Saturday, February 23, 2013

CINTA itu TIDAK BUTA tapi kadangkala MEMBUTAKAN.??

Greeting Text


jatuh cinta?? dilamun cinta..??

"ya..saya3..saya sedang dilamun cinta.."
"tapi..macam mana kita nak tau yang kita tengah dilamun cinta..?" 
"yela..waktu tengah hangat bercinta nie,semuanya indah2 belaka..waktu hujan pon kita terasa cam dok dalam salji je...waktu berpanas di bawah cahaya mentari pun kita rasa cam dok dalam bilik yang ber'air-cond' je..waktu kilat pancar memancar pon kita terasa cam flash kamera  je..fuyyoo,pendek kata memang indah2 semuanya.."
ohh..betapa indahnya saat bercinta kan..?? tapi,kalaulah betol mencintai,dicintai,bercinta & percintaan nie sangat3 n amat3 indah...kenapa orang kata CINTA itu BUTA...?? cam dalam cite Kassim Selamat tu..alaa,hat yang cocok2 mata ngan garpu tu..so,sapa yang BUTA sebenarnya..?? CINTA atau orang yang sedang bercinta tu yang BUTA..??


bagi hajar ,CINTA tak pernah sekali pon BUTA..sebab CINTA nie anugerah yang sangat besar..bukan semua orang pernah merasai CINTA dan bukan semua orang yang berjaya menghargai perasaan CINTA saat ia hadir dalam jiwa..kerana CINTA itu.....

"hadirnya sunyi,perginya diratapi..."
  
namun,adakalanya...kerana CINTA :-
~ ibubapa diketepikan
~ pasangan yang terang-terangan melakukan kejahatan,tapi still dianggap baik n terbaik
~ diri kita jauh berubah & menyimpang dari jalan Allah
~ sanggup serahkan segalanya sebagai lambang kesetiaan

tapi,hajar sendiri musykil..itu ke yang dikatakan sebenar-benarnya CINTA..?? kerana CINTA itu tak cukup terletak hanya pada kata-kata manis yang meniti di bibir je..CINTA tu bukan hanya pada ungkapan I LOVE U je..seharusnya CINTA itu membawa KEBAHAGIAAN hingga ke syurga...

hakikatnya,CINTA tidak pernah BUTA..cuma ia kadangkala MEMBUTAKAN mereka yang alpa..namun,satu perkara yang pasti...

"CINTA TIDAK PERNAH MENGHALALKAN CARA"


                                      \melainkan,CINTA kepada yang HALAL..

Tuesday, February 19, 2013

HINA KE KAMI DI MATA ORANG Semenanjung????


Greeting Text






aku fikir masalah nie dah selesai rupa-rupanya blm lagi....siapa yang tak marah bila negeri sendiri dihina  oleh orang lain ..apakah salah kami  sehingga orang semenanjung benci sangat dengan orang sabah dan sarawak...kami pun ada perasaan bila tempat kelahiran kami di hina oleh orang semenanjung...






kita nie satu malaysia jangan lah saling  benci-membenci.. tak malu ke bila orang luar tengok perangai kita.... kata satu malaysia tapi saling bermusuhan???








Monday, February 18, 2013

Beri Hadiah Pun Perlu Berdasarkan ZODIAC...???

Greeting Text


Hadiah...hadiah...dan hadiah...!! huh...setiap kali ada function yang melibatkan aktiviti saling bertukar-tukar hadiah dengan kawan2...sudah pastinya hajar akan menghadapi tekanan mentaL fizikaLemoSi...bukan apa..setiap kali itu jugalah hajar akan ketaq sakan cam kena rasuksawan demam kepialu...MySpace

semuanya disebabkan oleh HADIAH..!!! hajar selalu bingung kalo bab2 nak bagi hadiah kat orang nie...

TAPI...sekarang tidak lagi..!!!MySpace fuhh..legaaa...

SEBAB..sekarang hajar dah tau nak bagi hadiah apa walau kat sapa2 pon..yang penting..mesti tanya dulu kat orang tu..."awk2..awk zodiak pe ehh..???" (hehe...boleh caye ke cara nie..tapi kenapa mesti berdasarkan zodiak ehh..??)

Haa..sebenarnya memang zodiak boleh melambangkan 1001 rahsia diri seseorang. Mula-mula selidik bila dia lahir dan apa zodiaknya...bila dh tahu zodiak mereka, sikap mereka juga dapat disingkap dan seterusnya bolehlah memilih hadiah paling sesuai untuk mereka..!!! (owh~ gitu rupanya..) jom3...kita tengok...


Si Aries

Sekiranya si dia tu berbintang Aries, anda mempunyai 3 pilihan dalam menentukan hadiah yang paling sesuai untuk mereka. Mereka yang berzodiak Aries ini seorang yang bersemangat, aktif dan gemar untuk kekalkan tahap kesihatan mereka. Mereka juga gemar mengalu-alukan teman-teman dengan cara mereka sendiri. Selain itu mereka juga seorang yang bekerja keras dan pentingkan kejayaan dalam hidup. oleh yang demikian, hadiah yang paling sesuai untuk mereka misalnya barangan kesihatan, pinggan mangkuk dan jam. Pendek kata, hadiah yang paling sesuai untuk mereka adalah berkaitan dengan kesihatan dan juga barangan rumah, contohnya pinggan mangkuk yang mungkin digunakan bila menyambut kedatangan tetamu nanti!


Si Taurus

Sememangnya si Taurus yang terkenal dengan sikap rendah diri ini gemarkan hidup berkeluarga dan menghabiskan masa di rumah. Mereka ini juga cukup mahir dalam menguruskan soal kewangan. Jadi tak hairanlah jika mereka selalunya diberikan tugas sebagai menteri kewangan dalam keluarga. Selain itu, mereka juga gemarkan kehidupan yang aman damai. Dari segi pemilihan warna, mereka lebih gemarkan warna yang agak konservatif seperti coklat. Hadiah yang dicadangkan kepada mereka ini seperti dompet kulit, set pinggan,hamper makanan ataupun tv. Tapi ingat, walaupun mereka ini jenis tak berkira tentang harga hadiah yang bakal diberikan, tapi sudah pasti hadiah kamu itu tidak dapat dilupakan seumur hidup jika hadiah itu mahal! Biasalah, mereka ni kan gemarkan sesuatu yang mahal !


Si Gemini

Seseorang yang bernaung di bawah zodiak ini seorang yang pandai bergaul dengan sesiapa saja dan bijak memulakan perbualan biarpun dengan orang yang baru dikenali. Citarasa mereka tertumpu pada sesuatu yang moden dan menyukai warna yang terang. Selain itu mereka juga bersifat inovatifserta gemar dalam perkara yang berkaitan dengan dunia seni. Dicadangkan hadiah yang lebih bermakna bagi mereka ialah hadiah seperti housing telefon yang berwarna-warni dan comel,playstation,jaket terkini atau barangan kraftangan.Yang penting hadiah itu boleh mereka gunakan dan praktikal ! Tak perlu hadiahkan mereka yang mahal sangat pon...


Si Cancer

Seperti si Taurus, mereka yang berbintang Cancer ini menggemari suasana di rumah dan sanggup menghabiskan masa seharian di rumah saja. Bagi mereka, tak ada tempat yang lebih selesa daripada rumah. Mereka ni juga seorang yang berjiwa sentimental hingga kadangkala keterlaluan dalam menyambut tetamu. Dari segi penampilan, mereka gemarkan fabrik yang halus dan warna yang lembut. Hadiah yang paling sesuai diberikan kepada mereka seperti hiasan rumah, buku atau koleksi si anak patung yang comel!


Si Leo

Ternyata si Leo memang terkenal dengan citarasa mereka yang mewah dan tak dapat dipisahkan dengan dunia glamour. Mereka hanya menyukai sesuatu yang dirasakan terbaik. Pendek kata, mereka ini suka bersikap menunjuk-nunjuk dan sukar nak memahami orang lain. Hadiah yang dicadangkan seperti minyak wangi jenama terkenal, aksesori terkini atau sehelai jeans berjenama terkenal. Oleh yang demikian, jika benar kamu nak ambil hati mereka, bersedialah untuk keluarkan modal lebih untuk membeli hadiah yang berharga dan mahal untuk mereka. Tentu kamu dianggap teman yang baik hati.


Si Virgo

Mereka ini gemarkan sesuatu yang simple dalam hidup. Namun citarasa mereka dalam pemilihan pakaian dan hiasan rumah tidak kurang hebatnya tau. Selain itu mereka sangat mementingkan soal kerja yang bagi mereka adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. dalam pemilihan hadiah, mereka gemarkan hadiah yang praktikal bagi mereka. Misalnya jam tangan, buku masakan atau baju. Boleh juga mereka gunakan dalam kehidupan seharian. Soal harga, mereka tak kisah. Asal ikhlas dan barang itu berguna.


Si Libra

Libra ini boleh tahan juga sikap romantisnya. Begitu juga soal berpakaian yang cukup diambil berat. Biar simple tapi menarik. Dalam pergaulan mereka mudah mendapat teman baru dan gemarkan muzik dan seni. Sekiranya bercadang hendak memberikan hadiah kepada si Libra, apa kata kamu memilih kotak muzik, wangian, tali leher atau VCD muzikal? 


Si Scorpio

Scorpio memang tidak dapat dipisahkan dengan air. Itu adalah elemen utama bagi mereka apatah lagi bila ingin berehat. Sebab itu percutian yang paling indah bagi mereka apabila pergi ke tempat-tempat seperti pantai. Hadiah yang dicadangkan seperti tuala mandi, aroma mandian atau pakej percutian ke pulau.


Si Sagitarius

Mereka ini memang cukup mudah untuk dipuaskan kerana mereka tidak banyak songeh. Segalanya diterima dengan terbuka. Memang tak susah untuk memilih hadiah untuk mereka ini. Namun Sagitarius gemar bergurau, sukakan aktiviti luar dan gemarkan gaya ringkas serta menarik. Dari segi pemakaian, mereka cukup bijak menyuaipadankan pakaian mereka. Hadiah yang dicadangkan seperti beg untuk aktiviti lasak, kasut sukan atau sebuah parti BBQ!


Si Capricorn

Corak pemikiran mereka agak konservatif dan mereka gemarkan hadiah yang punya kualiti dan praktikal. Dalam kehidupan seharian, mereka sentiasa pastikan penampilan mereka sentiasa dijaga. Dari segi pemilihanpakaian dan hiasan, mereka gemarkan yang bercorak klasik dan menarik. Hadiah yang sesuai untuk mereka seperti pakej penjagaan badan, set sikat atau diari.


Si Aquarius

Mereka yang berzodiak ini sering berubah-ubah citarasa mereka. Mereka juga kurang pandai berguaru dengan orang lain dan lebih serius. Bagi mereka, yang utama dalam hidup adalah keamanan dan kasih sayang. Hadiah yang dicadangkan ialah seperti hiasan aksesori, lukisan atau CD/kaset.


Si Pisces

Mereka ini cukup sensitif dan sukar difahami sikap mereka jika tidak didekati. Mereka pentingkan keluarga daripada segala-galanya. Begitu juga persahabatan yang mendapat tempat istimewa di dalam hati mereka. Dalam masa yang sama, mereka juga sangat romantis orangnya. Hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada mereka ialah seperti lilin wangi, kad atau sajak yang anda reka sendiri.


p/s :hajar pulak...Taurus...huhu...(tapi disebabkan hajar sangat2 suke hadiah...hajar x kisah orang nak bagi pape pon...bagi hadiah pape pon,hajar layan jer...ngeeee~)


Saturday, February 09, 2013

Murahkah Air Mata Seorang WANITA...??

Greeting Text



MOOD Hajar agak tidak mengizinkan..entahlah...dengan tiba-tiba mo0d sedih melanda diri....
maka tanpa diundang sudah pastinya manik-manik air mata pon turut sama berkongsi rasa nie...mereka pon dengan rela mengalir syahdu....

kenapa hajar rasa cam nie..?? entahlah...mungkin sebab hajar terasa dengan sikap seseorang terhadap hajar...(~.~)...

ermm...biarlah rasa ini hajar simpan sendiri...cuma hari nie...tiba-tiba hajar terfikir....terlalu murahkah air mata seorang wanita nie..??? kenapa ye wanita terlalu mudah menangis...???

jadi...hajar search punya search....
INILAH HASILNYA....

~mengapa WANITA terlalu MUDAH MENANGIS~

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap
berulangkali menerima cerca
 dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan,pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Kuberikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, sakit, penat, tanpa berkeluh kesah, dan seringpula untuk menghadapi kesedihan yg didapat dari orang yg dicintainya.

Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam
kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Dan melengkapi tulang dengan rusuk suaminya , bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan
menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila pun dia inginkan.
Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah AIR MATA KEHIDUPAN……
dan kecantikan seorang wanita jelas terlihat dari matanya
kerana matanya adalah PINTU HATINYA…tempat dimana CINTA ITU ADA....."



baca semua nie pon membuatkan air mata Hajar mengalir laju....baru sekarang hajar sedar...air mata yang selama ini hajar tumpahkan bukanlah air mata yang menunjukkan hajar adalah seorang yang lemah...ermm...hajar kena kuat..!!!

Wednesday, February 06, 2013

SUSAHKAH Untuk Setia.....???

Greeting Text

adakah anda sedang dilamun cinta..?? ya...?? ...bagi yang sedang bercinta sekarang,tidakkah pernah anda terfikir bahawa kesetiaan itu sangat penting dalam sesebuah perhubungan terutamanya dalam hubungan percintaan..?? bukan dalam percintaan je,dalam persahabatan pun kesetiaan amat penting..sebab..tanpa kesetiaan,mana mungkin sesebuah perhubungan itu akan berkekalan lama...betol x..??


tapi sebenarnya...bila difikirkan balik,kesetiaan nie tak selalunya dimiliki oleh semua orang...tidak mudah untuk setia pada seseorang kerana pasti banyak dugaan dan godaan setiap kali kita cuba untuk setia pada si dia...kadang2 tu pulak..bila kita yang bermati-matian setia pada si dia...si dia tu pulak yang main kayu tiga....


habis?? camna nak buat nie..???

 jangan gusar..!! kali nie,hajar akan kongsikan beberapa tips untuk menjaga kesetiaan dan menjadi seorang yang setia...

~Mengerti & Memahami~
cuba fahami & mengerti segala keadaan yang sedang menimpa dirinya..baik dalam keadaan senang mahupun dalam keadaan yang sukar...Jangan sesekali memburukkan lagi keadaan emosinya ataupun menuding jari terhadap dirinya sekiranya berlaku kesilapan dirinya di mana-mana...sebaliknya,anda sentiasa perlu ada disisinya dalam pelbagai situasi...anda perlu memberi semangat kepadanya dan bukan meninggalkannya keseorangan tatkala dia benar2 memerlukan seseorang utk berada disisinya...


~Menjadi Penghibur~
Apabila pasangan anda dalam keadaan bersedih,jangan sesekali menambahkan rasa sedihnya...sebaliknya,hiburkan hatinya...terbitkan senyuman di bibirnya dengan cinta anda yang tulus dan ikhlas..hal ini kerana cinta yang lahir ikhlas dari hati akan mampu menguatkan diri pasangan anda yang berduka..dengan ini,perasaan kasih akan semakin menebal antara satu sama lain...justeru mampu untuk membina kesetiaan antara satu sama lain...


~Keikhlasan~
Mencintai adalah memberi rasa kasih & cinta setulus hati dan ikhlas...bukan dengan niat utk mempermainkan atau menguji sejauh mana mudah atau susahnya utk seseorang itu untuk jatuh cinta dengan seseorang...dengan keikhlasan,maka insyaallah dengan sendirinya akan terbit rasa kasih yang mendalam seterusnyamewujudkan rasa kesetiaan...


~Menerima Seadanya~
Cuba terima diri pasangan anda seadanya kerana rasa tak mampu menerima dirinya sebenarnya membuka ruang utk anda berlaku curang kerana anda ingin mencari kesempurnaan daripada orang lain...anda seharusnya terima segala kelebihan & kekurangan pasangan anda dan katakan bahawa diri mereka adalah yang terbaik & benar2 diperlukan dalam hidup anda...dengan ini,pasangan anda akan percaya kpd anda seterusnya memberikan sepenuh kesetiaan dalam perhubungan...


~Tunjukkan Kesetiaan~
Jangan simpan kesetiaan anda begitu sahaja..sebaliknya zahirkannya dengan kata-kata...tunjukkan keikhlasan dalam setiap perkara yang dizahirkan tersebut agar pasangan anda yakin & anda sendiri yakin untuk meneruskan perhubungan ini...begitu juga...kesetiaan bukan hanya dizahirkan melalui kata-kata..malah..perlu dizahirkan dengan perbuatan..kalo mulut kata sayang & setia tapi dlm masa yang sama bz mengurat kiri kanan...boleh yakin ke pasangan anda tu..?? jangan salahkan si dia yg cemburu krn itu bukan cemburu buta...!!



sebenarnya...tak susah pon untuk setia kepada SEORANGpasangan anda...yang pentingnya,tanya hati kita sendiri...kita nk setia atau tak kepada si dia..kalo mulut kata nak,tapi hati kata taknak,memang takkan jadi..sebaliknya,kalo hati kata nak...semua boleh jadi..sebab...nak seribu daya..taknak...seribu dalih...(^_^)