skip to main
|
skip to sidebar
Saturday, February 11, 2012
mak ayah segalanya
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia” (Surah Al-Isra’, ayat 23)
Hayati bait-bait puisi ini…
Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat…
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu…
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang…
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum sudah…
Bila hati kita terguris, kita kata… “Mak memang tak pernah faham”
Bila hati kita terhiris, kita kata… “Ayah memang tak ambil kisah”
Tetapi…
Bila hati mak kita pula kita guris, mak kata… “Tak apa, dia masih muda…”
Bila hati ayah kita juga hiris, ayah kata… “Tak mengapa, belum sampai akalnya…”
Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki…
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena…
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan
cekal…
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah tetap teguh berkata dia tetap bangga…
SubhanaALLAH!
Tidakkah engkau masih tidak sedar wahai anak? Berdoalah buat kesejahteraan mereka dunia akhirat setiap solat,
BERDOALAH!
Pandang mereka dengan kemuliaan kerana itu buat kamu tenang…
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Tidak ada seorang pun yang memandang wajah kedua ibu bapanya dengan pandangan penuh kasih sayang kecuali Allah menuliskan (pahala) untuknya oleh sebab pandangannya itu seperti (pahala) haji yang maqbul (diterima) lagi mabrur (berpahala).”
Related Posts :
2 comments :
Ika_Sweet87
said...
Ibu Bapa kita lah segala2nya...
February 11, 2012 at 8:32 PM
[Reply to Comment]
siti hajar karim
said...
btul...tiada yg lain dpt menggantikan ibu bpa kita...
February 12, 2012 at 3:21 AM
[Reply to Comment]
Post a Comment
Followers
Blog Archive
►
2015
( 1 )
►
February
( 1 )
►
2014
( 4 )
►
October
( 1 )
►
April
( 1 )
►
February
( 2 )
►
2013
( 17 )
►
October
( 1 )
►
September
( 1 )
►
August
( 1 )
►
July
( 2 )
►
April
( 6 )
►
February
( 5 )
►
January
( 1 )
▼
2012
( 82 )
►
December
( 4 )
►
November
( 8 )
►
October
( 3 )
►
September
( 22 )
►
August
( 4 )
►
July
( 8 )
►
June
( 10 )
►
May
( 5 )
►
April
( 8 )
▼
February
( 6 )
paku di dinding
mak ayah segalanya
satu cita-cita demi cinta
siapa teman kasih
SAHABAT
Sukan Di Stadium
►
January
( 4 )
About Me
siti hajar karim
Bintulu,, sarawak, Malaysia
Bila rasa itu tidak terluah oleh kata-kata, jari-jemari mula menari di atas papan kekunci lalu ayat-ayat cinta yang indah terukir di paparan skrin????
View my complete profile
CHATBOX BETA
Powered by
Blogger
.
Lencana Facebook
Siti Hajar Karim
Reka Lencana Anda
My Banner
*Copy And Paste it into your blog ok?:)
2 comments :
Ibu Bapa kita lah segala2nya...
btul...tiada yg lain dpt menggantikan ibu bpa kita...
Post a Comment