Kadang-kadang kesilapan yang orang buat kat kite terlalu
sakit untuk kite lupe apatah lagi maaf.. Korang mungkin pernah terasa peritnya
apabila orang yang terdekat menikam kita dari belakang. Menipu, mempermainkan,
memburuk-burukkan, atau mengaibaikan kita seadanya. Sakit yang dirasa mesti tak
boleh nak explain kan....Memang bagi aku harga kemaafan itu mahal.. harga yang
infiniti tak boleh dinilai dengan apa harta, kereta mewah dan sbagainya...sebab kadang-kadang orang yg rase ramai yang setuju
terutamanya perempuan susah nak lupa apa silap yang orang lakukan pada die even
die dah maafkan orang tu..setuju tak kaum perempuan semua?.tapi rase lelaki pun
ade mcm tu gak kan...
Tapi untuk bahagia aku rase banyk motivator dah banyak cakap
kan ..untuk bahagia kite kene memaafkan semua orang yang menyakiti kite pada
hari itu dan hari-hari sebelumnya So, start hari ini aku ingatkan diri aku
dengan diri korang jugak supaya belajar memaafkan orang supaya orang senang
meminta maaf pada kite...meh, aku kongsikan tips macam ne kite boleh memaafkan
dan dimaafkan...renung-renungkan dan selamat beramal.
1. Memaafkan kesalahan seseorang adalah tanda orang yang
bertakwa...
2.Wajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta.
2.Wajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta.
3.Sifat ‘tak kenal maaf’ atau ‘tiada maaf bagimu’ adalah
sifat syaitan. Ia akan membawa keretakan dan kerosakan dalam pergaulan
bermasyarakat.
4.Masyarakat aman damai akan terwujud jika anggota
masyarakat itu memiliki sikap pemaaf dan mengerti bahawa manusia tidak terlepas
daripada salah dan silap.
Imam Al-Ghazali memberi tiga panduan bagi memadamkan api
kemarahan dan melahirkan sifat pemaaf.
Apabila marah hendaklah mengucap
“A’uzubillahiminassyaitanirrajim” (aku berlindung kepada Allah dari syaitan
yang direjam).
Apabila marah itu muncul ketika berdiri, maka hendaklah
segera duduk, jika duduk hendaklah segera berbaring.
Orang yang sedang marah, sunat baginya mengambil wuduk
dengan air yang dingin. Hal ini kerana kemarahan itu berpunca daripada api,
manakala api itu tidak boleh dipadamkan melainkan dengan air.
0 comments :
Post a Comment