Wednesday, February 06, 2013

SUSAHKAH Untuk Setia.....???

Greeting Text

adakah anda sedang dilamun cinta..?? ya...?? ...bagi yang sedang bercinta sekarang,tidakkah pernah anda terfikir bahawa kesetiaan itu sangat penting dalam sesebuah perhubungan terutamanya dalam hubungan percintaan..?? bukan dalam percintaan je,dalam persahabatan pun kesetiaan amat penting..sebab..tanpa kesetiaan,mana mungkin sesebuah perhubungan itu akan berkekalan lama...betol x..??


tapi sebenarnya...bila difikirkan balik,kesetiaan nie tak selalunya dimiliki oleh semua orang...tidak mudah untuk setia pada seseorang kerana pasti banyak dugaan dan godaan setiap kali kita cuba untuk setia pada si dia...kadang2 tu pulak..bila kita yang bermati-matian setia pada si dia...si dia tu pulak yang main kayu tiga....


habis?? camna nak buat nie..???

 jangan gusar..!! kali nie,hajar akan kongsikan beberapa tips untuk menjaga kesetiaan dan menjadi seorang yang setia...

~Mengerti & Memahami~
cuba fahami & mengerti segala keadaan yang sedang menimpa dirinya..baik dalam keadaan senang mahupun dalam keadaan yang sukar...Jangan sesekali memburukkan lagi keadaan emosinya ataupun menuding jari terhadap dirinya sekiranya berlaku kesilapan dirinya di mana-mana...sebaliknya,anda sentiasa perlu ada disisinya dalam pelbagai situasi...anda perlu memberi semangat kepadanya dan bukan meninggalkannya keseorangan tatkala dia benar2 memerlukan seseorang utk berada disisinya...


~Menjadi Penghibur~
Apabila pasangan anda dalam keadaan bersedih,jangan sesekali menambahkan rasa sedihnya...sebaliknya,hiburkan hatinya...terbitkan senyuman di bibirnya dengan cinta anda yang tulus dan ikhlas..hal ini kerana cinta yang lahir ikhlas dari hati akan mampu menguatkan diri pasangan anda yang berduka..dengan ini,perasaan kasih akan semakin menebal antara satu sama lain...justeru mampu untuk membina kesetiaan antara satu sama lain...


~Keikhlasan~
Mencintai adalah memberi rasa kasih & cinta setulus hati dan ikhlas...bukan dengan niat utk mempermainkan atau menguji sejauh mana mudah atau susahnya utk seseorang itu untuk jatuh cinta dengan seseorang...dengan keikhlasan,maka insyaallah dengan sendirinya akan terbit rasa kasih yang mendalam seterusnyamewujudkan rasa kesetiaan...


~Menerima Seadanya~
Cuba terima diri pasangan anda seadanya kerana rasa tak mampu menerima dirinya sebenarnya membuka ruang utk anda berlaku curang kerana anda ingin mencari kesempurnaan daripada orang lain...anda seharusnya terima segala kelebihan & kekurangan pasangan anda dan katakan bahawa diri mereka adalah yang terbaik & benar2 diperlukan dalam hidup anda...dengan ini,pasangan anda akan percaya kpd anda seterusnya memberikan sepenuh kesetiaan dalam perhubungan...


~Tunjukkan Kesetiaan~
Jangan simpan kesetiaan anda begitu sahaja..sebaliknya zahirkannya dengan kata-kata...tunjukkan keikhlasan dalam setiap perkara yang dizahirkan tersebut agar pasangan anda yakin & anda sendiri yakin untuk meneruskan perhubungan ini...begitu juga...kesetiaan bukan hanya dizahirkan melalui kata-kata..malah..perlu dizahirkan dengan perbuatan..kalo mulut kata sayang & setia tapi dlm masa yang sama bz mengurat kiri kanan...boleh yakin ke pasangan anda tu..?? jangan salahkan si dia yg cemburu krn itu bukan cemburu buta...!!



sebenarnya...tak susah pon untuk setia kepada SEORANGpasangan anda...yang pentingnya,tanya hati kita sendiri...kita nk setia atau tak kepada si dia..kalo mulut kata nak,tapi hati kata taknak,memang takkan jadi..sebaliknya,kalo hati kata nak...semua boleh jadi..sebab...nak seribu daya..taknak...seribu dalih...(^_^)


10 comments :

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

ckp pasal kesetiaan benci sgt bila kita setia pada orang tu tapi dia kianati kita dalam diam2.. sedih.. :'(

kasya syiera said...

thanks share..berguna jugak ni :)

Fatimah Nabila said...

ha3!! da LAMA x bercinta..

SITI said...

Huhu... sedih bila cinta pertama ditolak.. :'(

Alin Marlini said...

jatuh cinta adalah plg awesome...

Unknown said...

Info berguna..apa2 hal pn yg penting dlm setiap perhubungan adalah SETIA & JUJUR. nice blog..;)

Unknown said...

wahhh da mcm dr cinta hee btw nice tips :)

Miss Za said...

owh, cam tu ea? za kena belajar setia nih!! huhu~
[p/s: tlg buang word verification..ssh la nak komen coz za ni rabun.. O_o
thanks

eyka hashim said...

sebab terlalu setia kadang2 makan diri..huhu