Thursday, November 22, 2012

♥ ♥ ♥ AMAN PALESTIN ♥ ♥ ♥

Greeting Text



   Dah lame tuan tanah tak upload blog..tuan tanah tak ade idea nak upload psal pa...hari nie tuan tanh nak upload psal AMAN PALESTIN..cik nie kesian sanggat dengan orang Palestin..kalau cik boleh terbang rasa nak pergi sane je..sayang cik tak boleh terbang cik hanya lah manusia biasa...

Saban hari dan tahun pembunuhan dan penindasan diterima rakyat Palestin dengan berterusan. Buminya setiap bulan dihujani bom dan bedilan mortar manakala tanahnya pula selalu ditumpahi darah-darah insan yang tidak berdosa bahkan yang belum 
kenal erti dunia. Di mana peranan OIC, PBB dan NATO dalam mengadili hak dan keadilan rakyat Palestin. Ke mana dibelanjakan wang berbilion-bilion milik Umat Islam yang terkaya di dunia demi menyelamatkan saudara seagamanya di sana. Inilah yang akan berlaku dan berlegar tanpa henti hingga sampai suatu masanya kelak. Hanya iringan doa yang dapat kita berikan demi saudara kita tabah dan kuat menghadapi cabaran getir yang menghantui mereka setiap pagi, 

petang dan malam. 


jom kite sama-sama berdoa dan Menderma untuk rakyat PALESTIN WALAUPUN SERINGGIT...







JOM SAMA2 KITE LIHAT VEDIO KAT BAWAH....






Saturday, November 17, 2012

CIKGU TERSAYANG MENINGGAL DUNIA...SEDIH SANGGAT...

Greeting Text


Hari ini aku tiba2 je nak buka facebook...sbenar aku buka nak main game je..aku pergi lah home...tertekan lah pulak kat GROUP LEMBAGA PENGAWAS SMK BINTULU 2012/1013...Tekejut gilarr aku bila bca satu post kat situ...Cikgu yang menganjar aku PJK smasa tingkatan 1 dah  meninggal dunia di sibu...Cikgu tu meninggal dunia sbab kena kanser...Cikgu tu sangat lah baik dengan aku...cikgu tu slalu bgi aku nasihat...supaya belajar rajin2...jangan nak main je kje...sedih aku bila dengar dia dah meninggal dunia...baru je  setahun ku tak jumpa dia...















Friday, November 16, 2012

SURAT PUTUS CINTA..SEDIH TAU :’(

Greeting Text




  
Korang baru je putus cinta ke? Jom baca surat ni.. Semoga gurisan2 di hati korang tu sembuh. :p




Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurikanostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjah segala kekusutan yang membelit taliperutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu.


Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin,kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.
Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma.

Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan akumenghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.

Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting keruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipashelikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diriini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung didalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua mesti terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.

Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera.

Aku bukan McGyver, McDonald's,Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.

Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Yang ikhlas,
kekasihmu..