Thursday, August 30, 2012

>>>Kemerdekaan ke 55<<<


          
Greeting Text


Hari nie aku nak cerita skit psal kemerdekaan...walaupun dlm exam sejarah ku tak berapa nak dpat  A+...tpi ku semangat sangat nak bercerita pasal kemerdekaan ke 55 nie......

Alhamdulillah, kita rayat Malaysia berpeluang meraikan kemerdekaan negera buat kali yang ke 55 tahun....


                                               
                                MERDEKA!MERDEKA! MERDEKA!....
Itulah slogan keramat yang sering kedengaran apabila muncul bulan Ogos pada setiap tahun. Menjelang 31 Ogos ini, maka genaplah 55 tahun Malaysia berdiri megah sebagai negara yang merdeka dan berdaulat. Tema Hari Kebangsaan untuk tahun 2012 ialah “ janji ditepati "
Jika disoroti kembali sejarah negara, kita akan merasakan betapa susahnya nenek moyang kita dahulu untuk mencapai kemerdekaan. Perjalanan negara ini begitu panjang sekali ….. bermula dari penaklukan Portugis, Belanda, British ….. dan kemudian penubuhan Negeri-Negeri Selat, dan juga Negeri-Negeri Tidak Bersekutu dan Bersekutu. Kemudiannya penjajahan oleh pihak Jepun dan Bintang Tiga (komunis) dan paling dahsyat pembatalan kuasa raja-raja melalui Malayan Union hingga kita berjuang kepada kemerdekaan.
Apa pula kaitannya bidang perancangan bandar dengan sejarah kemerdekaan Negara kita ?…..
Profesion perancangan bandar dan desa merupakan salah satu profesion yang penting dalam menggerakkan pembangunan, bukan hanya di negara Malaysia malah di mana-mana negara maju yang lain.
Sejarah perancangan bandar di Malaysia berubah mengikut keperluan semasa dan perkembangan teknologi. Ianya mengalami perubahan bermula daripada perancangan bandar sebelum penjajahan British, semasa penjajahan British dan selepas kemerdekaan. Perubahan ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang sihat, harmoni, selamat dan dapat meningkatkan taraf ekonomi negara.
Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, jentera pentadbiran perancangan bandar beroperasi menerusi dua peringkat iaitu peringkat persekutuan dan peringkat negeri (Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan). Melalui sistem ini, pengawalan pembangunan diletakkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri manakala pembentukan dasar perancangan am diletakkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
Sama ada perancang bandar di peringkat Persekutuan, Negeri, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan atau swasta, peranan perancang bandar amat penting dalam memastikan pembangunan yang berlaku sentiasa bersifat ‘plan-led’ dan berasaskan perancangan yang rapi dan sempurna. Perancang bandar memainkan peranan awal yang paling penting dalam mengatur pembangunan fizikal bagi menjamin pembangunan tersebut tersusun, selesa dengan mengambil kira semua keperluan manusia sama ada jasmani, rohani dan alam sekitar yang berkualiti dan mampan.
Oleh itu, bagi mencapai wawasan negara, bidang perancangan bandar dan desa perlu sentiasa menyokong agenda pembangunan negara dengan mengambil kira semua strategi dan program Kerajaan di dalam setiap perancangannya. Jelaslah bahawa peranan perancang bandar amat besar kepada pembangunan Malaysia selari dengan sejarah kemerdekaan negara kita. Kita semua yang bergelar perancang perlu berbangga dan meneruskan sumbangan bakti kepada negara yang tercinta…..
Dalam menikmati erti kemerdekaan kita seharusnya ingat dan mengenang kembali pejuang tanah air kita dalam usaha mendapatkan kemerdekaan bagi negara kita. Mereka suatu ketika dahulu sanggup menumpahkan darah demi tanah air kita yang tercinta dan pengorbanan yang mereka lakukan teramatlah besar sekali.
Sesungguhnya, kemerdekaan negara ini adalah hasil perjuangan keramat setiap rakyat yang berusaha mendapatkan kemerdekaan untuk negara yang mereka cintai. Kita haruslah menghargai jasa mereka dengan mengekalkan kemerdekaan negara serta memajukan dan menyokong pembangunan negara yang berlangsung.
Adalah menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhkan dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang diperolehi akan akan rapuh dan lenyap begitu sahaja. Akhir kata, selamat menyambut hari kemerdekaan walau dimana anda berada dan ingatlah merdeka bukan hanya bebas daripada penjajah tetapi merdeka dalam erti kata kita benar-benar merdeka …….


1 comments :

Eira Shamiera said...

DONE FOLLOW..:)
PERHATIAN SEMUA!! ada Giveaway GEMPAK GILER!!
ADA LOMO,CASH RM30,MP3 DAN BANYAK LAGI..CEPAT JOIN SEBELUM TERLAMBAT
>> http://ga-contestdansegmen.blogspot.com/2012/08/merdeka-awesome-giveaway-by-rochelle.html