Senyumlah...
Biarpun dirimu disakiti. Itu
madah pujangga. Sudah dikenali seantero dunia. Siapa tidak pernah
mendengar kata-kata itu...melainkan bayi-bayi yang baru lahir dan
kanak-kanak kecil yang hidupnya hanya untuk bermain bersama rakan-rakan?
Yang sudah lama kenal dunia, tentu sudah biasa dengan kata-kata ajaib
tersebut.
Bila disakiti, kita rasa pedih,
rasa terluka. Kecewa... Sakit di hati sudah pasti. Siapa yang suka
dengan rasa sakit? Tiada siapa yang suka. Rasa seperti mahu
dicarik-carik hati. Rasa seperti mahu pergi jauh dari punca kesakitan,
menyendiri dan menyepi.
Berapa ramai agaknya yang
tersenyum bila disakiti? Senyum...bukanlah bermakna ia suka dengan
kesakitan yang dialami, jauh sekali mahu terus-terusan disakiti
sedemikian rupa. Tetapi senyum dia bila disakiti kerana redha dengan
ujian yang Allah bagi. Dan bertambah indah lagi apabila dia tersenyum
penuh redha diiringi dengan rasa kebergantungan kepada Allah apabila
musibah singgah sebentar dalam hidupnya...
Siapa yang redha dengan ujian Allah
dan melafazkan satu kalimah istirja' yang hebat ketika ditimpa musibah,
nescaya akan Allah gantikan kesulitan yang dialami itu dengan sesuatu
yang lebih baik~ Insya'Allah...
0 comments :
Post a Comment