Monday, February 17, 2014

KAU INSPIRASIKU..

Greeting Text

KEHILANGNYA MENBERI SERIBU KESEDIH... TERKEJUT DAPAT TAHU CIKGU YANG PEMURAH DENGAN SENYUMAN SEMASA DI SMK BINTULU TELAH PERGI MENINGGALKAN KITA...CIKGU JASA MU TETAP DIKENANG HINGGA AKHIR HAYAT KU..CIKGU TAK PERNAH KEDEKUT ILMU PADA KAMI..CIKGU YANG TERBAIK YANG PERNAH SAYA KENAL..





Jangan Terlalu Memilih, Terimalah Dia Apa Seadanya..

Greeting Text


Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup…
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu sahaja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…


Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh

Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK

tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…


Begitulah juga jika kamu sedang memiliki seseorang….TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa

Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN, tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat

Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja…


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT

Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain?

Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL

Begitulah juga jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU…. MENGASIHIMU…. dan MENCINTAIMU….
Mengapa kamu berlengah lagi? Dengan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?


Terlalu mengejar KESEMPURNAAN?
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yangg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
Dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI
Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA… itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti,
Namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang telah pergi”

Saturday, October 12, 2013

Yang PERTAMA tak semestinya yang SELAMANYA…

Greeting Text



Boleh ke sume org trime kenyataan tu??  

“Arrgghhh… mana mungkin yang PERTAMA bagi aku nie bkn yang SELAMANYA bagi aku…aku seorang yang setia..!!!” 


namun, sebenarnya bukan soal kesetiaan yang cuba hajar rungkaikan…sebaliknya…

“Kau cinta PERTAMA ku wahai kekasihku…Kaulah segalanya bagiku…”
“Awak adalah yang PERTAMA bagi saya…dan awaklah yang terakhir bagi saya…”
“Pilihan PERTAMA saya adalah …. Dan saya sangat yakin dgn pilihan ini kerana sume org ckp yang pilihan PERTAMA adalah pilihan yang terbaik…”

Sebut je tentang yang PERTAMA, hajar yakin dan amat2 pasti ramai yang akan terfikirkan segalanya tentang yang pertama…pengalaman PERTAMA masuk sekolah…pengalaman PERTAMA p temuduga, pengalaman PERTAMA kne denda dan banyak lagila…sume org ada YANG PERTAMA dalam hidup mereka…dan berdasarkan apa yg hajar rasakan, sudah semestinya setiap org pasti akan merasai ‘CINTA PERTAMA’ dlm hidup mereka…kan?? Sama ada kwn2 pun pernah merasainya atau tidak, biarkan ia…kerana bak kata Siti Nurhaliza…BIARLAH RAHSIA…


Org kata dari mata turun ke hati…org kata cinta itu hadir dari pandangan mata yang PERTAMA…btol ke? Ada ke gitu?? yelakan,mstila ada…kan ada istilah cinta pandang PERTAMA…urmm...jadi sumenya tentang yang PERTAMA…setiap perkara yang PERTAMA pasti akan dirasakan sebagai perkara yang terbaik dlm hidup hampir setiap orang…



….sebab….

Yang PERTAMA itu indah…Yang PERTAMA itu sejati…Yang PERTAMA itu yg terbaik…Yang PERTAMA itu selamanya…dan nak dipendekkan kata, yang adalah SEGALANYA… sume orang cakap mcm tu…sume orang kata yang PERTAMA mustahil untuk dilupakan…

Tapi…pernah atau tidak kita sama-sama berfikir walau sejenak bahawa sememangnya panas x semestinya sampai ke ptg,sebaliknya…tengah hari yg kebiasaannya panas tidak mustahil akan hujan…

Kerana kadangkala yang PERTAMA itulah yang akan melukakan…yang PERTAMA itu jugalah yang satu hari nanti mungkin akan meninggalkan dan yang PERTAMA itu tidak mustahil akan mendatangkan kehampaan…

Jadi, apa yang ingin hajar kongsikan dengan kwn2 adalah jika pilihan PERTAMA anda adalah pilihan yg menghampakan, maka ia seharusnya dijadikan iktibar juga pengajaran dalam hidup kita…jangan dikenang lagi yg PERTAMA hinggakan yg KEDUA menjadi mangsa dan terabai begitu sahaja...sebaliknya, cubalah utk lebih menghargai dan menjaga sebaiknya yg KEDUA dlm hidup anda itu kerana anda harus menerima hakikat kebenaran bahawa

yg PERTAMA x semestinya yg SELAMANYA!!!!