Saturday, February 09, 2013

Murahkah Air Mata Seorang WANITA...??

Greeting Text



MOOD Hajar agak tidak mengizinkan..entahlah...dengan tiba-tiba mo0d sedih melanda diri....
maka tanpa diundang sudah pastinya manik-manik air mata pon turut sama berkongsi rasa nie...mereka pon dengan rela mengalir syahdu....

kenapa hajar rasa cam nie..?? entahlah...mungkin sebab hajar terasa dengan sikap seseorang terhadap hajar...(~.~)...

ermm...biarlah rasa ini hajar simpan sendiri...cuma hari nie...tiba-tiba hajar terfikir....terlalu murahkah air mata seorang wanita nie..??? kenapa ye wanita terlalu mudah menangis...???

jadi...hajar search punya search....
INILAH HASILNYA....

~mengapa WANITA terlalu MUDAH MENANGIS~

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap
berulangkali menerima cerca
 dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan,pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Kuberikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, sakit, penat, tanpa berkeluh kesah, dan seringpula untuk menghadapi kesedihan yg didapat dari orang yg dicintainya.

Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam
kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Dan melengkapi tulang dengan rusuk suaminya , bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan
menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila pun dia inginkan.
Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah AIR MATA KEHIDUPAN……
dan kecantikan seorang wanita jelas terlihat dari matanya
kerana matanya adalah PINTU HATINYA…tempat dimana CINTA ITU ADA....."



baca semua nie pon membuatkan air mata Hajar mengalir laju....baru sekarang hajar sedar...air mata yang selama ini hajar tumpahkan bukanlah air mata yang menunjukkan hajar adalah seorang yang lemah...ermm...hajar kena kuat..!!!

Wednesday, February 06, 2013

SUSAHKAH Untuk Setia.....???

Greeting Text

adakah anda sedang dilamun cinta..?? ya...?? ...bagi yang sedang bercinta sekarang,tidakkah pernah anda terfikir bahawa kesetiaan itu sangat penting dalam sesebuah perhubungan terutamanya dalam hubungan percintaan..?? bukan dalam percintaan je,dalam persahabatan pun kesetiaan amat penting..sebab..tanpa kesetiaan,mana mungkin sesebuah perhubungan itu akan berkekalan lama...betol x..??


tapi sebenarnya...bila difikirkan balik,kesetiaan nie tak selalunya dimiliki oleh semua orang...tidak mudah untuk setia pada seseorang kerana pasti banyak dugaan dan godaan setiap kali kita cuba untuk setia pada si dia...kadang2 tu pulak..bila kita yang bermati-matian setia pada si dia...si dia tu pulak yang main kayu tiga....


habis?? camna nak buat nie..???

 jangan gusar..!! kali nie,hajar akan kongsikan beberapa tips untuk menjaga kesetiaan dan menjadi seorang yang setia...

~Mengerti & Memahami~
cuba fahami & mengerti segala keadaan yang sedang menimpa dirinya..baik dalam keadaan senang mahupun dalam keadaan yang sukar...Jangan sesekali memburukkan lagi keadaan emosinya ataupun menuding jari terhadap dirinya sekiranya berlaku kesilapan dirinya di mana-mana...sebaliknya,anda sentiasa perlu ada disisinya dalam pelbagai situasi...anda perlu memberi semangat kepadanya dan bukan meninggalkannya keseorangan tatkala dia benar2 memerlukan seseorang utk berada disisinya...


~Menjadi Penghibur~
Apabila pasangan anda dalam keadaan bersedih,jangan sesekali menambahkan rasa sedihnya...sebaliknya,hiburkan hatinya...terbitkan senyuman di bibirnya dengan cinta anda yang tulus dan ikhlas..hal ini kerana cinta yang lahir ikhlas dari hati akan mampu menguatkan diri pasangan anda yang berduka..dengan ini,perasaan kasih akan semakin menebal antara satu sama lain...justeru mampu untuk membina kesetiaan antara satu sama lain...


~Keikhlasan~
Mencintai adalah memberi rasa kasih & cinta setulus hati dan ikhlas...bukan dengan niat utk mempermainkan atau menguji sejauh mana mudah atau susahnya utk seseorang itu untuk jatuh cinta dengan seseorang...dengan keikhlasan,maka insyaallah dengan sendirinya akan terbit rasa kasih yang mendalam seterusnyamewujudkan rasa kesetiaan...


~Menerima Seadanya~
Cuba terima diri pasangan anda seadanya kerana rasa tak mampu menerima dirinya sebenarnya membuka ruang utk anda berlaku curang kerana anda ingin mencari kesempurnaan daripada orang lain...anda seharusnya terima segala kelebihan & kekurangan pasangan anda dan katakan bahawa diri mereka adalah yang terbaik & benar2 diperlukan dalam hidup anda...dengan ini,pasangan anda akan percaya kpd anda seterusnya memberikan sepenuh kesetiaan dalam perhubungan...


~Tunjukkan Kesetiaan~
Jangan simpan kesetiaan anda begitu sahaja..sebaliknya zahirkannya dengan kata-kata...tunjukkan keikhlasan dalam setiap perkara yang dizahirkan tersebut agar pasangan anda yakin & anda sendiri yakin untuk meneruskan perhubungan ini...begitu juga...kesetiaan bukan hanya dizahirkan melalui kata-kata..malah..perlu dizahirkan dengan perbuatan..kalo mulut kata sayang & setia tapi dlm masa yang sama bz mengurat kiri kanan...boleh yakin ke pasangan anda tu..?? jangan salahkan si dia yg cemburu krn itu bukan cemburu buta...!!



sebenarnya...tak susah pon untuk setia kepada SEORANGpasangan anda...yang pentingnya,tanya hati kita sendiri...kita nk setia atau tak kepada si dia..kalo mulut kata nak,tapi hati kata taknak,memang takkan jadi..sebaliknya,kalo hati kata nak...semua boleh jadi..sebab...nak seribu daya..taknak...seribu dalih...(^_^)


Wednesday, January 23, 2013

Maulidur Rasul kembali lagi ke 1434 H

Greeting Text

  Salam Maulidur Rasul Ke 1434 ke pada umat islam di Malaysia atau pun di luar negara... Dah lame cik hajar tak singgah blog ini,,sebab cik hajar SPM tahun ini itu jarang menulis cerita dalam blog ini..Hari ini cik hajar nak ceritakan pasal maulidur Rasul ke 1434H...



Beberapa kisah kelebihan menyambut Maulidur Nabi yang di sedut dari kitab I’anah al-Tolibin.


Kisah 1
Pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid, terdapat seorang pemuda di Basrah yang tidak elok perangainya. Oleh kerana perangainya yang buruk, maka penduduk Basrah memandang keji kepadanya. Tetapi, apabila masuk bulan Rabi’ul Awwal, maka pemuda tersebut membersihkan pakaiannya, memakai wangi-wangian dan pakaian yang cantik serta mengadakan kenduri kerana menyambut maulid Nabi.Pada setiap tahun, apabila tiba bulan Rabi’ul Awwal ia akan melakukan sedemikian sehinggalah ke akhir hayatnya. Setelah ia meninggal dunia, maka penduduk Basrah mendengar satu suara yang berkata ” Pergilah wahai penduduk Basrah dan saksikanlah jenazah seorang wali dari kalangan wali Allah ini kerana ia merupakan seorang yang mulia di sisi-Ku,”. Maka penduduk Basrah pun pergi menziarahi jenazahnya dan mengkebumikannya.Pada malamnya, mereka bermimpi melihat pemuda tersebut dipakaikan dengan pakaian sutera yang amat bernilai. Lalu beliau ditanya “Dengan apakah kamu mencapai kemuliaan ini?” Jawabnya ” Dengan membesarkan hari kelahiran Rasulullah saw.”

Kisah 2
Pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan, terdapat seorang pemuda yang tampan di Syam (Syria) yang asyik menunggang kudanya.Pada suatu hari, ketika sedang menunggang kudanya, tiba-tiba kuda tersebut menjadi liar dan tidak dapat dikawal sehinggalah ia memasuki ke dalam kawasan larangan menunggang kuda dan sampai di pintu rumah khalifah. Lalu kuda tersebut melanggar putera khalifah sehingga menyebabkan putera khalifah tersebut meninggal dunia.Setelah berita kematian putera khalifah sampai kepadanya, maka pemuda tersebut diperintahkan mengadap. Ketika tentera khalifah pergi menangkapnya, tiba-tiba terlintas dihati lelaki tersebut untuk bernazar “Sekiranya Allah melepaskan aku daripada perkara yang buruk ini, nescaya aku akan mengadakan kenduri yang besar untuk menyambut hari keputeraan Rasulullah saw”.Ketika pemuda tersebut sedang mengadap khalifah, tiba-tiba kemurkaan khalifah reda dan hilang, malah baginda tersenyum memandang pemuda tersebut. Maka khalifah pun berkata “Adakah kamu mempunyai ilmu sihir?”, Jawabnya “Demi Allah, tidak wahai Amir al-Mukminin. Maka khalifah berkata “Beta telah mengampunkan kamu, tetapi katakanlah kepada beta apakah yang telah kamu katakan tadi. Maka katanya “Aku telah berkata sekiranya Allah melepaskan aku dari peristiwa buruk ini, nescaya aku akan mengadakan kenduri menyambut Maulid Nabi s.a.w “. Maka khalifah pun berkata “Aku telah mengampunkan kamu dan ini wang sebanyak seribu dinar untuk kamu mengadakan akan kenduri maulid tersebut, dan kamu telah aku halalkan dari darah anakku.Maka pemuda tersebut pun keluar. Ia telah dibebaskan daripada hukumannya dan diberikan dengan seribu dinar dengan keberkatan Nabi s.a.w.

Ma’ruf al-Kurkhi berkata,” Sesiapa yang menyediakan makanan sempena Maulidur Rasul s.a.w, lalu mengundang orang ramai, menyalakan lampu-lampu, memakai pakaian yang baru, memakai wangi-wangian dan berhias-hias kerana membesarkan kelahiran Rasulullah s.a.w., maka akan dikumpulkannya oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat bersama kumpulan pertama golongan para Nabi ia berada di syurga ‘Illiyyin (tinggi)”.

Imam al-Yafi’e berkata.” Sesiapa yang mengumpulkan orang ramai kerana menyambut Maulid Nabi s.a.w., menyediakan makanan, memberikan tempat, melakukan kebaikan untuk mengadakan majlis membaca kisah Maulidur Rasul s.a.w, akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat bersama ahli siddiqin, syuhada’ dan solihin dan berada di dalam syurga Na’im”.

Sirri al-Siqti berkata,” Sesiapa yang pergi ke suatu tempat untuk membaca kisah Maulid Nabi s.a.w. maka sesungguhnya ia telah pergi ke sebuah taman dari taman-taman syurga kerana tidaklah ia menuju ke tempat-tempat tersebut melainkan lantaran kerana kasih kepada Rasulullah s.a.w.,”.

Disebutkan dalam sebuah hadith: "Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: "Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah) "manakala malaikat yang satu lagi berdoa: "Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)" (riwayat Bukhari dan Muslim).