Korang baru je putus cinta ke? Jom baca surat ni.. Semoga gurisan2
di hati korang tu sembuh. :p
Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan
cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurikanostalgia
cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul
hidrogen menerjah segala kekusutan yang membelit taliperutku. Dan kehadiranmu
itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu.
Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub,
penguin,kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan
pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt
Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.
Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke
planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan
seluruh penternak lipan di Burma.
Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia
menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan
pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan
akumenghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu
memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.
Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku
bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting keruang angkasa, apabila
daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur
dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan
hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan
ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan
kipashelikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu
mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa
raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku.
Akhirnya aku menyedari bahawa diriini tidak diperlukan lagi.
Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan
pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren
pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung didalam
peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain
badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,tetapi aku tak berdaya. Lalu
aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah
sebagai tanda aku tidak bersalah.
Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua mesti terjadi?
Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku
sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit
dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.
Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu
berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak
beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari
Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut
di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku
hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku
hanya insan biasa yang suka makan mi segera.
Aku bukan McGyver, McDonald's,Superman atau Kesatria Baja
Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari
kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu
dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam
ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah
pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat
makanan lembu.
Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok
getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada
kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar
Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu
sehinggalah mentari terbelah lapan.
Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia
belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik
dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan
buahnya kepadamu. Nak tak?
Yang ikhlas,
kekasihmu..
3 comments :
Nice blog.. i follower k 372...
jemput ke www.suarapemikir.blogspot.com
lawak surat cinta ni. saya tak benti gelak bila baca. nice !. jom ke blog saya :) http://ceritacikziela.blogspot.com/
dah pernah baca surat ni dolu2. tiang elektrik tu berbuah time raya kot. berbuahkan ketupat n tanglung..nnt poslah ye duit rayanya..hehe :P
Post a Comment