Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan
mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam
Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan
muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim
yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang
kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula
“pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini
boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.
Secara
kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi
kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan
ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat
seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.
Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan.
Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang
bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas
berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.
Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada
perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta.
Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin
atas pilihan keluarga.
Mengurat
dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh
mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah
tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula
keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya
negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran
Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang
diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival
sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta,
kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu
menyalahi amanah Allah itu.
Namun
dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa
kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah
kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau
mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.
Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam.
Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan
bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan
itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu
sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat
dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.Malah
sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau
luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan
berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat
perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan
memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang
amat besar untuk berlakunya perzinaan.
Bagi mengelak daripada perkara-perkara
terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang
Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka
bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.
Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w
membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang
hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi
kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk
mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah
kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)
Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi
bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan
sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan
lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda
bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang
memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.
Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan
al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya
sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa
bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada
Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab
itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi
diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri
anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga
Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.
Ini menunjukkan cinta itu suatu yang
penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda
bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu
sama lain.
Remaja bercinta jelas
beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu
diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi
semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.
0 comments :
Post a Comment