Thursday, September 13, 2012

♥ ♥ GURU BUDIMU KEKAL ABADI ♥ ♥



Greeting Text
Seorang guru tidak pernah meminta jasanya dibalas. Dan tidak pernah menagih simpati anak-anak muridnya. Hatta tidak pernah mengimpikan hadiahdi Hari Guru. Tetapi seorang Guru yang jalan juangnya untuk mendapt Redha Illahi. Sayang seorang Guru kepada anak muridnya tanpa mengenal erti penat lelah dan kecewa.


Anak didik yang dididiknya seakan-akan menjadi anaknya sendiri tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Guru mengajar ilmunya buat semua yang bergelar pelajarnya.Kasih sayang seorang Guru bukan pada rotan yang memukul anak didiknya tika kenakalan pelajarnya tetapi kasih sayang Guru ingin melihat anak-anak didiknya berjaya suatu hari nanti.


Guru tidak pernah kekok mencurahkan segala ilmu yang ada padanya. Kerana seorang Guru sedar ilmu yang bermanfaat yang diberikan kepada anak didiknya akan memberikan keberkatan kepada dirinya tika berjumpa dengan Allah S.W.T.. Guru mengimpikan anak-anak didiknya berjaya lebih padanya.


Lahirnya seorang Pemimpin, Ketua dan orang-orang besar adalah bermula dari seorang Guru. Tetapi Guru yang mendidik itu tidak pernah meminta diberikan balasan dengan apa yang telah diberikan dahulu. Oleh itu, kita semai dalam diri ini betapa Budi seorang Guru amat bernilai sekali buat insan-insan seperti kita.



Guru Adalah Pembimbing Anak Murid.. Guru Amanah Allah untuk mendidik manusia.

1 comments :

✿Lady Ainaa✿ said...

Begitu besar jasa seorang guru ini, begitu besar pahala yang mereka dapat... tiada mereka, tidak lahirlah Malaysia yg aman ini...