Ayah akan melupakan apa yang dia inginkan, supaya dapat memberikan apa yang
kamu perlukan…. Ayah membelikanmu lolipop yang kamu inginkan, dan dia akan
menghabiskannya kalau kamu tidak suka…..Ayah menghentikan apa sahaja yang
sedang di kerjakannya, walaupun kamu hanya ingin berbual…Ayah selalu berfikir
dan bekerja keras untuk membayar yuran mu setiap semester, meskipun kamu tidak
pernah membantunya menghitung berapa banyak kedutan di dahinya…
Ayah akan berkata “tanyakan pada ibumu” ketika dia ingin berkata “tidak”.Ayah
tidak pernah marah, tetapi mukanya akan sangat merah padam ketika anaknya
menginap di rumah rakan tanpa izinPerasaan terbaik bagi seorang ayah adalah
ketika dia melihatmu melakukan sesuatu seperti gaya caranya….Ayah lebih bangga
melihat prestasi mu, daripada prestasinya sendiri….Ayah hanya akan bersalam
dengan mu ketika pertama kali kamu pergi merantau meningalkan rumah, kerana
kalau dia memeluk mu, mungkin dia tidak akan pernah dapat melepaskannya.
Ayah tidak suka menitiskan air mata ….
ketika kamu lahir dan dia mendengar kamu menangis untuk pertama kalinya, dia
sangat gembira sehingga hampir keluar air dari matanya. Ketika kamu masih
kecil, dia akan memelukmu untuk mengusir rasa takut mu…ketika kau mimpi akan
dibunuh hantu…
Tetapi, ayah akan tidak dapat tidur sepanjang malam, ketika anak
kesayangannya diperantauan tidak memberi khabar selama hampir satu bulan.
Kalau tidak salah ayah pernah berkata : “kalau kau ingin mendapatkan pedang
yang tajam dan berkualiti tinggi, janganlah mencarinya di pasar, tetapi datang
dan pesanlah secara langsung pada tukang besinya. Begitu pun juga dengan cinta
dan teman dalam hidupmu, jika kau ingin mendapatkan cinta sejati mu kelak, maka
minta dan pesanlah pada Yang Menciptakannya”
Untuk masa depan anak lelakinya Ayah berpesan: “jadilah lebih kuat dan tabah
daripadaku, pilihlah ibu untuk anak-anakmu kelak wanita yang lebih baik dari
ibumu , berikan yang lebih baik untuk menantu dan cucu-cucuku, daripada apa
yang yang telah ku beri padamu”
Dan untuk masa depan anak gadisnya ayah berpesan: “jangan kecewa meskipun
kamu seorang wanita, selalulah menjadi bidadari kecilku dan bidadari terbaik
untuk ayah anak-anakmu kelak! lelaki yang lebih dapat melindungimu melebihi
perlindungan ayah, tetapi jangan pernah kamu gantikan posisi ayah di hatimu”
Ayah dapat membuat mu percaya diri… kerana dia percaya kepada
mu…
Ayah tidak mencuba menjadi yang terbaik, tetapi dia hanya mencuba
melakukan yang terbaik….
Dan terpenting adalah… Ayah tidak pernah menghalang mu untuk
mencintai Tuhan, bahkan dia akan membentangkan seribu jalan agar kau dapat
menggapai cintaNya, kerana dia pun mencintaimu kerana cintaNya.
0 comments :
Post a Comment