aku xde kekuatan lagi nak pergi jumpa mak dia.Apa aku nak cakap depan mak dia..Dengan dia lagilah aku tak tahu nak cakap apa.Buntu..Dengan kakak dia,mungkin beku lidah aku. Satu family buat aku ketar lutut.. apalah nasib aku ni?Disebabkan niat baik aku nak tolong dia,satu family aku kena jumpa..
Sabar Suma...

Sunday, June 24, 2012

RaMaDhAn DaTaNg LaGi.......

 Greeting Text

 

Ramadhan menjelma lagi buat tahun 1433H. Tahun lepas, Ramadhan sudah kita lalui. Tahun sebelum itu, begitu juga. Dan begitulah tahun-tahun sebelumnya. Tahun hadapan, jika umur panjang, Ramadhan akan kita lalui. Tahun ke hadapannya lagi juga begitu. Dan begitulah juga tahun-tahun yang mendatang selepasnya.

Kita telah, dan akan, melalui Ramadhan berkali-kali.

Tinggal persoalannya di sini,

“Apakah Ramadhan bermakna buat diri kita?”

Kita Sering Memandangnya Sebagai Adat.

Sebagai remaja, kita mudah memandang Ramadhan sebagai adat. Apakah maksudnya memandang Ramadhan sebagai adat? Yakni kita sekadar melalui Ramadhan, kerana ayah ibu dan datuk nenek kita melaluinya. Kerana masyarakat kita berpuasa. Kerana rakan-rakan kita bertarawih. Hanya kerana itu. Ikut-ikutan.

Tidak ramai yang hendak mendalami ruh Ramadhan, dan mengambil makna-maknanya. Tidak ramai yang melihat Ramadhan, sebagai satu ‘kem’ khas untuk membina keimanan. Kerana diri sudah ‘terbiasa’ untuk memandangnya hanya sebagai adat.
Bahkan, ada yang memandangnya sebagai ‘beban’.

 

Ramadhan, Bebanan Sebelum Syawal?

Bulan Syawal adalah bulan kita berhari-raya. Ramai menanti Syawal. Bahkan, promosi-promosi perniagaan untuk Syawal telah bermula dari awal Ramadhan lagi. Ramai yang fokusnya terarah kepada perayaan AidilFitri semata-mata. Dan Ramadhan seakan-akan tiada.

Ramai manusia berlapar dan dahaga di bulan Ramadhan dalam keadaan memikirkan Syawal. Bahkan, anak-anak di Malaysia dididik bahawa: “Jika tidak berpuasa, tidak boleh raya.” Membuatkan satu ‘kerangka pemikiran’ di dalam kehidupan kita terbentuk – Puasa untuk Raya.

Sedangkan, Syawal itu hakikatnya hanyalah sebuah bulan. Perayaan AidilFitri pula hakikatnya hanyalah pada 1 Syawal sahaja. Wujud untuk meraikan mereka yang berjaya melalui proses didikan Ramadhan, bukan sekadar puasa dan Tarawih, tetapi juga menjaga mata, tangan, kaki, dan anggota badan yang lain dari apa-apa sahaja kemaksiatan dan keingkaran kepada Allah SWT. Ditambah dengan penambahan amalan-amalan kebaikan yang lain, untuk menjadi manusia yang lebih bertaqwa.

Itulah tujuan Aidilfitri. Dan jika diperhatikan, Aidilfitri itu bermaksud: “Perayaan Fitrah”. Yakni merayakan manusia yang berjaya kembali ke fitrahnya, yakni Islam. Hidup dalam tatacara Islam, selepas melalui tarbiyah Ramadhan.

Aidilfitri bukan merayakan orang yang berpuasa untuk beraya!

 

Mengubah Pandangan Terhadap Ramadhan.

Maka adalah wajib bagi kita, untuk memaksimakan Ramadhan dalam mempertingkatkan amalan kita. Ramadhan adalah bulan tarbiyah, bulan untuk mendidik jiwa dan membentuk peribadi kita. Bukan bulan yang kita berlapar di dalamnya kerana adat. Bukan bulan yang kita mendirikan solat yang banyak kerana ikut-ikutan.

Ramadhan adalah masanya, kita berusaha mempertingkatkan amalan kita, agar selepas Ramadhan, kalau tidak dapat beramal sebanyak Ramadhan pun, kita akan mampu beramal lebih kurang macam dalam Ramadhan. Menanti pula Ramadhan yang mendatang untuk meningkatkan lagi kekuatan jiwa dan keindahan peribadi kita!

Kita patut memandang Ramadhan sebagai kem latihan, untuk membawa kita kembali kepada fitrah kita. Yakni Islam. Untuk kita mencuci dosa-dosa kita, dan mempertingkatkan amalan kita. Untuk menjadi hamba yang diredhaiNya, pada 11 bulan yang lain juga.
Itulah dia Ramadhan yang sebenarnya!

 

Penutup: Marilah Kita Menghargai Ramadhan!

Maka jangan kita bazirkan Ramadhan. Kerana Ramadhan belum tentu datang lagi kepada kita tahun hadapannya. Kita mungkin mati sebelum bertemu lagi dengannya. Maka jangan bazirkan Ramadhan kali ini, dengan sekadar lapar dan dahaga, letih dan penat.

Tetapi laluilah ia dengan penuh kesungguhan. Dengan niat hendak mempertingkatkan diri. Dengan niat hendak menjadi hamba Allah yang lebih baik lagi.

Buatlah perancangan, jadual, strategi untuk kita isi Ramadhan ini dengan pelbagai perkara bermakna. Jangan bazirkan waktu, kerana di dalam Ramadhan setiap saat itu berharga untuk membebaskan kita daripada api nerakaNya.

Marilah kita semua bermuhasabah.

 

hargailah bulan Ramadhan sebaiknya!

 

Friday, June 15, 2012

DALAM MASA SATU HARI DUA PERKARA YG BERLAKU DLM HIDUP AKU....

 Greeting Text

HARI INI ADALAH 15 JUN 2012...


   HARI INI ADALAH HARI BERSEJARAH DALAM HIDUP AKU....AKU RASA HILANG SEMANGAT DALAM HIDUP AKU....DALAM  MASA SATU HARI DUA  PERKARA YANG BERLAKU  DALAM HIDUP AKU.... YANG PERTAMA AKU KENA ROTAN DENGAN CIKGU DEKAT TAPAK KAKI...SAKIT SANGAT....SEBAB KAMI MASUK LEWAT DALAM KELAS...CIKGU KATE KAMI PONTENG KELAS...TAPI KAMI TAK PONTENG KELAS PUN..KAMI PERGI SOLAT...SEDIH SANGAT BILA CIKGU KATA KAMI PONTENG KELAS...MACAM TAK DAPAT DITERIMA KENYATAAN YANG BERLAKU DALAM HIDUP AKU...AKU SEPERTI HILANG HARAPAN SEKARANG..

    PERKARA YANG KEDUA BERLAKU DALAM HIDUP AKU ADALAH CIKGU SAFARINA YANG MENGAJAR KAMI DALAM SUJEK BI...CIKGU SAFARINA AKAN BERPINDAH ke SESI PAGI...SELAMA 6 BULAN CIKGU SAFARINA BERSAMA KAMI... DIA MENGAJAR KAMI...DIA TAK PERNAH MENGECEWAKAN KAMI...CIKGU SAFARINA SELALU MEMBERI SEMANGAT DAN  TUNJUK AJAR KEPADA KAMI...CIKGU SAFARINA MAMPU MENGUBAH AKU UNTUK BERMINAT BELAJAR DALAM SUBJEK BI...DARI TINGATAN 1 HINGGA TINGATAN 3 AKU LANGSUNG TAK MINAT SUBJEK BI...SELEPAS AKU KENAL DENGAN CIKGU SAFARINA AKU MULA UBAH SIKAP AKU YANG MALAS NAK BELAJAR BI...LEPAS INI TAK ADA YANG AKAN MEMBERI TUNJUK AJAR DAN SEMANGAT KEPADA AKU LAGI...AKU TAK YAKIN CIKGU YANG MENGGANTIKAN CIKGU SAFARINA  MAMPU MENBUAT  AKU UNTUK BERMINAT DALAM SUBJEK BI LAGI... BOLEHKAH AKU BELAJAR BI DENGAN  CIKGU BARU ITU...TERIMA KASIH CIKGU SAFARINA KARANA SELALU MEMBERI SAYA NASIHAT DAN MENGAJAR KAMI...

Tuesday, June 05, 2012

BERSABARLAH DUHAI HATI

 Greeting Text
Kenapa Semua ini Terjadi Padaku ?

” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu , dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu , Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui ” ( Surah Al-Baqarah : Ayat 216 )


Kenapa Terlalu Berat Ujian Ini ?


” Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya. ” ( Surah Al – Baqarah : Ayat 286)


Terasa Kehidupan Ini Sudah Tiada Maknanya Lagi Bagiku . Mengapa ?


” Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman ” ( Surah Ali Imraan : Ayat 139 )


  “….. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir . ” ( Surah Yusuf : Ayat 87 )




Bagaimana Harus Ku Hadapi Semua ini ?

” Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang ; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk ” ( Surah Al-Baqarah : Ayat 45 )


Apa Yang Akan KuDapat Daripada Semua Ini ?


” Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu`min,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.. ” ( Surah At-Taubah : Ayat 111 )


Kepada Siapa Harus Ku Berharap ?


” Cukuplah ! Allah bagimu , dan tidak ada tuhan selain dari-Nya . Hanya kepadaNya aku bertawakkal . ” ( Surah At-Taubah : Ayat 111 )


Berimankah Aku ?

” Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan : ” Kami telah beriman , ” Sedangkan mereka tidak diuji ? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ? ” ( Surah Al-Ankabut : Ayat 2 – 3 )

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT . Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya . Bersabarlah duhai hati . Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai -Nya

Sunday, June 03, 2012

Hari-Hari Dlm Hidupku

Greeting Text


      Ya Allah, untuk hari ini sahaja, hamba bersyukur atas kurniaan-Mu. Matahari masih memancar sinar, dunia yang        masih pada paksinya dan fikiranku yang masih segar untuk memberi inspirasi pada orang lain. Alam flora dan fauna masih setia menemaniku tanpa berganjak walau selangkah. Aku mulai sedar bahawa hidup ini terlalu indah untuk dibazirkan. Waktu akan terus berputar, dan pertanyaan akan terus berlegar. Namun, cahaya-Mu masih datang memercik keindahan.

                     Terima kasih buat Pencipta Rasulku atas kurniaan..
                               Senyumanku yang masih manis dan indah,
                                  Bebola mata yang bersinar dan sihat,
                                    Udara yang masih segar dan suci,
                                     Kaki yang masih kuat dan gagah,
                                Baju yang masih bersih dan cantik,
                                  Jantung yang masih berdegup elok,
                    Dan segala macam anugerah yang tidak terbayar nilainya.

Wahai Tuhanku, untuk segala yang telah aku lalui selama ini, aku benar-benar telah ketemu lorong bahagia. Telah kuusir segala kepedihan, yang kini cuma disisiku adalah rahmat Tuhan. Aku mula menyedari bahawa kenangan tidak akan pernah tua dan lagu akan terus berputar. Catatan hari ini adalah punca kekuatanku esok.

Ku renung langit yang tidak bertongkat dengan mata yang berkaca.

Alam masih ada dan senyum padaku. Pastinya, aku pula akan tersenyum kembali padanya.

Ampuni aku Ya Allah kerana mengeluh semalam. Aku percaya, hidup bukanlah menangisi kekesalan namun jalan yang mesti dicorakkan. Aku memilih warna yang indah dan cantik untuk melukis ukiran.


Aku bersyukur dan akan terus tersenyum. Bagiku tiada lagi kamus kelemahan dan kelelahan.


Aku milik-Mu.


Aku berjanji, tidak akan membiarkan malam menangis lagi.