Monday, February 13, 2012

paku di dinding


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata :

“Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.”

Saturday, February 11, 2012

mak ayah segalanya










satu cita-cita demi cinta


BUKAN SAJA-SAJA ALLAH meletakkanmu dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH mengurniakanmu KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH membiarkanmu mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
MELAINKAN ALLAH tahu kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN ALLAH tahu kamu bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN ALLAH akan temukan kamu dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN ALLAH mahu menguatkanmu..
MELAINKAN ALLAH mahu kamu tahu betapa tingginya kasih sayangNYA padamu..

Renungan buat PARA PENUNTUT ILMU
BERHENTI MERUNGUT & MENGELUH, MELAINKAN BERUSAHA TERBAIK & BERSUNGGUH!

Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta.

Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.

Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.

Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, maka pertahankanlah Islam dimata dunia

Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak, maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.

Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Pencipta.

Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak,  maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.

Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH itu lebih mewah daripada segala-galanya.

Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas…
.
Manusia dapat mengubah kehidupannya hanya dengan mengubah caranya berfikir. Itu dah cukup.Terus berjuang para penuntut ilmu!