Wednesday, January 23, 2013

Maulidur Rasul kembali lagi ke 1434 H

Greeting Text

  Salam Maulidur Rasul Ke 1434 ke pada umat islam di Malaysia atau pun di luar negara... Dah lame cik hajar tak singgah blog ini,,sebab cik hajar SPM tahun ini itu jarang menulis cerita dalam blog ini..Hari ini cik hajar nak ceritakan pasal maulidur Rasul ke 1434H...



Beberapa kisah kelebihan menyambut Maulidur Nabi yang di sedut dari kitab I’anah al-Tolibin.


Kisah 1
Pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid, terdapat seorang pemuda di Basrah yang tidak elok perangainya. Oleh kerana perangainya yang buruk, maka penduduk Basrah memandang keji kepadanya. Tetapi, apabila masuk bulan Rabi’ul Awwal, maka pemuda tersebut membersihkan pakaiannya, memakai wangi-wangian dan pakaian yang cantik serta mengadakan kenduri kerana menyambut maulid Nabi.Pada setiap tahun, apabila tiba bulan Rabi’ul Awwal ia akan melakukan sedemikian sehinggalah ke akhir hayatnya. Setelah ia meninggal dunia, maka penduduk Basrah mendengar satu suara yang berkata ” Pergilah wahai penduduk Basrah dan saksikanlah jenazah seorang wali dari kalangan wali Allah ini kerana ia merupakan seorang yang mulia di sisi-Ku,”. Maka penduduk Basrah pun pergi menziarahi jenazahnya dan mengkebumikannya.Pada malamnya, mereka bermimpi melihat pemuda tersebut dipakaikan dengan pakaian sutera yang amat bernilai. Lalu beliau ditanya “Dengan apakah kamu mencapai kemuliaan ini?” Jawabnya ” Dengan membesarkan hari kelahiran Rasulullah saw.”

Kisah 2
Pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan, terdapat seorang pemuda yang tampan di Syam (Syria) yang asyik menunggang kudanya.Pada suatu hari, ketika sedang menunggang kudanya, tiba-tiba kuda tersebut menjadi liar dan tidak dapat dikawal sehinggalah ia memasuki ke dalam kawasan larangan menunggang kuda dan sampai di pintu rumah khalifah. Lalu kuda tersebut melanggar putera khalifah sehingga menyebabkan putera khalifah tersebut meninggal dunia.Setelah berita kematian putera khalifah sampai kepadanya, maka pemuda tersebut diperintahkan mengadap. Ketika tentera khalifah pergi menangkapnya, tiba-tiba terlintas dihati lelaki tersebut untuk bernazar “Sekiranya Allah melepaskan aku daripada perkara yang buruk ini, nescaya aku akan mengadakan kenduri yang besar untuk menyambut hari keputeraan Rasulullah saw”.Ketika pemuda tersebut sedang mengadap khalifah, tiba-tiba kemurkaan khalifah reda dan hilang, malah baginda tersenyum memandang pemuda tersebut. Maka khalifah pun berkata “Adakah kamu mempunyai ilmu sihir?”, Jawabnya “Demi Allah, tidak wahai Amir al-Mukminin. Maka khalifah berkata “Beta telah mengampunkan kamu, tetapi katakanlah kepada beta apakah yang telah kamu katakan tadi. Maka katanya “Aku telah berkata sekiranya Allah melepaskan aku dari peristiwa buruk ini, nescaya aku akan mengadakan kenduri menyambut Maulid Nabi s.a.w “. Maka khalifah pun berkata “Aku telah mengampunkan kamu dan ini wang sebanyak seribu dinar untuk kamu mengadakan akan kenduri maulid tersebut, dan kamu telah aku halalkan dari darah anakku.Maka pemuda tersebut pun keluar. Ia telah dibebaskan daripada hukumannya dan diberikan dengan seribu dinar dengan keberkatan Nabi s.a.w.

Ma’ruf al-Kurkhi berkata,” Sesiapa yang menyediakan makanan sempena Maulidur Rasul s.a.w, lalu mengundang orang ramai, menyalakan lampu-lampu, memakai pakaian yang baru, memakai wangi-wangian dan berhias-hias kerana membesarkan kelahiran Rasulullah s.a.w., maka akan dikumpulkannya oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat bersama kumpulan pertama golongan para Nabi ia berada di syurga ‘Illiyyin (tinggi)”.

Imam al-Yafi’e berkata.” Sesiapa yang mengumpulkan orang ramai kerana menyambut Maulid Nabi s.a.w., menyediakan makanan, memberikan tempat, melakukan kebaikan untuk mengadakan majlis membaca kisah Maulidur Rasul s.a.w, akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat bersama ahli siddiqin, syuhada’ dan solihin dan berada di dalam syurga Na’im”.

Sirri al-Siqti berkata,” Sesiapa yang pergi ke suatu tempat untuk membaca kisah Maulid Nabi s.a.w. maka sesungguhnya ia telah pergi ke sebuah taman dari taman-taman syurga kerana tidaklah ia menuju ke tempat-tempat tersebut melainkan lantaran kerana kasih kepada Rasulullah s.a.w.,”.

Disebutkan dalam sebuah hadith: "Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: "Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah) "manakala malaikat yang satu lagi berdoa: "Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)" (riwayat Bukhari dan Muslim).

Friday, December 21, 2012

Jangan Mengharapkan yang terlalu SEMPURNA

Greeting Text
mencari cinta..??  ya...setiap manusia yang normal dengan adanya hati dan perasaan kompem akan mencari cinta yang sejati...mencari seseorang yang terbaik untuk diri kita...seseorang yang mampu membahagiakan kita dan for sure memang boleh dipendekkan kata...

Kita akan sering mencari yang SEMPURNA...!!!

Bukan mudah untuk jatuh cinta...bukan mudah jugak untuk menjaga perasaan cinta yang hadir tu...sebab perasaan cinta tu anugerah daripada Allah...tapi,kadang-kadang kita mungkin jugak akan terfikir...

"adakah dia yang terbaik untuk ku..??"
"adakah dia mampu membahagiakan aku..??"
"adakah dia sudah cukup sempurna buatku...??"


Hajar sendiri akui yang Hajar sendiri ada jugak tertanya-tanya camtu...boleh ke Hajar nie jadi yang terbaik untuk c dia...mampu ke Hajar nie bahagiakn c dia...dan yang paling penting.."sempurna ke Hajar nie untuk c dia tu...??" tp...hari nie...ada satu perkara yang telah mengubah persepsi Hajar terhadap cinta nie...so,Hajar nak berkongsi dengan kawan2..mana nak tau kot2 lepas nie persepsi kawan2 pon turut berubah kan..??  

jom kawan2 mari kita sama2 renungkan kata2 nie....

"...Jika kamu memancing ikan,setelah ikan itu terlekat di mata kail mu...hendaklah kamu mengambil ikan itu...janganlah kamu melepaskannya semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan SAKIToleh kerana bisa ketajaman mata kail mu itu dan mungkin juga ia akan menderita selagi ia masih hidup...begitu juga,setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang,janganlah kamu meninggalkannya dengan mudah kerana dia akan SAKIT kerana dia mungkin sudah mula menyayangimu..."

"...Jika kamu menadah air,biarlah berpada...jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh...kerana sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambahnya semula...Akhirnya,ia akan kamu buang...sedangkan jika kamu perbaikinya,ia masih boleh digunakan lagi...Begitu juga...jika kamu memiliki seseorang...TERIMALAH SEADANYA...janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengharapkan dia untuk sempurna...Anggaplah dia sebagai MANUSIA BIASA....jika tidak,sekali dia melakukan sebarang kesilapan,bukan mudah untuk kamu terima dan kamu akan KECEWA danMENINGGALKANNYA....sedangkan....jika kamu MEMAAFKANNYA,hubungan itu pasti akan dapat diselamatkan dan diteruskan...."

lepas je Hajar baca kata-kata tu...Hajar speechless...dan Hajar mula berfikir dan berfikir.... sesungguhnya...kita semua adalah manusia biasa...janganla kita mengharapkan pasangan kita tu sempurna dan tak lakukan apa2 kesilapan...begitu jugak dengan diri kita sendiri...selama-lamanya,kita takkan mampu untuk menjadi yang sempurna untuk sesiapa sahaja...walaupun secara fitrahnya,setiap manusia inginkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya...

p/s : awk...selamanya sy takkan mampu jadi sempurna seperti yg awk harapkan...tp sy akan cuba sedaya upaya sy untuk menjadi yg terbaik untuk awk...(^.^) bagi sy..awk sentiasa yang terbaik utk sy...


Tuesday, December 18, 2012

SULAM BAJU KURUNG





Greeting Text




HARI NIEY AKU NAK CITE PASAL MAK CIK AKU....TDI DIA CALL AKU DIA MINTA TOLONG AKU PROMOSI SULAM BAJU...AKU TOLONG JER LAH...KALAU  KORANG NAK SULAM BAJU KURUNG BOLEH JE... TPI UNTUK WARGA BINTULU JE... MAK CIK AKU KATE KALAU KORANG NAK 1 PASANG 50 RINGGIT  TPI TAK BNYAK BUNGA   DIA BOLEH SULAM UNTUK 50 RINGGIT JE...KALU KORANG NAK 100 RINGGIT LEBIH BANYAK BUNGA ...